Admin CPanel: Log In | Contact Us | Photobuchet | Youtube | Kalghari Shop

 



Nusus : Pepatah arab

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين،
والصلاة والسلام على سيد المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين
أما بعد ؛

Assalamualaikum WBT. Ape kabo.. semoga semua di bawah rahmat Allah sentiasa. Jadi minggu ni kami nak bawakan beberapa pepatah arab yang biasa digunakan. Kalo kat Malaysia ni, pelajar2 bahasa Arab biasa dengo. Antaranya :

  1. مَنْ جَدَّ وَجَدَ
Terjemahannya : Siapa yang berusaha, maka dia akan dapat.

Maksudnya : Orang yang rajin akan berjaya. Jadi pepatah ni lahir daripada adat kebiasaan manusia, kalau seseorang itu ada matlamat dan rajin berusaha, maka dia akan dapat apa yang dia hajat. Pepatah yang ade makna lebih kurang dengan pepatah ni adalah :

مَنْ زَرَعَ حَصَدَ

Terjemahannya : Siapa yang menanam, maka dialah yang akan menuai hasilnya.

Maksudnya : Menurut adat kehidupan ni, seseorang yang menanam, maka dia jugalah yang akan menuainya. Dia yang berusaha, maka dia jugalah yang akan peroleh hasil tanamannya. Jadi pepatah ini juga satu simbol merujuk kepada sesiapa yang ada matlamat dan berusaha, maka dia akan peroleh apa yang dia hajat.

Tambahan daripada al-Faqir : Sesiapa yang ingin berusaha mendapatkan sesuatu, maka pastikan "sesuatu" itu adalah perkara yang baik, berusaha/ kerajinan itu adalah suatu kurniaan daripada Allah SWT. Jadi apabila sedang berusaha dan setelah memperoleh "sesuatu" itu hendaklah disematkan di dalam hati semua itu atas izin Allah. Sebaik2 usaha adalah beribadat kerana Allah, dan sebaik2 hasil adalah redho Allah.

2. الوَقْتُ كَالسَّيفِ

Terjemahannya : Waktu itu seumpama pedang.

Maksudnnya : Waktu itu amat penting sekali dan ia akan berlalu dengan pantas sekali. Kadang2 kita tak sedar yang waktu itu sudah berlalu kerana terlalu asyik dengan sesuatu. Ada tambahan daripada pepatah ini yang berbunyi, jika kamu tidak memotongnya, maka dia akan memotong kamu". Beerti jika kita tidak memanfaatkan waktu dengan baik, maka ia akan berlalu begitu sahaja sehingga membuatkan kita menyesal apabila dikenang2kan kembali. maka penyesalan kita itu seumpama suatu "sembelihan" yang telah waktu lakukan ke atas kita.

Hampir2 dengan pepatah ini adalah :

الوقت من الذهب

Terjemahannya : Waktu itu sebahagian daripada emas.

Maksudnya : waktu itu sangat2la berharga, kadang2 harganya seumpama emas dan ada ketika ia lebih mahal daripada emas. begitu tinggi sekali nilaiannya. Walaupun waktu itu mahal, setiap manusia memilikinya dan akan memilikinya, apabila sudah dimiliki maka mestilah ia dimanfaatkan dengan baik sekali supaya tidak berasa rugi apabila ia berlalu. Pastikan emas itu diniagakan dengan perniagaan yang menguntungkan supaya tidak berasa rugi apabila perniagaan sudah selesai. Pastikan waktu itu digunakan untuk perkara yang bermanfaat dan tidak dihabiskan kepada sesuatu yang merugikan kerana nilaian waktu itu amat tinggi.

Tambahan daripada al-Faqir : Sebagaimana dikatakan oleh para ulama, masa itu adalah kehidupan, maka ia mesti dimanfaatkan pada sebaik2 perkara. Sebaik2 perkara itu pula adalah beribadat kerana Allah. Sesiapa yang membiarkan waktu2nya berlalu tanpa ingat dan zikir kepada Allah, maka ia adalah satu kerugian yang sangat besar.


p/s belajo pepatah ni rase bes sebab pepatah ni dekat dengan kehidupan. bijak2 orang tua kita dulu2 susun kata2. setakat ni baru tengok pepatah arab dengan melayu. Semoga Allah berkati kita semua..


Disediakan oleh,
Hosnee.



Labels: ,

posted by Kalghari Network™ @ 8:10 AM,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home