Admin CPanel: Log In | Contact Us | Photobuchet | Youtube | Kalghari Shop

 



Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri sahabat-sahabat sekalian. Sori lambat untuk posting kali ini. Kalau flight boleh "delay", inikan pulak posting blog kami hehe. Kitorang di sini sambut hari raya dengan girang sekali, ditambah pula hari raya kami diisi dengan detik detik bersejarah yang pasti kami tidak akan lupakan, khususnya pada hari raya pertama. Dan seperti biasa, kami yang cukup sinonim dengan "delay" ini, menjamu selera rumah terbuka hari raya pada sebelah petangnya. Wah waktu makan pon "delay". Kami ni serba serbi "delay" kan? Ha na na na, kiotang tak bangun selepas zohor ye, jangan salah sangka pulak.

Hari raya pertama merupakan sambutan Aidilfitri pertama kitorang di Zagazig, tahun lepas dah beraya kat Kaherah. Sungguh seronok sekali raya kali ini, melihat gelagat kanak-kanak riang berarak dipagi raya, melihat aksi pancaragam membuat perarakkan dan perbarisan dipagi raya, dan tak lupa, kami berenam menanti dengan penuh debar saat pengumuman cabutan nombor bertuah diadakan di stadium. Ketika kami di stadium, kami begitu "teruja" melihat peminat-peminat menyerbu kami,masing-masing kelihatan seolah-olah begitu exited untuk mendapatkan outograph kami. Ada juga dikalangan mereka yang tersasul meng"hungga-hungga"kan kami. Wah, tersedak kami di pagi raya. Nasib baik korang tersasul..

Di kesempatan ini, kami mohon maaf kalau ada salah dan silap sepanjang kita bergelar sahabat siber,pape pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Photobucket
Kami diserbu



Photobucket
Pintu nampak gah, tapi tak berfungsi dengan sepenuhnya



Photobucket
Wah, dorang ni macam muka melayu kan? Hahaha



Photobucket
Tempat solat, meriah



Photobucket
Muka bangga dipagi raya



Photobucket
Hmm abaikan, dorang silap tarikh kot...



Photobucket
Boria



Photobucket
Adik bersama abang



Photobucket
Isi borang "Bait Muslim"



Photobucket
Majlis DPMZ



Photobucket
Bersama Syeikh Husni

posted by Kalghari Network™ @ 10:48 PM,

1 Comments:

At October 22, 2008 at 2:30 PM, Blogger Unknown said...

salam lebaran

 

Post a Comment

<< Home