Admin CPanel: Log In | Contact Us | Photobuchet | Youtube | Kalghari Shop

 



Download : Wallpaper Tasrif Fael Madiy

Photobucket
http://www.zshare.net/download/17414447cd4e4468/


Salam sume, insya'allah bermula hari ini kitoraang akan menyediakan wallpaper berkonsepkan NAHU untuk korang download. Semoga wallpaper ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada korang, klik link di atas untuk mendownload, untuk kali pertama ini kami menyediakan Tasrif Fael Madiy,dalam zip file itu mengandungi 4 size wallpaper yang berbeza:

Disediakan oleh:
Nik

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 12:42 AM, ,




Analisa

Photobucket


Photobucket



Skala ini dibuat berdasarkan gred purata peperiksaan daripada 7 Kalghariyun sahaja, yang berlatar belakangkan pembelajaran di Universiti Al Azhar, cawangan Zagazig , bidang Bahasa Arab (Am) tahun akhir (4), pada tahun 2008.

Rumusan:

  1. Subjek yang agak mudah untuk lulus adalah English dan Fiqh Lughah
  2. Subjek yang paling susah untuk lulus adalah Nahu, Balaghah dan Saraf
  3. Subjek natural adalah Al Quran , siapa hafaz insya'allah dapat jawab.
  4. Banyak soalan yang keluar adalah daripada soalan yang doktor bagi ketika dalam kuliyah.
  5. Peperiksaan syafawi (lisan) banyak membantu untuk mendapat markah extra.
  6. Huraian jawapan yang panjang lebar pada kertas jawapan belum tentu dapat menambat hati doktor utk Lulus.
  7. Bagi pelajar bidang Bahasa Arab, Nahu dititik beratkan pada kertas jawapan untuk semua subjek.
  8. Tidak tengok result Kontrol adalah suatu kerugian. Waktu result kontrol keluar adalah masa yang paling sesuai untuk membaiki result / mendapat ihsan doktor.
  9. Siapa yang Usaha + Doa + Tawakal = Lulus (Insya'allah)
  10. Siapa yang terlalu berpegang pada "Special Case" yang pernah berlaku pada orang lain, akan kecundang, contoh:

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 12:01 AM, ,




Result Dah Keluar!

Assalamualaikum.. moga semuanya sejahtera di bawah lindungan Allah dan diberi kemantapan iman. Cerita yang nak di bawak kali ni ialah pengalaman kitorang pergi tengok keputusan peperiksaan yang baru kluo 6 hari lepas. Pengalaman kitorang ni tak tau nak cakapla. Rasenye kalo nak tulih dalam diari ni beminggu2 tak abih2, bukan sebab panjang tapi sebab takde diari, nak beli pun malas. hahah... Ha, ni nak cite antara kronologi2 pengalaman kitorang nak nengok natijah...

Photobucket
Ini la pengangkutan utama kami, ulang alik dari rumah ke Kuliyah

Sebelum result kluo, kitorang ni hampir ari2 ulang alik pergi gamiah (kuliah) nak tengok result. Macam kat Mesia la, tarikh result keluar tak diketahui bila, jadi kene pergi "cuba" tengok sendiri.

Sepatutnye takyah pergi hari - hari, buleh je selang sehari atau dua hari tapi kitorang yang over excited ni nak gak gi ari2.. sonok tengok muke bawab..haha.. Jadi tiap kali nak gi tengok result, pakai mesti macam nak pergi kenduri dan wajib disaluti dengan perasaan yang bedebo2.. Teng..teng..teng. Antara situasi kitorang sebelum result keluar


nik : aku rase result keluor la esok, esok jom pergi gamiah
os : ok gak. kite pergi awal pagi. Lepas subuh hahaha..

