Admin CPanel: Log In | Contact Us | Photobuchet | Youtube | Kalghari Shop

 



Siapakah Abdul Qahir Al-Jurjani?

Assalamualaikum. Nak kongsi sikit info tentang tokoh.Moga2 dapat dimanfaatkan kita bersama.

Nama penuh beliau ialah Abu Bakr Abdul Qahir bin Abdul Rahman Al-Jurjani. Beliau merupakan Imam dalam bidang Nahu, pakar Ilmu Kalam yang berpegang dengan mazhab Al-Ashcariyy, seorang faqih mazhab Al-Shafice.

Beliau adalah di antara tokoh awal yang berjaya dalam meletakkan kaedah serta memperjelaskan lagi asas-asas bagi ilmu Balaghah. Metode kajian yang beliau rangkakan telah menjadi panduan dan rujukan ulama’ selepas beliau, sehingga mereka mampu untuk menyempurnakan perbahasan dan mengembangkan kajian yang terdapat di dalam ilmu Balaghah.

Yahya bin Hamzah Al-cAlawi ( Wafat 749 H) telah menyebut perihal beliau : Sesungguhnya Abdul Qahir orang pertama yang menyusun kaedah di dalam ilmu ini (ilmu balaghah), dan memperjelaskan bukti-buktinya, menyusun selok belok seninya, mengembangkan kelopak ilmu ini daripada kudupnya, membukakannya selepas ia tertutup dan dan menjadi kabur, dengan kehadiran dua buah kitab beliau (( Dalail Al-Icjaz dan Asrar Al-Balaghah )). Dan belum pernah aku temui sebagaimana keduanya, yang telah membuatkan hatiku terpaut cinta, juga menjadikan diriku kagum dengan keduanya, serta sehingga para ulama’ telah memberi ulasan yang baik pada keduanya[1].

Demikian pujian yang diberikan kepada Syeikh Abdul Qahir Al-Jurjani.



Disediakan oleh,
os

------------------
[1] Al-Maraghi Ahmad Mustafa, Tarikh cUlum Al-Balaghah, 2009, m/s 99

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 5:54 PM,

1 Comments:

At December 21, 2015 at 10:58 AM, Blogger Unknown said...

Imam abd al-qahir al-jurjani dilahirkan di jurjan iran, dimanakah pula beliau meninggal dunia dan dimanakah makamnya ?

 

Post a Comment

<< Home