Admin CPanel: Log In | Contact Us | Photobuchet | Youtube | Kalghari Shop

 



Nusus : Tuntutlah ilmu

Assalamualaikum.. harap2 sumenye sihat wal a'fiat sentiasa.. dah lame beno tak bawak nusus dalam blog ni, jadi kami pun belek2 buku, dah kami tejumpe dengan sepotong syair yang sedap nak dihidangkan pada semue orang yang nak bace syair..

Syair yang kami bawak pade minggu ni, kami petik dari kitab ta'lim muta'llim toriqut ta'allum.. Satu kitab yang patut semue orang Islam ade, lebih2 lagi penuntut ilmu.. Sebabnye kitab yang tak tebal mane ni menceritekan tentang adab2 menuntut ilmu dan bagaimana untuk berhasil atau mendapat keberkatan dalam menuntut ilmu.

Pengarang kitab kite ni, nama beliau Syeikh Burhanuddin az-Zarnuji terangkan dalam kitab beliau adab2 dan perkara2 yang patut diketahui oleh penuntut ilmu.. Supaya kite orang yang lemah lagi tak reti ape2 ni tau jalan2 yang patut kite lalu dan sedo diri sebelum nak pandai2 mengkeji atau menhine ulama' besar yang banyak berjase pade Islam.. Syeikh kite ni ajar kite adab2 dengan ilmu, dengan ulama bahkan dengan penuntut ilmu yang lain.. Dengan bace kitab ni kite akan tau yang kite ni banyak kekurangan dan kelemahan bebanding dengan ulama'2 yang muktabar dalam tahap ilmu.. Orang yang suke kutuk2 imam2 mazhab kene bace buku ni. hehe.. pastu paham dalam2, pastu pikir betul2 taraf diri dan tahap ilmu yang ade, tah ade berkat atau tak.. Dan banyak lagi yang diterangkan dalam kitab ni, jadi boleh beli kat kedai2 pastu talaqqi ataupun daurah dengan syeikh2 yang wasil dengan Rasulullah SAW atau orang yang bertalaqi dengan syeikh2 yang betul2 diiktiraf..

Dalam kitab tu banyak syair2 yang sedap2, tapi kami petik secebis kecik je, insyaAllah, ade kesempatan kami bawak lagi.. Syair tu bunyinye :-

تعَلمْ فإنّ العلمَ زينٌ لأهله * وفضلٌ وعنوانٌ لكل المحامد
وكن مُستفدًا كلّ يوم زيادةً * من العلم واسبحْ في بحور الفوائد
تفقهْ فإن الفقه أفضلٌ من قائد * إلى البرّ والتقوى وأعدلٌ قاصد
هو العَلــَمُ الهادي إلى سُنن الهُدى * هوالحِصنُ ينجي من جميع الشدائد
فإن فقيهًا واحدًا متورعًا * أشدّ على الشيطان من ألفِ عابدِ
Maksudnye :
  1. Belajarlah ilmu! Sesungguhnye ilmu itu perhiasan bagi tuannya, kelebihan dan tanda bagi setiap yang terpuji.
  2. Dan manfaatkanlah setiap hari dengan pertambahan ilmu, serta berenanglah dalam lautan yang penuh manfaat.
  3. Belajarlah fiqh! Sesungguhnye ilmu fiqh itu sebaik2 pemandu yang membawa kepada kebaikkan dan ketaqwaan dan (ianye) seadil2 niat (niat yang terbaik).
  4. Ianya (ilmu tersebut) merupakan panji yang memberi petunjuk kepada Sunnah2, (dan) ianya merupakan kubu yang menjaga daripada kesusahan.
  5. Maka sesungguhnya, seorang yang faqih (tahu selok belok berkaitan fiqh) lagi warak lebih susah bagi syaitan (untuk mendekati dan menganggunya) berbanding seribu ahli ibadat (yang tidak berilmu).

Ini je dari kami yang mampu disediekan, jikalau ade tersalah dan tersilap, mohon ditegur.. Sekian, wassalam.. moga Allah berkati kite semua.. amin..

Disediakan oleh,

Muhammad Hosnee b Zainal Abidin

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 1:59 AM,

1 Comments:

At July 19, 2009 at 11:29 AM, Blogger miss kalut said...

ta'lim muta'llim toriqut ta'allum ..
kitab ini nipis. tapi ilmu yang ada didalamnya banyak sgt
suka pda syair2 tuhh..

 

Post a Comment

<< Home