Admin CPanel: Log In | Contact Us | Photobuchet | Youtube | Kalghari Shop

 



Alamat Isim

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين،
أما بعد ؛

بالجر والتنوين والنداء و أل ومسند للسم تمييز حصل
Terjemahannya : Isim itu dapat dibezakan (daripada Feel dan Hurf) dengan adanya Majrur, Tanwin,
Nida’, huruf Alif Lam, dan dapat di“Isnad”kan.

Ini adalah salah satu daripada bait yang terdapat di dalam alfiyyah Ibn Malik. Ia menceritakan tentang alamat Isim. Daripada bait ini terkandung 5 perkara yang menjadi alamat kepada Isim.

1- Jar / Majrur
Maksud Ibn Malik RH, Isim menerima hukum majrur dan juga alamatnya (baris kasrah). Menerima hukum Majrur sama ada disebabkan huruf Jar, atau Idofah (menjadi Mudhofun Ilain) atau sebab Tab’iyyah (menjadi Tawabi’ = Sifat, Taukid, Badal, Ma’tuf).

2- Menerima baris Tanwin

3- Nida’ (Dalam bab al-Munada).
Suatu perkataan jika menerima huruf Nida’ sebelumnya maka ia adalah Isim. Contoh : يا زيد . Zaid itu Isim kerana menerima ‘yaa’ (huruf nida’)

4- Alif Lam (أل) boleh dimasukkan di awalnya.

5- Isnad
Ini adalah di antara yang lazim bagi Isim. Isim di antara ciri-cirinya ia boleh disandarkan kepadanya. Contoh : زيد قائم maknanya : Zaid berdiri. Di dalam ayat ini, disandarkan keadaan berdiri itu kepada Zaid. Maka Zaid itu Isim.



Disediakan oleh,
Hosnee

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 5:46 PM, ,




Nusus : Pepatah arab

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين،
والصلاة والسلام على سيد المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين
أما بعد ؛

Assalamualaikum WBT. Ape kabo.. semoga semua di bawah rahmat Allah sentiasa. Jadi minggu ni kami nak bawakan beberapa pepatah arab yang biasa digunakan. Kalo kat Malaysia ni, pelajar2 bahasa Arab biasa dengo. Antaranya :

  1. مَنْ جَدَّ وَجَدَ
Terjemahannya : Siapa yang berusaha, maka dia akan dapat.

Maksudnya : Orang yang rajin akan berjaya. Jadi pepatah ni lahir daripada adat kebiasaan manusia, kalau seseorang itu ada matlamat dan rajin berusaha, maka dia akan dapat apa yang dia hajat. Pepatah yang ade makna lebih kurang dengan pepatah ni adalah :

مَنْ زَرَعَ حَصَدَ

Terjemahannya : Siapa yang menanam, maka dialah yang akan menuai hasilnya.

Maksudnya : Menurut adat kehidupan ni, seseorang yang menanam, maka dia jugalah yang akan menuainya. Dia yang berusaha, maka dia jugalah yang akan peroleh hasil tanamannya. Jadi pepatah ini juga satu simbol merujuk kepada sesiapa yang ada matlamat dan berusaha, maka dia akan peroleh apa yang dia hajat.

Tambahan daripada al-Faqir : Sesiapa yang ingin berusaha mendapatkan sesuatu, maka pastikan "sesuatu" itu adalah perkara yang baik, berusaha/ kerajinan itu adalah suatu kurniaan daripada Allah SWT. Jadi apabila sedang berusaha dan setelah memperoleh "sesuatu" itu hendaklah disematkan di dalam hati semua itu atas izin Allah. Sebaik2 usaha adalah beribadat kerana Allah, dan sebaik2 hasil adalah redho Allah.

2. الوَقْتُ كَالسَّيفِ

Terjemahannya : Waktu itu seumpama pedang.

Maksudnnya : Waktu itu amat penting sekali dan ia akan berlalu dengan pantas sekali. Kadang2 kita tak sedar yang waktu itu sudah berlalu kerana terlalu asyik dengan sesuatu. Ada tambahan daripada pepatah ini yang berbunyi, jika kamu tidak memotongnya, maka dia akan memotong kamu". Beerti jika kita tidak memanfaatkan waktu dengan baik, maka ia akan berlalu begitu sahaja sehingga membuatkan kita menyesal apabila dikenang2kan kembali. maka penyesalan kita itu seumpama suatu "sembelihan" yang telah waktu lakukan ke atas kita.

