Admin CPanel: Log In | Contact Us | Photobuchet | Youtube | Kalghari Shop

 



Futsal Zagazig 2008

14 Jun 2008 - DPMZ telah menganjurkan perlawanan Futsal diantara pelajar-pelajar Malaysia Zagazig bertempat di Stadium Universiti Zagazig. Pertandingan yang bermotifkan jalinan ukhwah ini telah mendapat sambutan dan kerjasama yang baik dikalangan ahli DPMZ. Sebanyak 5 pasukan telah dihantar untuk bertanding. Antara kalghariyun yang turun padang adalah:
  1. Faiz - Pasukan Saahah B (Qaumiyyah)
  2. Nik - Pasukan Saahah B (Mahatah)
  3. Taufiq - Pasukan Apa Nama (Kafru Zain)
Photobucket
Stadium Zagazig

Photobucket
Belum start dah lembik, apehal? Haha

Photobucket
Senyum paksa dikala panas terik

Pertandingan ini lebih tertumpu kepada kerjasama diantara pasukan kerana pihak penganjur kali ini tidak menyediakan sebarang hadiah, secara tidak langsung hadiah dan pingat bukanlah ukuran untuk meraih kemenangan, sebaliknya sekadar untuk beriadah setelah masing-masing penat menumpukan perhatian pada peperiksaan akhir fasa II yang berakhir pada minggu lepas.

Photobucket
Visel dibunyikan tanda perlawanan sudah bermula

Setiap pasukan ditubuhkan mengikut kawasan tempat tinggal masing-masing, iaitu kawasan Kafru Zain (Kafru Zagazig), Qaumiyyah, Salam dan Mahatah. Oleh kerana Ahli DPMZ yang tinggal di kawasan Mahatah hanyalah sebilangan kecil, mereka telah digabungkan bersama mereka yang tinggal di kawasan Qaumiyyah. Perlawanan yang berkonsepkan 5 sebelah ini mengenakan yuran pendaftaran sebayak L.E1.50 seorang (75sen). Murah bukan? Hehehe

Photobucket
Ajk tekun mencatat keputusan perlawanan

Photobucket
Antara sahabat-sahabat yang turut turun padang

Perlawanan bermula pada jam 7.30 AM dan berakhir pada jam 11.20 AM.Masing-masing memberikan komitmen yang baik dan Alhamdulillah, ianya berakhir seperti apa yang dirancangkan oleh pihak penganjur, dimana tiada sebarang pergaduhan atau masalah yang berlaku. Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada Ajk dan pihak penganjur yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini. Semoga pertandingan seperti ini dianjurkan lagi pada masa yang akan datang.Insya'allah.

Laporan:
Nik

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 1:24 AM,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home