Admin CPanel: Log In | Contact Us | Photobuchet | Youtube | Kalghari Shop

 



Nusus – Nabi Muhammad Pemberi Syafaat

بسم الله الرحمن الرحيم

Nusus – Nabi Muhammad Pemberi Syafaat

الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على رسول الله (ص) و آله وصحبه وسلم ، أما بعد ؛

Pada bahagian nusus kali seterusnya ini, kami telah memetik 2bait yang terdapat di dalam Burdah al-Imam al-Busoiri. Seperti mana kita semua tahu, Burdah al-Imam al-Busoiri adalah qasidah yang tinggi gaya bahasanya, amat menarik dan indah apabila didendangkan. Maksud yang tersirat di dalamnya amat mendalam namun mudah difahami. Pemilihan kalimah2 yang sesuai pada tempatnya dan bertepatan dengan setiap wazan ‘arudnya. Inilah kecantikan yang terdapat di dalam Burdah al-Imam al-Busoiri.
Diriwayatkan imam al-Busoiri mencipta qasidah Burdah ini ketika beliau ditimpa buta. Rasa cintanya yang mendalam terhadap Rasulullah SAW membuatkan beliau tidak jemu untuk berqasidah mendendangkan Burdah sehinggalah Allah mendatangkan kembali pandangan beliau. Dan ulama’-ulama’ menyatakan sesiapa yang ingin bermimpi berjumpa dengan Rasulullah, maka amalkan Burdah.

Antara bait yang kami pilih pada kali ini adalah :

(1)محمـد سيـد الكونيـن والثقـليــ # ــن والفريقين من عرب ومن عجم
(2)هو الحبيب الذي ترجي شفاعته # لكـل هـول من الأهـوال مقتحم

Maksudnya :-

1-Muhammad adalah sayyid dunia dan akhirat, manusia dan jin daripada bangsa arab mahupun ‘ajam (bukan arab).
2-Dan dialah kekasih yang diminta syafaatnya, bagi setiap kesusahan yang datang dengan tiba2.


Disediakan oleh :
Muhammad Hosnee b Zainal Abidin

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 12:49 PM,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home