Admin CPanel: Log In | Contact Us | Photobuchet | Youtube | Kalghari Shop

 



Tanwin Tankir

Tanwin Tankir (تنوين التنكير)

Di dalam perbahasan bahasa Arab, tanwin terbahagi kepada beberapa jenis. Setiap satunya ada peranan masing-masing yang membezakan dari satu jenis dengan jenis yang lain. Salah satunya ialah Tanwin Tankir.

*Tanwin Tankir umumnya untuk membezakan di antara Isim Mabni yang makrifah dan nakirah*


Terus kepada contoh :

سيبويهِ menunjukkan Sibawaih iaitu Tokoh Nahu. Ini Isim Mabni Ma’rifah kerana nama bagi seorang tokoh Nahu.

سيبويهٍ menunjukkan orang tertentu yang digelar dengan gelaran Sibawaih kerana kealiman beliau dalam bidang Nahu. Asalnya kalimah ini Ma’rifah, tetapi ia menjadi Isim Mabni Nakirah, kerana ia dimasuki tanwin. Jadi makna bagi perkataan ini tidak lagi dikhususkan kepada Sibawaih tokoh Nahu tetapi ditujukan kepada orang lain yang menyerupai kepakaran Sibawaih dalam bidang Nahu.

Apa yang ingin diketengahkan di sini ialah, setiap perkara di dalam bahasa Arab walaupun hanya satu titik, ia ada peranan dan makna. Ia mesti diteliti dan dikaji. Dan ada kesannya dalam penggunaan. Bagi mendalami perkara ini, kita mesti menuntut ilmu daripada pakarnya. Oleh itu, tidak layak bagi orang yang bukan pakar (apatah lagi yang tidak menuntut ilmu bahasa Arab) untuk mensyarahkan ayat al-Quran dan hadith (walaupun syarahan itu pada dirinya sendiri).

Sekian penulisan pendek daripada kami, semoga pembaca dapat manfaat. Jika ada perkara yang tersalah maka diharapkan dapat ditegur kerana kami masih lagi penuntut ilmu. Semoga Allah memberkati kita semua. amin..

disediakan oleh,
Hosnee

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 5:21 PM,

1 Comments:

At August 29, 2011 at 12:16 PM, Blogger Kalghari Network™ said...

Tambahan : Yang layak tafsir ayat al-Quran dan syarah pada hadith hanya ulama. jadi nak faham quran dan hadith kena menuntut ilmu. jangan tuntut ilmu daripada
1- orang yang tak pernah menuntut ilmu atau
2- orang yang belajar dari orang yang tak pernah tuntut ilmu.

orang yang belajar bahasa arab pun belum layak lagi nak tafsir quran dan syarah hadith kecuali dia pergi menuntut daripada ulama.

senang cite, kalau kail panjang sejengkal, jangan cuba mengail di laut dalam.. kalau ilmu cetek, jangan berani2 syarah quran dan hadith. nanti sesat dan menyesatkan.

senang2 gi je blajo dari ulama, dan yang pnting ulama ahli sunnah wal jamaah :)

 

Post a Comment

<< Home