Admin CPanel: Log In | Contact Us | Photobuchet | Youtube | Kalghari Shop

 



جزاكم الله خير الجزاء

Assalamualaikum. kaifa halukum jami'aan? Semoga semuanya berada bawah rahmat dan jagaan Allah Taala hendaknya. Di sini, kami ingin merakamkan berjuta2 terima kasih pada semua yang melawat, menyinggah, menengok, menjenguk ke blog kami yang serba kurang ini. Tidak dilupai juga pada yang melinkkan blog kami. Kehadiran kalian di sini menambahkan semangat kami untuk belajar bahasa al-Quran ini sedalam2nya dan menguatkan semangat kami untuk mengajak kalian untuk bersama2 kami merasai keseronokan bahasa pertuturan Rasulullah SAW ini.

Kami mengaku apa yang kami bawakan di sini adalah setitis daripada lautan ilmu yang ada di muka bumi Allah ini, namun kami berharap ianya boleh memberi manfaat kepada kami dan kalian semua. Kami masih menggelarkan diri kami sebagai penuntut ilmu Allah yang mana diri kami ini serba kekurangan, jika ada sebarang kesalahan dan kekurangan maka tegurlah kami. Jika ada bercanggah apa yang kami bawa di sini dengan pendapat Ulama'2 Al-akbar yang serba tahu lagi menjadi rujukan dunia, maka campak kami sejauh2nya dan semoga Allah membetulkan kami dan menerima taubat kami. Amin.

Di kesempatan ini juga, kami ingin berpesan kepada diri kami dan kalian supaya jadikanlah Ulama' sebagai rujukan kita dalam perkara agama kerana kita yang kerdil ini belum mampu untuk memahami bahasa al-Quran dan Hadis Nabi SAW, sekali gus ketidakmampuan itu menjadikan kita tak boleh memahami perkara agama tanpa pertolongan mereka. Tanpa Ulama' kita tak mampu memahami al-Quran dan Hadis Nabi SAW walaupun keduanya sumber tertinggi kerana kita ini lemah lagi doief dalam memahami bahasa syurga . Hormatlah Ulama' kerana mereka lebih faqih daripada kita dalam perkara agama, lebih baik daripada kita dalam beribadah, lebih wara' daripada kita dalam tingkah laku. Kita ini lemah. Dan tiada salahnya menjadikan Ulama', orang yang lebih pandai daripada kita sebagai penunjuk ajar kerana mereka lebih berpengetahuan dan berpengalaman daripada kita yang serba tidak tahu ini.

Ketahuilah bahawa diri kita ini serba kekurangan, lemah, bodoh, hina apabila dibandingkan dengan Ulama' kerana itulah hakikatnya. Jangan jadikan diri kita ini menurut hawa nafsu, ego, sombong, 'ujub, takabbur yang memandai2 dalam perkara agama kerana akhirnya kita sendiri yang akan menerima akibat di akhirat kelak. Semoga Allah jadikan kita semua daripada kalangan hamba-Nya yang mendapat naungan-Nya di akhirat kelak. Amin.

Sekian, wassalam.


p/s Jom kita selawat banyak2, semoga dengan berkat Rasulullah SAW kita dapat bertutur dan merasai kehebatan Bahasa Arab.

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 9:48 PM,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home