( tapi soknye kitorang telewat bangun, tapi papepun g gak.. )

os : nik, cepat.. nanti tak sempat, dah tgh ari ni.. kang pintu tutup
nik : ala rilekla. awal lagi, lagipun mane tutup pintu..
os : aku debo le plak..
nik : ....(diam tak berkate2 tapi tengok muke tau dah maknenye..hahah)

( sampai pintu gerbang gamiah..)

pakcik askar : ruh fin??
nik : shuf natijah
pakcik askar : sanah eh??
nik : sanah rob'ah..
pakcik askar : (dengan muke kerek dan selambe..) lessa!!
os : ches, blum sempat masuk pintu kuliah dah kene halau.. aduh, ferasnye..

Begitulah keadaan kitorang sebelum result keluar, ulang2 alik sampai kitorang sendiri pun dah hilang debor hahaha.. Tibe-tiba.. di suatu ari yang hening.. sume ahli bait tanjung harapan duk tengah tido lagi.. Tok3..Ting Tong..Ting Tong.. bunyi orang ketuk pintu dan loceng betalu2.. rupe2nye pami datang.. nak jumpe nik..

Tengah sembang2 ngan nik, ade orang tepon bagitau result tahun4 dah kluo.. bile dengo keputusan dah kluo, apelagi.. nik pun melompat dari katil, berlari2 di dalam umah..(agaknyela kot, penulis repot tak dapat kenal pasti situasi sebenar sebab mase ni penulis repot tengah tido.. jadi dengan sukatinye die mengandaikan saja, bagi memeriahkan cerita..haha..)

nik : (dalam keadaan yang kelam kabut) oh..oh..bangun..result dah kluo..azmil call tadi..jom siap. kite pergi sekarang..(sebenarnye oh=os..tapi mamat ni ade prob ngan makhraj die, tu jadi gitu tu..hahah)
os : betui ke.. (dalam keadaan pejam mate dan mamai2..)
nik : betul.. jom2..

Jadi lime orang kalghariyun, pet, pami, os, nik, dan sham bergerakla pergi gamiah.. lagi 2 orang takde, wan kat kehrah, paek kat mesia.. Dalam keadaan panas terik, kitorang pun berjalan menuju ke pintu gerbang.. nak kate debo sangat, idakle tapi debo la jugak.. masuk je pintu kuliah, nampakle budak2 arab yang duk kelam kabut cari name masing2 .

Disebabkan telampo banyak papan result tu, kitorang pun intai2 tahun4 punye result, pastu dari jauh, tenampak sorang budak kelas, jadi secare otometik kitorang terus tuju ke situ. Bile dah duk depan papan result tu, tetibe deras jantung berdegup.. sambil mencari2 name.. lebih kurang 5minit, masing2 jumpe result masing2..

Ade yang suke, ade yang terkejut, ade yang muke selenge tapi tak selenge sangat, ade yang sedih, ade yang kecewa dan macam2 perasaan ade, susahla nak describe.. tapi begitulah situasinye..

Photobucket
Akhirnya, result kitorang keluar jugak! ( 10 ogos 2008, Ahad )

Madah Kitorang Untuk Tahun 4 : Kuliyah Lughah Arabiah
Madah Fasa 1:
  1. Tarikh Adabi
  2. Ilmu Dilalah
  3. Usul Fiqh
  4. Naqdu Adabi
  5. Qaah Bahas
  6. Hadith
Madah Fasa 2:
  1. Al Quran
  2. Fiqh Lughah
  3. Nusus
  4. Nahu
  5. Adab Sufi Islam
  6. English
  7. Balaghah
  8. Saraf

Keputusan kitorang:
Dan kitorang semua redho dengan ketentuan Allah ni.. Kitorang dah tanam dalam diri masing2 nak blajo sungguh2 dan jadi seperti ulama' dulu2.. Jadi kepada rakan2 doa2kan kejayaan kami dunia akhirat.. Dan nasihat kami, tuntutla ilmu sungguh2.. Moga Allah berkati kita semua..amin...Tu je laporan kali ni, sekian wassalam..

Penulis repot
Os

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 11:07 PM, ,




Cara Mudah Ingat Kalimah Bahasa Arab

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, maka saya mulakan penulisan ini. Pada penulisan kali ini saya ingin berkongsi bersama rakan2, cara untuk menambah dan mengingati mufrodat@kalimah bahasa arab. Cara ini adalah cara yang saya amalkan sejak dulu lagi, bagi saya ia memang berkesan.