Hampir2 dengan pepatah ini adalah :

الوقت من الذهب

Terjemahannya : Waktu itu sebahagian daripada emas.

Maksudnya : waktu itu sangat2la berharga, kadang2 harganya seumpama emas dan ada ketika ia lebih mahal daripada emas. begitu tinggi sekali nilaiannya. Walaupun waktu itu mahal, setiap manusia memilikinya dan akan memilikinya, apabila sudah dimiliki maka mestilah ia dimanfaatkan dengan baik sekali supaya tidak berasa rugi apabila ia berlalu. Pastikan emas itu diniagakan dengan perniagaan yang menguntungkan supaya tidak berasa rugi apabila perniagaan sudah selesai. Pastikan waktu itu digunakan untuk perkara yang bermanfaat dan tidak dihabiskan kepada sesuatu yang merugikan kerana nilaian waktu itu amat tinggi.

Tambahan daripada al-Faqir : Sebagaimana dikatakan oleh para ulama, masa itu adalah kehidupan, maka ia mesti dimanfaatkan pada sebaik2 perkara. Sebaik2 perkara itu pula adalah beribadat kerana Allah. Sesiapa yang membiarkan waktu2nya berlalu tanpa ingat dan zikir kepada Allah, maka ia adalah satu kerugian yang sangat besar.


p/s belajo pepatah ni rase bes sebab pepatah ni dekat dengan kehidupan. bijak2 orang tua kita dulu2 susun kata2. setakat ni baru tengok pepatah arab dengan melayu. Semoga Allah berkati kita semua..


Disediakan oleh,
Hosnee.



Labels: ,

posted by Kalghari Network™ @ 8:10 AM, ,




Terjemahan Syarah Alfiyah Ibn Malik Li Syaikh Abdul Rahman al-Makudi al-Fasi al-Maliki

Terjemahan Syarah Alfiyah Ibn Malik Li Syaikh Abdul Rahman al-Makudi al-Fasi al-Maliki

Bab al-Kalam Wa Ma Yataallafu Minhu (الكلام وما يتألف منه)

((الكلام)) adalah Khabar bagi Mubtada’ yang tersembunyi dan Mubtada' tersebut adalah Mudhof yang dihazafkan. ((ما)) ialah Ma Mausulah yang merujuk kepada ((الكلم)) iaitu Kalimah-kalimah. Adapun Dhomir ((ــه)) itu kembali kepada ((ما)) . Fail bagi ((يتألف)) pula adalah Dhomir Mustatir yang kembali kepada ((الكلام)) .

Taqdir bagi ayat di atas ialah : Bab ini ialah Bab al-Kalam dan ia juga membahaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan al-Kalam, dan “perkara-perkara” tersebut adalah kalimah-kalimah.

Jika digunakan singkatan ((وما يتألف منه)) bagi meraikan makna tersirat yang terkandung dalam kalimah ((ما)) maka ia dibolehkan.


Disediakan oleh,
Hosnee

Labels: , ,

posted by Kalghari Network™ @ 8:57 AM, ,




Tanwin Tankir

Tanwin Tankir (تنوين التنكير)

Di dalam perbahasan bahasa Arab, tanwin terbahagi kepada beberapa jenis. Setiap satunya ada peranan masing-masing yang membezakan dari satu jenis dengan jenis yang lain. Salah satunya ialah Tanwin Tankir.

*Tanwin Tankir umumnya untuk membezakan di antara Isim Mabni yang makrifah dan nakirah*


Terus kepada contoh :

سيبويهِ menunjukkan Sibawaih iaitu Tokoh Nahu. Ini Isim Mabni Ma’rifah kerana nama bagi seorang tokoh Nahu.

سيبويهٍ menunjukkan orang tertentu yang digelar dengan gelaran Sibawaih kerana kealiman beliau dalam bidang Nahu. Asalnya kalimah ini Ma’rifah, tetapi ia menjadi Isim Mabni Nakirah, kerana ia dimasuki tanwin. Jadi makna bagi perkataan ini tidak lagi dikhususkan kepada Sibawaih tokoh Nahu tetapi ditujukan kepada orang lain yang menyerupai kepakaran Sibawaih dalam bidang Nahu.

Apa yang ingin diketengahkan di sini ialah, setiap perkara di dalam bahasa Arab walaupun hanya satu titik, ia ada peranan dan makna. Ia mesti diteliti dan dikaji. Dan ada kesannya dalam penggunaan. Bagi mendalami perkara ini, kita mesti menuntut ilmu daripada pakarnya. Oleh itu, tidak layak bagi orang yang bukan pakar (apatah lagi yang tidak menuntut ilmu bahasa Arab) untuk mensyarahkan ayat al-Quran dan hadith (walaupun syarahan itu pada dirinya sendiri).

