Admin CPanel: Log In | Contact Us | Photobuchet | Youtube | Kalghari Shop

 



Kalimah Hari Ini "العقوبة"

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamua'laikum

Ape kabo semua. Dah lame beno tak mengapdet. Baik, kali ni kita dalam episod "kalimah hari ini". Rujukan adalah Kalam Imam Hasan al-Basri RH dalam kitab karangan Imam al-Ghazali, tajuknya "Bidayatul Hidayah" yang diterjemahkan dalam BM oleh Syeikh Ahmah Fahmi Zam Zam m/s 100. ((Kenapa rujuk terjemahan? Sebab episod ni dibuat untuk memudahkan pembaca memahami makna kalimah BA melalui makna BM. Adapun terjemahan ini dipilih kerana ianya diterjemahkan oleh ulama Melayu yang ahli tentang agama dan yang tahu BA. Jadi ianya memang tepat sekali dijadikan rujukan orang awam macam saya.. Sapa2 tak kenal Syeikh Fahmi ZamZam rugi.. jom2 kita gi talaqi ))

Ok, Insya Allah perkataan yang ingin diambil ialah "العقوبة" maknanya seksaan.

Kalam beliau berbunyi :
كل صلاة لا يحضر فيها القلب فهي إلى العقوبة أسرع
Maknanya : Setiap sembahyang yang tidak hadir hati padanya maka sembahyang itu lebih dekat kepada seksaan {daripada rahmat}.

Maksud


Kalimah
Perkataan yang kita ingin ambil daripada kalam Imam Hasan al-Basri RH ialah al-'uqubah iaitu seksaan. Al-'Uqubah ni masdar, feelnya "عقب" bermakna seksa.
ليس الناس يحب العقوبة لأنها تلمّ
Maknanya : Tiada manusia yang suka kepada seksaan kerana ianya menyakitkan.


Sekian daripada kami, jika ada sebarang kesilapan harapnya segera ditegur kerana kami masih bergelar penuntut ilmu.. Semoga kita semua diberi kekuatan dalam memahami dan menguasai bahasa Arab. Amin..


* Pesanan ringkas Kempen menuntut ilmu :)

" Nak fahami bahasa Arab paling penting kena banyak menghafaz kalimah dan tahu makna-maknanya. Tapi nak kuasai bahasa arab banyak lagi perkara lain yang perlu dikuasai terlebih dahulu seperti nahu, sorf, fiqh lughah, balaghah dan lain2. Ini kena menuntut dengan orang yang pakar2, ulama2... Tapi tu baru nak kuasai bahasa Arab, belum nak kuasai ilmu agama lagi. Lagi la banyak perkara nak kena tahu.. Lagi la banyak2 nak kena menuntut ilmu.. Oleh itu, jangan la kita berasa hebat sampai nak keluarkan macam-macam fatwa padahal dalam kepala tu baru hapal 1-2 perkataan bahasa Arab.. Sekian, wassalam :) "

Disediakan oleh,
Hosnee

Labels: ,

posted by Kalghari Network™ @ 12:21 PM, ,