Kalimah Minggu Ini ( مغرور )
Wednesday, April 8, 2009
Assalamualaikum.. Kami meminta maaf atas kelambatan mengeluarkan bahagian (Kalimah Minggu Ini). Ini kerana ketidaksempatan kami untuk menjenguk ke blog disebabkan imtihan semakin menjelmakan dirinya :) . Terus kepada tajuk, kali ini kami mengambil kalimah daripada kalam ulama'. Ini kerana, seperti yang kita ketahui ulama' kita kesemuanya pakar dan hebat dalam ilmu bahasa dan qawa'id, jadi kita boleh mengambil panduan dan rujukan daripada kalam mereka.
Kalam ini kami naqolkan daripada kalam Imam Muhammad Nawawi al-Jawi al-Bantani daripada kitab beliau yang mensyarahkan Bidayatul Hidayah iaitu Maraqil 'Ubudiyah. Kalam nasihat beliau ialah ;
مَن شغله الفرضُ عن النفل فهو معذورٌ ، ومَن شعله النفلُ عن الفرض فهو مغرورٌ
Maksudnya : Sesiapa yang disibukkannya dirinya akan perkara Fardu dan daripada perkara Sunat, maka dia dimaafkan. Dan sesiapa yang disibukkan dirinya akan perkara Sunat berbanding perkara Fardu, maka dia telah ditipu (oleh syaitan).
Syarahan Ringkas :
Jadi al-Imam telah memperingatkan kita agar mengutamakan perkara Fardu dan jangan terlalu meyibukkan diri dengan perkara Sunat sehingga terlalai dan tertinggal perkara Fardu.
Contoh : Melakukan qiyamul lail sebanyak 20 rakaat, kemudian tidur dan terlepas fardu Subuh akibat keletihan setelah solat sunat.
Seelok2nya dibuat 2 perkara tersebut dengan seimbang dan pertengahan mengikut kemampuan diri. Jika kita berazam untuk memperbanyakkan perkara Sunat, maka kita lakukannya bersesuaian dengan kemampuan diri dan tidak terlalai atau tertinggal perkara Fardu. Sebaik2 amalan adalah amalan yang walaupun sedikit tapi berterusan berbanding banyak tapi jarang2 dilakukan. Wallahu A'lam
Kalimah yang kami pilih ialah
مغرور = tertipu @ ditipu
المُشتَرِي مَغرُورٌ
Maksudnya : Pembeli itu tertipu@ditipu.
I'rob
المشتري = مبتداء مرفوع للإبتداء وعلامة رفعه ضمة مقدرة على الياء منع من طهورها للثقل
مغرور = خبر للمبتداء مرفوع وعلامة رفعه ضمة ظاهرة في آخره
Jika terdapat sebarang kesalahan pada posting kali ini, kami berharap sangat agar dapat ditegur dan diberitahu supaya kami boleh melakukan pembetulan.
Sekian, selamat menghafaz,
Disediakan oleh,
Hosnee

posted by Kalghari Network™ @ 9:20 PM,