Sekian penulisan pendek daripada kami, semoga pembaca dapat manfaat. Jika ada perkara yang tersalah maka diharapkan dapat ditegur kerana kami masih lagi penuntut ilmu. Semoga Allah memberkati kita semua. amin..

disediakan oleh,
Hosnee

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 5:21 PM, ,




Risalah Ja'a Zaidun oleh Syeikh Ahmad Zaini Dahlan

Ini ialah kitab Nahu lil mubtadiin (untuk orang yang baru belajar nahu), ia adalah syarah Matan al-Ajrumiyyah daripada Syeikh al-Makudi. Kitab ni bagus, penerangannya ringkas dan mudah difahami. Syaratnya kena belajar dengan guru. hehe.

Kitab ni yang menariknya dalam dia ada 3 kitab sebenarnya. 1 syarah Syeikh Makudi, 2 lagi pada hasyiyah daripada Syeikh al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan. hasyiyah tu terdiri daripada Dua risalah karangan Syeikh berkenaan ilmu Nahu. Satu namanya Risalah berkaitan Ja'a Zaidun dan satu lagi namanya Risalah berkaitan perkara2 yang Mabni.

Benda yang saya nak fokus sebenarnya risalah Syeikh Ahmad Zaini Dahlan berkaitan Ja'a Zaidun sebab ia sangat best untuk orang yang baru belajar Nahu macam saya. [ Ada perasaan teruja.. :) ]. Risalah ni nama je risalah tapi isi dia masya Allah.. tersangat la best..

metode yang digunakan oleh Syeikh Ahmad Zaini Dahlan dalam risalah tu adalah metode soal jawab. Syeikh mula dengan ayat Ja'a Zaidun kemudian Syeikh I'rab ayat tu. pastu bermulalah sesi soal jawab. Soalan bermula dengan ((فإن قيل)) dan jawab bermula dengan ((فالجواب)). Memang best. Kita akan dapat tahu sebab bagi setiap perkara nahu. Kenapa mabni, kenapa mabni dengan fathah, kenapa fail marfu', kenapa kenapa kenapa... jadi ada Syeikh susunkan jawapannya.

Syeikh Ahmad Zaini Dahlan susun untuk kanak-kanak yang baru belajar Nahu. jadi saya ayng baru nak belajar ni pon terkategori sebagai kanak-kanak juga. hehe. Wah, teruja belajarnya. inysa Allah memang akan cepat faham. Pentingnya belajar dengan guru yang bersanad :). Doa2 moga Allah SWT bagi pandai dalam ilmu Nahu. Antara langkah awal nak ikut jejak ulama. Moga Allah SWT berkati Syeikh-syeikh kita. amin..

p/s : Orang yang tak suka dengan Syeikh Ahmad Zaini Dahlan mesti taknak belajar dengan risalah ni. hihii..

Labels: , ,

posted by Kalghari Network™ @ 5:07 AM, ,




Kalimah Hari Ini "العقوبة"

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamua'laikum

Ape kabo semua. Dah lame beno tak mengapdet. Baik, kali ni kita dalam episod "kalimah hari ini". Rujukan adalah Kalam Imam Hasan al-Basri RH dalam kitab karangan Imam al-Ghazali, tajuknya "Bidayatul Hidayah" yang diterjemahkan dalam BM oleh Syeikh Ahmah Fahmi Zam Zam m/s 100. ((Kenapa rujuk terjemahan? Sebab episod ni dibuat untuk memudahkan pembaca memahami makna kalimah BA melalui makna BM. Adapun terjemahan ini dipilih kerana ianya diterjemahkan oleh ulama Melayu yang ahli tentang agama dan yang tahu BA. Jadi ianya memang tepat sekali dijadikan rujukan orang awam macam saya.. Sapa2 tak kenal Syeikh Fahmi ZamZam rugi.. jom2 kita gi talaqi ))

Ok, Insya Allah perkataan yang ingin diambil ialah "العقوبة" maknanya seksaan.

Kalam beliau berbunyi :
كل صلاة لا يحضر فيها القلب فهي إلى العقوبة أسرع
Maknanya : Setiap sembahyang yang tidak hadir hati padanya maka sembahyang itu lebih dekat kepada seksaan {daripada rahmat}.

