Admin CPanel: Log In | Contact Us | Photobuchet | Youtube | Kalghari Shop

 



Nusus – Cinta pada Kekasih

بسم الله الرحمن الرحيم

Nusus – Cinta pada Kekasih

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه وسلم ، أما بعد ؛

Bait kali ini dipetik daripada kitab Aiyuhal Walad (أيها الولد) karangan imam al-Ghazali. Kitab ini walaupun hanya kecil namun kandungannya amat amat bernilai. Sebab imam al-Ghazali menulis kitab ini adalah di atas permintaan anak muridnya. Di dalam kitab ini terdapat banyak nasihat yang amat bermanfaat terutamanya kepada golongan syabab (pemuda) dan tolibul ilmu (penuntut ilmu).

Syair yang dipilih dari kitab kecil ini menceritakan cinta orang yang benar-benar cinta kepada Allah yang menghidupkan malam hanya kerana Allah. Dia merasakan bangun malam itu menjadi sia2 jika bukan bertujuan untuk beribadat kepada Allah. Dan dia merasakan satu kebatilan jika air mata itu ditumpahkan bukan kerana Allah.

Pada hakikatnya, syair ini dicipta oleh penyair untuk menyatakan cintanya yang mendalam terhadap kekasih hatinya, namun imam al-Ghazali mengambilnya dan menghurainya pada sudut yang berbeza dan menjadikan syair itu lebih bermakna dan mendalam maksudnya.

Bait syair tersebut adalah :-

سهر العيون لغير وجهك ضائع # وبكاؤهن لغير فقدك باطل

Maksudnya :
Berjaga malam itu jika bukan kerana mengingatimu adalah sia-sia, dan menangisnya mata jika bukan kerana kehilanganmu adalah batil.

والله أعلم

Disediakan oleh,
Muhammad Hosnee b Zainal Abidin.

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 8:36 AM,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home