Kalimah : أبَى
Tuesday, November 24, 2009
Assalamualaikum. Bahagian kalimah kali ni akan membawa sepotong hadis yang telah dipilih untuk diambil beberapa faedah daripadanya. Hadis ini baik dari sudut maknanya bahkan ianya adalah hadis sohih. Kami petik hadis ini daripada kitab Riyadussolihin dan terjemahannya kami rujuk pada kitab Terjemahan Riyadussolihin Terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri (tulisan jawi). Hadis ini berada di bawah tajuk Bab Memelihara Amal.
Hadis tersebut berbunyi :
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم قال : كل أمتي يدخلون الجنة إلا من أبى
.ومَن يأبى يا رسول الله ؟ قال : من أطاعني دخل الجنة ، ومن عصاني فقد أبى
رواه البخاري
رواه البخاري
Maksudnya : Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : Setiap dari umatku akan dimasukkan kedalam syurga kecuali orang yang ingkar. Dan siapakah yang ingkar itu wahai Rasulullah? Baginda bersabda : Barangsiapa mentaatiku dia dimasukkan kedalam syurga, dan barangsiapa menderhakaiku maka sesungguhnya dia adalah ingkar ( orang yang ingkar ajaran Rasulullah SAW ).
Pengajaran Hadis :
- Rasulullah mengkhabarkan setiap daripada umatnya akan masuk ke dalam syurga kecuali orang yang mengingkari ajaran baginda.
- Hadis ini memberitahu kita supaya bersungguh dalam menjaga sunnah Rasul dan tidak menjadi orang yang menderhaka ataupun orang yang memperlekehkan sunnah baginda.
- Kita perlu bersyukur yang teramat sangat kerana dapat menjadi umat Nabi Muhammad SAW dan sentiasa berusaha mentaati ajaran Rasulullah agar kita layak untuk mendapat syafaat Baginda..
- Difahami daripada hadis ini juga bahawasanya rahmat Allah itu begitu luas terhadap hamba-Nya.
Kalimah yang kami ambil daripada hadis ini ialah,
- دَخـَلَ = masuk
- أبَى = ingkar, degil, enggan, derhaka
Contoh ayat :
دخل والـدٌ إلى بيتـِهِ
Walid telah masuk ke dalam rumahnya.
أبى سعيدٌ بأمْـر أمِّـهِ
Said telah ingkar akan arahan ibunya.
· Uslub(gaya bahasa) yang boleh kita tiru daripada hadis ini ialah (....من....ومن)
Contoh ayat :
من اجتهد قرأ الكتاب ومن كسل لم يقرأ
Ertinya : Barangsiapa yang rajin dia membaca buku, dan barangsiapa yang malas dia tidak membaca.
Sekian sahaja yang termampu bahagian Kalimah sediakan, jika terdapat sebarang kesalahan di dalam posting kali ini, harapnya dapatlah ditegur supaya boleh diperbetulkan. Semoga Allah memberkati usaha kami ini dan mendapat petunjuk-Nya di dunia dan akhirat kelak.
Disediakan oleh,
Bahagian Kalimah
posted by Kalghari Network™ @ 9:29 AM,
1 Comments:
- At February 3, 2010 at 8:03 PM, said...
-
http://final-trip.blogspot.com
http://holy-system.blogspot.com