Perkataan minggu ini
Wednesday, September 17, 2008
بسم الله الرحمن الرحيم
Perkataan minggu ini
الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على رسول الله (ص) و على آله وصحبه وسلم ، أما بعد ؛
Setinggi2 kesyukuran kita panjatkan kepada Allah SWT kerana masih memberi peluang untuk bersama lagi. Insya Allah kami bercadang untuk membukakan satu ruangan baru untuk blog kami ini, yang mana ruangan ini kita akan sama2 menambahkan mufrodat kita di dalam bahasa Arab. Ruangan baru ini, kami akan cuba untuk mendatangkan perkataan-perkataan yang kami keluarkan daripada nas-nas Al-Quran dan Al-Hadis agar sama2 kita boleh mengingatinya.
Antara faedah yang kami cuba bawakan di sini adalah dengan menghafaz nas untuk mengingati mufrodat. Moga2 Allah permudahkan kami dalam membantu rakan2 sekalian dalam memperkasakan lagi bahasa Arab di kalangan pencinta2nya.
Dalil :-
و إذ فرقنا بكم البحر فأنجيناكم وأغرقنا ءال فرعون وأنتم تنظرون
البقرة : 50
50. Dan (ingatlah), ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan (Fir'aun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan.
· Perkataan yang kami pilih daripada nas ini adalah ( أغرقنا ) yang mana maksudnya (kami telah memjadikan mereka tenggelam).
· Jadi perkataan (يغرق غرق) itu maknanya (tenggelam).
· Contoh ayat yang boleh dibuat ialah :
سقطت الساعة في البحر فاغترقت
Maksudnya : Jam itu telah jatuh ke dalam laut lalu tenggelam.
Setakat ini sahajalah yang termampu kami sediakan bagi rakan2 untuk waktu ini. Insya Allah, kami berazam untuk menyediakan lebih banyak lagi posting2 yang kami harapkan akan memberi faedah kepada rakan2. Moga Allah memudahkan kami.
Wassalam.
Disediakan oleh,
Muhammad Hosnee b Zainal Abidin
Labels: Kamus
posted by Kalghari Network™ @ 10:03 PM,