Maksud


Kalimah
Perkataan yang kita ingin ambil daripada kalam Imam Hasan al-Basri RH ialah al-'uqubah iaitu seksaan. Al-'Uqubah ni masdar, feelnya "عقب" bermakna seksa.
ليس الناس يحب العقوبة لأنها تلمّ
Maknanya : Tiada manusia yang suka kepada seksaan kerana ianya menyakitkan.


Sekian daripada kami, jika ada sebarang kesilapan harapnya segera ditegur kerana kami masih bergelar penuntut ilmu.. Semoga kita semua diberi kekuatan dalam memahami dan menguasai bahasa Arab. Amin..


* Pesanan ringkas Kempen menuntut ilmu :)

" Nak fahami bahasa Arab paling penting kena banyak menghafaz kalimah dan tahu makna-maknanya. Tapi nak kuasai bahasa arab banyak lagi perkara lain yang perlu dikuasai terlebih dahulu seperti nahu, sorf, fiqh lughah, balaghah dan lain2. Ini kena menuntut dengan orang yang pakar2, ulama2... Tapi tu baru nak kuasai bahasa Arab, belum nak kuasai ilmu agama lagi. Lagi la banyak perkara nak kena tahu.. Lagi la banyak2 nak kena menuntut ilmu.. Oleh itu, jangan la kita berasa hebat sampai nak keluarkan macam-macam fatwa padahal dalam kepala tu baru hapal 1-2 perkataan bahasa Arab.. Sekian, wassalam :) "

Disediakan oleh,
Hosnee

Labels: ,

posted by Kalghari Network™ @ 12:21 PM, ,




Af’al Al-Qulub

Assalamualaikum

Pernah dengar tak tentang “Af’al Al-Qulub”? ha, sape belajo bahasa arab die mesti penah dengo kabo2 angin pasal bende ni.. Jadi pe sebenarnya yang dimaksudkan dengan Af’al Al-Qulub ni? Pe peranan die? Kenape ade dalam nahu? Bile? Bagaimana? Apa? Ok3, cukup dengan persoalan2 tersebut. Haha.

Dalam episode kali ni (macam tv plak ek) kami nak memperkenalkan perkara baru berkenaan dengan salah satu unsur yang ada dalam Nahu iaitu Af’al Al-Qulub. Kami akan ceritakan secara umum je, nama pon “memperkenalkan”, nak tahu mendalam kena talaqqi :)

Af’al Al-Qulub merupakan istilah yang diberi kepada : perbuatan (fe’el) yang berdiri (berlaku) dengan hati. Nak tau perbuatan tu berlaku pun melalui hati dan rasa batiniah.

Contohnya :

( علم ، رأى ، درى ، وجد ، تعلّم ، ظنّ ، عرف ، فهم ، حزن ، جبُن ، زعم ، جعل ، حجا ….)

Atas tu contoh Af’al Al-Qulub, ada lagi lain2.. Tapi kalau kita perasan, semue feel tu tak boleh dilihat tapi hanya boleh dirasa dengan hati dan perasaan. Dan feel2 tu berlaku pun berkait dengan hati. Jadi atas sebab tu, ia dinamakan dengan Af’al Al-Qulub. (Kalau xpaham tanye ye :)

Dalam ilmu Nahu, perbahasan Af’al Al-Qulub terletak di bawah perbahasan Muta’addi ila Maf’ulain au Akthar. Ini kerana ada di antara Af’al Al-Qulub ni yang memerlukan kepada 2 @ 3 maf’ul bih. Bab ni best, sebab boleh menambahkan kefahaman kita terhadap mafu’l bih. Jadi jom gi talaqqi nahu, sebab nahu best. Hehe.

Selamat bertalaqqi :)

Sekian, wassalam

Disediakan oleh,

Os

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 3:11 PM, ,


Pepatah arab :

الجمال بلا فضيلة كالزهرة بلا رائحة

Maksudnya : Kecantikan tanpa apa2 kelebihan umpama bunga tanpa bau.

Pepatah ni tuju pada perempuan yang cantik tapi tanpa budi bahasa yang cantik ianya tidak berfaedah /menghampakan orang lain seumpama bunga yang tidak berbau, walaupun indah dipandang tapi tiada guna

Sumber :Panduan Kata-Kata Hikmat dan Perumpamaan Bahasa Arab oleh Mat Idris Isa

Labels: ,

posted by Kalghari Network™ @ 4:01 PM, ,