Admin CPanel: Log In | Contact Us | Photobuchet | Youtube | Kalghari Shop

 



هل & أ

Assalamualaikum.. Semoga semua di dalam keadaan sihat zahir dan batin sentiasa. Kali ini bahagian nahu ingin mengucapkan terima kasih pada Amira kerana memberi idea kepada kami untuk mengupdate. Hehe.. Moga Allah berkati anda dan seluruh umat Islam. Aminn.. Bagi menjana idea tentang posting kali ini, kami telah kembali membuka buku kuliah ketika di Zakzik dulu. Kami akan menerangkan serba sedikit mengenainya, semoga Allah memberi kemudahan kepada kami untuk menerangkan dan memberi kemudahan kepada pembaca untuk pemahaman. Dan semoga amalan kami ini akan memberikan faedah kepada kita semua di akhirat kelak. Amin.

Guru Balaghah kami ketika di kuliah al-Azhar Zakzik, Ustaz Doktor Muhammad Ali Abu Zaid telah menerangkan kepada kami mengenai bahagian ini dengan mengambil pendapat daripada Syeikh Abdul Qahir al-Jurjani. Daripada kefahaman kami di kuliah, kami akan bahaskan serba sedikit tentang tajuk ini.

• Secara asasnya kedua-dua huruf ini mempunyai makna BM yang sama iaitu “adakah”, tetapi jika merujuk kembali secara teliti dari sudut balaghahnya, terdapat perbezaan di antara keduanya dari sudut makna dan penggunaan BA.

• Bagi adawat Istifham, maknanya (iaitu makna adawat tersebut) berlegar di antara dua perkara iaitu التصور dan التصديق .

التصديق = menentukan sesuatu perkara dengan perkara lain ataupun
menafikan sesuatu perkara dengan perkara lain.

التصور = bertanyakan kemusykilan satu perkara kecil daripada perkara-perkara
yang lain.

أ mempunyai kedua-dua makna ini. Inilah yang menjadikan ianya sebagai pokok dalam adawat istifham. Manakala هل sekadar mempunyai makna التصديق .

• Contoh :

أ/هل زيد عند ك ؟ ِ
Adakah Zaid di sisi kamu?

Di dalam soalan ini, penyoal ingin menentukan sama ada Zaid di sisi kamu ataupun tidak, tiada kemusykilan pada Zaid ataupun kamu. Kedua-duanya pasti tetapi yang tidak pasti adalah kedudukan Zaid. Jadi, هل digunakan untuk memastikan kedudukan Zaid sama ada di sisi kamu atau tidak, dan jawapannya di antara نعم atau لا.

أ زيد عند ك أم عليّ ؟
Adakah Zaid di sisi kamu atau Ali ?

Di dalam soalan ini pula, penyoal ingin menentukan siapakah yang berada di sisi kamu, sama ada Zaid ataupun Ali. Terdapat kemusykilan pada satu perkara di antara dua perkara ini. Jadi digunakan أ di sini untuk bertanyakan tentang kemusykilan tersebut. Tidak harus bagi kita menggunakan هل kerana هل adalah pertanyaan mengenai nisbah@penentuan ( iaitu mensabitkan satu perkara ataupun menafikannya ).

• Contoh lain :

أ أنت قلت هذا الشعر ؟
Adakah kamu yang telah menuturkan syair ini ?

Di dalam soalan ini terdapat dua perkara yang perlu kita lihat, nisbah syair dan penutur syair.

- Nisbah syair : Syair di sini adalah suatu perkara yang pasti dan sabit berlaku kerana ia “telah” dituturkan. Dan soalan ini tidak akan bertanya tentang kepastian syair ini dituturkan atau tidak kerana itu perkara yang sia-sia.
- Penutur syair : Di sini lah persoalan utama yang terkandung di dalam soalan ini. Kemusykilan diutarakan untuk mengetahui sama ada “kamu” yang menuturkan syair itu ataupun manusia lain.

Cuba kita olah soalan ini,

أ هذا الشعر قلت ؟
Adakah syair ini yang telah kamu tuturkan?

Di dalam soalan olahan ini, kita dapati perkara utama yang dipersoalkan telah pun berubah. Soalan ini bertanyakan tentang adakah yang ditutur itu adalah syair tersebut atau syair lain. Tidak ditanyakan tentang siapakah penutur tersebut kerana ia telah pasti bahawa yang menuturkan itu adalah “kamu”.

Jika dilihat kembali pada contoh-contoh di atas dapat kita fahami bahawa setiap perkara yang berada selepas أ adalah perkara yang ditanya. Jadi kami telah diajar satu kaedah dalam penggunaan أ yang mana jika ada persoalan kemusykilan di antara dua perkara, maka disusunkan perkara tersebut selepas أ .

• Kaedah ini ( iaitu kaedah penggunaan أ tersebut ) tidak diguna pakai di dalam penggunaan هل kerana ianya di bawah makna التصديق . Selagi adawat istifham itu mempunyai makna التصور , ianya dibolehkan untuk menggunakan kaedah yang sama dengan أ tersebut.

Ini sahaja serba sedikit tentang tajuk ini yang dapat kami bahaskan. Jika ada sebarang kesilapan di dalam penerangan tajuk ini, kami harapkan dapatlah diberitahu kepada kami untuk kami betulkan. Semoga posting ini dapat memberi sedikit faedah kepada kita semua di dunia dan akhirat. Amin.

Sekian, wassalam.

Disediakan oleh,
Os

Labels: ,

posted by Kalghari Network™ @ 9:50 PM,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home