Admin CPanel: Log In | Contact Us | Photobuchet | Youtube | Kalghari Shop

 



aj-Jumlah

Assalamualaikum..

Jumlah (ayat) di dalam kaedah nahu bahasa Arab tidak akan lari dari 2 perkara, iaitu Jumlah Ismiyyah dan Jumlah Fi'liyyah. Pada bahagian Nahu kali ini, ingin saya berkongsi sedikit bersama peminat Nahu dalam mengi'rob. Ilmu ini saya dapat ketika membaca kitab Nahu Syafi. Penerangan ringkas seperti berikut :

JUMLAH ISMIYYAH

- Dimaksudkan dengan Jumlah Ismiyyah adalah ayat yang dimulakan dengan Isim.
Contohnya ; زيد طالب

- Dalam JI ada 2 perkara penting iaitu Mubtada' dan Khobar. Walau panjang mana suatu jumlah tersebut kalau ianya Jumlah Ismiyyah maka ia pasti ada mubtada' dan khobar. Tidak kiralah sama ada zohir atau taqdir mahupun muqaddam atau muakhkhor.

- Contoh :
  1. هذا الكتاب جديد
  2. بيت علي لونه أزرق
  3. زينب ذهبت إلى مدرسة
  4. كتاب الجنائز
- Jadi apabila kita berdepan dengan Jumlah Ismiyyah pastikan kita mencari dahulu yang mana Mubtada' dan Khobarnya supaya memudahkan i'rob.

JUMLAH FI'LIYYAH

- Secara mudah dimaknakan Jumlah Fi'liyyah ini adalah jumlah (ayat) yang dimulai dengan fi'il.
Contoh : نام عمر

- JF terdiri dari 2 perkara asas iaitu {{ Fi'il dan Fai'l }} atau {{ Fi'il dan Naib Fai'l }}. Jadi 2 unsur asas ini pasti ada di dalam JF tidak kira samada masbut atau mahzuf, ataupun secara zohir dan taqdir.

- Contoh :
  1. قرأ زيد الدرس
  2. صام الأستاذ يوم الإثنين
  3. جلست على الكرسي
- Seperti JI, untuk memudahkan i'rob perlu kita cari 2 unsur penting yang terdapat dalam JF.

- Inilah salah satu cara yang saya gunakan ketika meni'rob. Jika ianya bersesuaian dengan kawan2, sama2lah kita menyebarkannya. Jika kawan2 ada cara lain, maka bolehlah berkongsi bersama kami supaya kami boleh sebarkan kepada rakan2 yang lain.

Jika ada salah, tegur2lah kami.

Sekian, wassalam

Disediakan oleh,
Os

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 12:18 AM,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home