1 - Al-Quran dan terjemahan

Al-Quran adalah sumber terbesar untuk mendapatkan kalimah BA selain daripada kamus. Cara saya adalah dengan meneliti kembali ayat2 Quran yang telah saya hafaz. Jikalau menghafaz sahaja tanpa memahami bagi saya amat rugi, jadi setelah di hafaz saya akan rujuk terjemahan dan mengambil 5 perkataan yang saya rasakan mudah untuk dihafaz. Jikalau saya terlupa makna perkataan itu maka saya akan membaca kembali ayat tersebut. Saya mulakan dengan menghafaz surah2 pendek kerana surah2 pendek amat mudah dihafaz dan ringkas2.

2 - Doa2

Doa juga merupakan salah satu sumber kalimah. Cara yang sama saya gunakan sebagaimana dalam hafazan melalui al-Quran. ini kerana doa kita telah menghafaz sejak kecil lagi jadi amat mustahil bagi kita lupa akannya. Hasil daripada hafazan doa itu saya ambil 2-3 perkataan yang mudah dihafaz. Contoh doa masuk tandas

اللهم اني أعوذ بك من الخبث والخبائث

Sebelum ini saya tidak mengetahui makna الخبث , jadi saya jadikan doa ini sebagai rujukan saya bagi kalimah al-khubsu. Setiap kali saya terlupa makna kalimah ini, maka saya akan membaca doa ini. Alhamdulillah saya ingat hingga kehari ini.

3 - Komik @ Cerita kanak dalam bahasa arab


Dua sumber ini amat berkesan sekali dan saya mencadangkan kepada rakan2 untuk membeli dan membaca buku2 ini. Kedua2 jenis buku ini tidak menggunakan kalimah yang susah, bahkan amat mudah. Ini kerana buku ini dikarang untuk kanak2 jadi kalimah yang digunakan tidak susah. Saya sehingga hari ini masih lagi mengamalkan cara ini kerana ianya menyeronokkan. Isi kandungan buku ini tidak berat, ayatnya direct dan tiada unsur2 balaghah yang tinggi dan santai sahaja membacanya. Cuma yang berat di sini adalah merujuk kamus...

4 - Gambar

Penggunaan gambar saya rasakan amat baik sekali dalam mendapatkan kalimah2 BA. Cara yang saya gunakan adalah saya pilih gambar yang menarik, kemudian perhatikan gambar tersebut dan senaraikan 5-10 objek yang terdapat di dalamnya dalam BM. Kemudian saya rujuk kamus dan terjemahkan kedalam bahasa Arab. Selesai terjemah saya gamkan kalimah2 tersebut pada objek saya pilih dan saya tampalkan gambar tersebut pada dinding@meja study.

Inilah 4 cara saya gunakan setakat ini yang saya rasakan berkesan bagi saya. Kalau rakan2 merasakan sesuai, maka cubalah. Tapi terus-terang saya katakan satu masalah yang selalu dihadapi oleh pelajar yang mempelajari bahasa arab adalah adalah malas merujuk kamus. Jadi nasihat saya (pada diri saya juga) hanya 1, JANGAN MALAS!!! Selalulah kita berdoa moga ALLAH permudahkan kita dalam menuntut ilmu. Amin.

Disediakan oleh,

Muhammad Hosnee b Zainal Abidin

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 6:04 PM, ,




Hiwar 3

...ذات اليوم

احمد : يا علي ، هل عرفت ما معنى شعراء المخضرمين؟

علي : قد سمعت قبل هذا ولكن نسيت. ما رأيك عن معناه؟

احمد : سألتك عن هذا فلماذا تسألني مرة أخرى؟

...نفس الوقت ، رجع سعد من الجامعة
سعد : ماذا يجري هنا؟

احمد : عندي مشكلة وسألت علي ولكنه لا يعرف

سعد : ما المشكلة
(...وهو جالس)

