Admin CPanel: Log In | Contact Us | Photobuchet | Youtube | Kalghari Shop

 



Risalah Ja'a Zaidun oleh Syeikh Ahmad Zaini Dahlan

Ini ialah kitab Nahu lil mubtadiin (untuk orang yang baru belajar nahu), ia adalah syarah Matan al-Ajrumiyyah daripada Syeikh al-Makudi. Kitab ni bagus, penerangannya ringkas dan mudah difahami. Syaratnya kena belajar dengan guru. hehe.

Kitab ni yang menariknya dalam dia ada 3 kitab sebenarnya. 1 syarah Syeikh Makudi, 2 lagi pada hasyiyah daripada Syeikh al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan. hasyiyah tu terdiri daripada Dua risalah karangan Syeikh berkenaan ilmu Nahu. Satu namanya Risalah berkaitan Ja'a Zaidun dan satu lagi namanya Risalah berkaitan perkara2 yang Mabni.

Benda yang saya nak fokus sebenarnya risalah Syeikh Ahmad Zaini Dahlan berkaitan Ja'a Zaidun sebab ia sangat best untuk orang yang baru belajar Nahu macam saya. [ Ada perasaan teruja.. :) ]. Risalah ni nama je risalah tapi isi dia masya Allah.. tersangat la best..

metode yang digunakan oleh Syeikh Ahmad Zaini Dahlan dalam risalah tu adalah metode soal jawab. Syeikh mula dengan ayat Ja'a Zaidun kemudian Syeikh I'rab ayat tu. pastu bermulalah sesi soal jawab. Soalan bermula dengan ((فإن قيل)) dan jawab bermula dengan ((فالجواب)). Memang best. Kita akan dapat tahu sebab bagi setiap perkara nahu. Kenapa mabni, kenapa mabni dengan fathah, kenapa fail marfu', kenapa kenapa kenapa... jadi ada Syeikh susunkan jawapannya.

Syeikh Ahmad Zaini Dahlan susun untuk kanak-kanak yang baru belajar Nahu. jadi saya ayng baru nak belajar ni pon terkategori sebagai kanak-kanak juga. hehe. Wah, teruja belajarnya. inysa Allah memang akan cepat faham. Pentingnya belajar dengan guru yang bersanad :). Doa2 moga Allah SWT bagi pandai dalam ilmu Nahu. Antara langkah awal nak ikut jejak ulama. Moga Allah SWT berkati Syeikh-syeikh kita. amin..

p/s : Orang yang tak suka dengan Syeikh Ahmad Zaini Dahlan mesti taknak belajar dengan risalah ni. hihii..

Labels: , ,

posted by Kalghari Network™ @ 5:07 AM,

3 Comments:

At June 27, 2011 at 1:22 AM, Anonymous awn said...

assalamualaikum syeikh..di mana boleh ana beli kitab tu?

 
At June 27, 2011 at 4:52 AM, Blogger Kalghari Network™ said...

Waalaikumsalam awn. kalau kat malaysia tak pasti la plak. tapi kalau kat mesir memang ada kitab tu. Kitab ni kami jumpa di library UKM.

 
At July 1, 2011 at 5:36 AM, Blogger Kalghari Network™ said...

Sebenarnya ada gambar, tapi gambar tu tak boleh aplod plak. cube tengok dekat facebook kalghari untuk gambarnye. maaf atas kekurangan dan kekeliruan.

 

Post a Comment

<< Home