Nasob (نصب) dan alamat- alamatnya
Thursday, January 29, 2009
بسم الله الرحمن الرحيم
Nasob (نصب) dan alamat- alamatnya.
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه وسلم ، أما بعد ؛
Nasob adalah salah satu bahagian di dalam Irob. Ia adalah sedara mara kepada rofa', jar dan jazam yang mana mereka ini tergolong dalam kumpulan أقسام الإعراب
- Nasob boleh dikatakan bahagian ke-2 famous dalam I’rob.
- Perkara-perkara yang dinasobkan dinamakan sebagai mansubat (المنصوبات). Antaranya adalah :-
- Mafu'l bih
- Mafu'l ma'ah
- Mafu'l mutlak
- Mafu'l fih
- Mafu'l liajlih
- Hal
- Tamyiz
- Munada
- Istisna'
- Tawabi’ yang empat – na’at, taukid, badal, a’tof
- Feel mudhori’ juga dinasobkan iaitu jika dimasuki nawasib.
- Nasob ada lima alamat iaitu :-
- Fathah = baris atas.
- Alif (ا)
- Kasroh = baris bawah
- Ya (ي)
- Hazaf nun = buang huruf (ن)
- Fathah pada 3 tempat iaitu pada isim mufrod, jamak taksir, feel mudhori’ yang dimasuki nawasib di mana akhir kalimahnya sunyi daripada bersambung dengan mana2 huruf.
(nawasib = أن ، لن ، إذن ، كي)
- Alif pada asma' khomsah ( رأيت أباك و أخاك و حماك و فاك و ذا مال)
- Kasroh pada jamak muannas salim
- Ya pada 2 tempat iaitu pada musanna dan jamak muzakkar salim.
- Hazaf nun pada afa’l khomsah. Yang dimaksudkan dengan hazaf nun pada akhir kalimah feel tersebut kerana dimasuki nawasib.
(afa’l khomsah = لن يفعلا و يفعلوا و تفعلا و تفعلوا و تفعلي)
Sekian sahaja daripada saya, insyaAllah akan ditambahkan lagi pada masa akan datang.
والله أعلم
Disediakan oleh,
Muhammad Hosnee b Zainal Abidin
Labels: Nahu
posted by Kalghari Network™ @ 8:16 PM,
2 Comments:
- At March 6, 2009 at 2:12 AM, said...
-
salam
syukran berkongsi ilmu...
nanti boleh bagi contoh ayat dan tunjuk cara i'rob sekali...
syukran.. - At March 22, 2009 at 7:23 AM, said...
-
Assalamualaikum...
Diharap ianya diperbanyakkan lagi
ianya mudah n senang difahami
'ala kulli hal
syukran...