I'rob jamak muzakkar salim
Wednesday, August 5, 2009
بسم الله الرحمن الرحيم
Dalam posting berkaitan nahu kali ni, kami nak ceritakan tentang i'rob jamak muzakkar salim.
Ciri2 jamak muzakkar salim adalah ianya menunjukkan bilangan 3 atau lebih. Ditambahkan wau dan nun daripada isim mufrod. Contohnye : مسلم menjadi مسلمون .
Adapun wau nun ni pada keadaan rofa'nya iaitu ketika dii'rob dengan rofa', jikalau ia berubah menjadi mansub atau majrur maka diubahkan wau nun itu menjadi ya nun. Contoh :
ذهب المسلمون إلي المسجد ketika ini kalimah jamak muzakkar salim iaitu muslimun pada kedudukan fail marfu' maka ia diirob dengan wau. Kerana wau adalah tanda bagi jamak muzakkar salim ketika rofa'. Jika berubah kedudukan kalimah jamak muzakkar (muslimun) kepada mansub atau majrur maka berubah tanda irobnye dan dibaca (muslimin). Contoh :
أحب الله المسلمين المؤمنين kalimah jamak muzakkar (muslimun) tadi ditukar wau nya menjadi ya dan dibaca (muslimin) di dalam ayat ini, kerana ketika ini tanda yang layak bagi jamak muzakkar adalah ya bukan lagi wau. Ini kerana kalimah jamak muzakkar (muslimin) terletak pada kedudukan maf'ul mansub, maka mesti ditukar alamat irob kerana berubah kedudukan i'robnya.
Kesimpulan yang kita dapat simpulkan adalah alamat rofa' bagi jamak muzakkar adalah wau dan alamat nasobnye dan jarnya adalah ya.
Inilah sedikit pengetahuan yang dapat kami kongsikan. sekian, wassalam.
Disediakan oleh.
Os
Labels: Nahu
posted by Kalghari Network™ @ 1:41 AM,