Admin CPanel: Log In | Contact Us | Photobuchet | Youtube | Kalghari Shop

 



Selamat Kembali Hosnee

Sudah berkurun lamanya sahabat tersayam kitorang yang bernama Hosnee meninggalkan bumi Mesir ini, namun beberapa hari yang lalu Hosnee telah membuat kejutan yang tak seberapa dengan memberitahu bahawa dia akan pulang kembali ke Mesir untuk menyelesaikan misinya. kitorang pun buat buat terkejut lah dengan berita itu. Masing masing tersenyum lebar dan ceria, ada juga yang tak sabar-sabar menantikan barang yang dikirim kehadiran hosnee.

Setelah tibanya hari yang dinantikan,
kitorang bergegas ke Lapangan Terbang Cairo, untuk menjemput dia dan antara yang pergi adalah Taufiq, Nik, Hisyam, Safuan, Din serta Burhan. Kitorang bertolak pukul 3.30 pagi dan tiba tepat pada pukul 4.30pagi. Waktu dah tepat dah seperti yang dirancangkan, tapi silap tempat la pulak. Kitorang menunggu si Hosnee di Arrival Hall 1, sedangkan dia dijadualkan tiba di Arrival Hall 3. Kitorang duk pusing sana, pusing sini seperti ibu kehilangan anak di shopping complex, sebabnya dia lupa bagi tau yang dia naik Flight apa dan tak bagitau akan tiba kat Hall mana.


Banner untuk Hosnee

Lama duk pikir dan bergaduh sesama sendiri main teka teki, yang jadi lecehnya adalah jarak antara Arrival Hall 1 dan Arrival Hall 2 sangat jauh, jadi setiap keputusan yang dibuat mestilah tepat bagi mengelakkan keletihan untuk ulang-alik. Nasib baik tak main OSOM untuk mengundi, alamatnya terkapai kapai la si Hosnee menunggu kitorang. Akhirnya sebelum solat subuh, kitorang bersepakat untuk ke Hall 2. Tapi setibanya disana, kitorang dilarang untuk memasuki hall tersebut, pulak dah!. Akhirnya kitorang tanya kat Pak Guard kat Hall 2 tu.

Kami : Pakcik, agak-agak pakcik Hall yang mana orang dari Malaysia akan tiba sini?.

Pakcik pon menjawab dengan kompidennya:

Pak Guard : Hall 3, pakcik yakin! Seyes! Seyes!. (Eh lebih lebih pulak aku menambah )

Kitorang pon pergi cari Mossala dulu untuk solat subuh, selepas selesai solat subuh kitorang pon berlari-lari macam pelarian ke Hall 3, dan nampaklah kelibat Hosnee. Wah terer betol pakcik tu, lupa lak nak bagi hadiah. Apabila Hosnee nampak aje
kitorang datang sambil memegang banner, dia pun pandang ke arah lain dan buat buat tak kenal kitorang , hahaha pape je la Os!


Muka ceria nak sambut Os


Terharu kah?


Sila abaikan kesilapan ejaan pada tompokkan hitam itu :P


Yey! Barang kami sampai


Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 1:27 AM,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home