BBQ Sempena Minggu Peperiksaan
Wednesday, June 11, 2008
SABTU 26 April 2008 – Sekarang geng-geng Azhar dalam musim sedar dari mimpi lihap untuk exam fasa ke 2. Sempene musin exam ni kitorang adalah la buat sikit majlis bakar satay yang boleh dikatakan kebiasaan bagi bait (umah) Ustaz Azmil sejak turun temurun.Dia ni senior kitorang kat KUSZA dulu. Dia yang mencadangkan untuk wat majlis ni. Apa lagi kitorang join la. Seminggu sebelum majlis tu kitorang dah berbincang. Petang jumaat tu semua berkumpul untuk buat persiapan bakrr satay. Pada esok harinya kitorang buat kerja-kerja seterusnya. Apa lagi…buat kuah kacang la. Satay mesti la sekali dengan kacang. kalau tak ada kuah kacang..pincangla kacang tu. Sebagaimana lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Senario. Tajuk lagu satay kajang. Nak tau isi lagu, korang dengarla sendiri. Selesai je kerje tu kitorang beramai-ramai (nak takkid) cucuk satay. Tapi adalah sorang budak tue......asyik duk ke hulu ke hilir..tup-tup main "tenet". Siapakah dia? siapakah dia? (Cuba teka) Selesai je kerja tu kitorang makan tengahari...tapi nasi pulak hangit. Hisss sape yang masak tadi. Kemudian kitorang makan la sebab perut dah buat konsert mega tanpa tiket.apa lagi makan jela. Mulakan dengan Bismillah..nak dapat berkat. Dalam setengah jam selepas. Operasi membakar satay bermula.. kata sini ada la cerita sikit. Pasal curi satay. Masak je satay..aik dah tinggal batang. Nak tahu siapakah pencurinya. Tengaklah video "Pencuri Satay" yang kitorang sediakan. Tapi masa kitorang baker satay tu kitorang bertukar-tukar pendapat. Alahamdulillah dalam masa 3 jam lebih, dari pukul 3 hatta pukul 6 lebih gitula kitorang habis membakar satay. Pas tu apa lagi..kitorang manfaat la hasil kerja yang dibuat tadi. Kitorang tidur la sebentar sementara nak tunggu maghrib. Penat tu….penat tak penat korang pikirla sendiri. Selepas solat maghrib berjemaah. Kitorang menjamu selera sampai adalah salah seorang dari kitaorang termuntah-muntah. Mingkin tercekik tulang satay. Mana tidaknya kita orang bukannya ramai pun..lebih kurang 15 orang pada hari tu. Satay pulak lebih 300 cucuk.
Muhd Faa'iz Al-Khuttat
Labels: Aktiviti
posted by Kalghari Network™ @ 6:00 AM,