أحمد : معنى شعراء المخضرمين

سعد : سهلا جدا!! وهو شعراء الذين يحيون في زمن الجاهلية و صدر الاسلام

أحمد : شكرا يا سعد... الآن قد عرفت

علي : ها هو اجابتي أيضا ... ها ها ها
pada suatu hari...

ahmad : ali, ko tau tak pe maksud penyair muhdorimun?

ali : macam penah dengo, tapi lupe la plak. ko agak2 pe ek?

ahmad : aku tanye ko, kenape ko tanye aku balik?

pada waktu yang sama, saad baru pulang dari kuliah...

saad : ape kes ni bising2?

ahmad : aku ade problem dan tanye pada ali tapi die taktau

saad : ape soklannye (sambil duduk...)

ahmad : maksud penyair muhdorimun

saad : senang je tu... maksudnye penyair yang hidup zaman jahiliah ngn islam

ahmad : o... mekasih banyak2.. baru aku tahu..

ali : ha, tula yang aku nak jawab tadi...hahaha

Disediakan oleh,
Muhammad Hosnee b Zainal Abidin

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 3:29 AM, ,




Feel Madhi

بسم الله الرحمن الرحيم

الفعل الماضي



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, maka saya mulakan penulisan ini. Minggu ini saya akan menceritakan serba sedikit tentang feel. Seperti mana yang kita tahu, feel adalah kata perbuatan@verb. Di dalam nahu bahasa arab, jika dinisbahkan kepada zaman@waktu, maka feel akan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu feel madhi (الفعل الماضي) ,feel mudhori' (الفعل المضارع) ,feel amar (الفعل الأمر). Secara mudahnya, saya ringkaskan yang madhi = masa lepas, mudhori' = sekarang@akan datang, amar = arahan (menunjukkan masa akan datang). InsyaAllah saya akan menceritakan mengenai feel-feel ini satu persatu. Pada perbahasan minggu ini, saya akan memberi pengenalan mengenai feel madhi terlebih dahulu. Penerangannya seperti berikut :-

- Feel madhi secara mudahnya boleh kita katakan sebagai perbuatan yang telah berlaku. Dalam grammar bahasa Inggeris samalah ia dengan past tense.

- Namun begitu, ada sedikit penambahan yang telah diletakkan di dalam kitab Al-Wafi syarah matan Al-Ajurumiyah mengenai feel madhi. Ulama' yang mensyarahkan matan tersebut menyatakan bahawa feel madhi kadang-kadang digunakan untuk menunjukkan masa akan datang. ِ
Contoh :((ونفخ في الصور)) surah الزمر ayat 68.
Dalam ayat ini perkataan نفخ dibina di atas acuan(وزن) feel madhi tapi penggunaannya di dalam ayat menunjukkan perkara yang akan berlaku. Jika kita teliti maknanya "dan sangkakala pun ditiup.." kita ketahui yang kejadian tiupan sangkakala belum lagi berlaku, jadi ayat ini menjadi bukti kepada kita bahawasanya feel madhi juga kadang-kadang boleh dimaknakan dengan zaman yang akan datang.

Akan tetapi tetap makna yang utama bagi feel madhi adalah perbuatan yang telah berlaku.

- Dari sudut i'rob, feel madhi adalah mabni(مبني).
Contoh : كتب محمد
كتب = فعل ماض مبني على الفتح
محمد = فاعل مرفوع وعلامة رفعه ضمة ظاهرة في آخره

Disediakan oleh,
Muhammad Hosnee B Zainal Abidin

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 5:36 PM, ,




Photoshop Tutorial 02 : Tukar Warna Mata

Salam semua, insya'allah hari ini kite akan belajo cara nak ubah warna mata, seolah-olah anda ni berdarah kacukan (kacukan ibu dari Malaysia, dan bapa Africa, kan? :P ). Bahan yang diperlukan adalah 2 keping gambar

  • 1 gambar anda
  • 1 lagi gambar sesiapa saja yang memiliki mata berwarna. (Dalam contoh kali ini, ambe guna gambar Aishwarya).


LANGKAH 1:

  • Open 2 gambar tadi pada Photoshop.
  • Ok, sekarang ni kita nak bermain dengan gambar kedua dahulu.
  • Jadi, pilih Elliptical Marquee Tool
Photobucket
Gambar : Pamiez (sebelum)



Photobucket
Susah gile nak eja nama tool ni...




LANGKAH 2:

  • Kemudian select mata Artis tadi. (hanya perlu copy sebelah mata sahaja).
  • Pastikan anda memilih mata ,dikawasan dalam sedikit, jangan terlalu besar sehingga terlebih.
  • Biarkan lengkungan bulatan itu berkelip
Photobucket
Zoom 3x ganda ketika meng'edit untuk lebih jelas




LANGKAH 3:
Pilih Move Tool (v)

Photobucket
Move Tool




LANGKAH 4:

  • Selepas klik Move Tool, klik pula bahagian mata tadi satu kali( jangan lepas, tekan lama-lama)
  • Kemudian tariiikkk dna pindah gambar mata tadi ke gambar sebelah(baru boleh lepas)
Photobucket
Klik gambar mata (jangan lepas)kemudian tarik ke sebelah




LANGKAH 5:

  • Tutup mata hitam dengan gambar mata yang telah di tarik tadi
  • Kalau mata biru terlebih besar, atau terlalu kecil, pilih ( Edit > Free Transform)
  • Kemudian samakan size mata biru dengan mata hitam.
Photobucket
Mula-mula nampak "Fake"...




LANGKAH 6:

  • Sekarang mata nampak cacat dan tak sempurnaPilih Erase Tool (cari yang soft/lenkungan lembut)
  • Rendahkan opacity Brush Erase kepada 70%Kemudian padamkan mata biru dikawasan paling luar.
  • Tujuan dia untuk menampakan lengkungan hitam, supaya kelihatan natural.Untuk orang yang berkulit putih macam mat saleh, tak nak erase bahagian luar pun takpe.
Photobucket
Untuk nampak Natural




LANGKAH 7:

  • Selepas padamkan bahagian luar mata biru, Copy gambar mata biru tadi sebanyak 2 kali
  • Kemudian tukar setting layer mata biru tadi seperti penerangan dibawah:
Photobucket
Copy (CTRL + C) layer mata biru dua kali

Photobucket
Ikut Setting ni....

Photobucket
Hasil keseluruhan


EXTRA:

  • Kalao nak ubah warna, seperti yang ambe lakukan gambar diatas(asal warna biru, tukar kepada hazel).
  • Pilih (Image > Adjustment > Hue/Saturation)
  • Main-main la kat situ, sehingga dapat warna yang berkenan dihati.
  • Tapi ingat jangan la main lebih-lebih sampai terlajak pilih warna hitam. Penat je duk edit gambar berjam-jam, last-last warna hitam jugak yang hang pilih, loklaq betui hang no, tampo laju-laju kang.

Disediakan oleh:
Nik

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 8:19 AM, ,




Bulan Sya'ban

Photobucket


  • Bulan Sya'ban merupakan bulan kelapan dalam tahun Qamariah yang mempunyai 28 hari
  • Sya'ban ertinya bercerai-cerai ekoran daripada peristiwa masyarakat Arab bertempiaran ke merata-rata tempat mencari air kesan daripada kemarau
  • Barangsiapa yang mengagungkan bulan Sya'ban, maka Allah SWT akan mengampun semua dosanya dan menyelamatkannya dalam satu tahun dari segala jenis penyakit
  • Rasulullah SAW banyak berpuasa sunat pada bulan Sya'ban berbading bulan lain.
  • Malam Nisfu Sya'ban (14 Sya'ban) – Malam dimana pintu-pintu langit dan rahmat dibuka. Oleh itu perbanyakkan solat dan amalan sunat dan puasa.
  • Berlakunya penukaran kiblat dari Masjid Al Aqsa di baitul Maqdis ke Kaabah di Masjidil Haram, Mekah satu ketika dahulu.
  • Kemenangan Islam dalam peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah.

Sumber:
Buku Panduan Lengkap Kehidupan Muslim

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 8:14 AM, ,