Poll : Isu Pembatan MOU Muadalah ke Al Azhar
Sunday, June 15, 2008
" Sejak dahulu lagi, pelajar Malaysia dibenarkan menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar tanpa sebarang biasiswa ataupun pinjaman dari pihak kerajaan. Mereka hanya mendapat zakat yang diberikan atas ihsan majlis agama negeri masing-masing ataupun daripada individu tertentu dan yang pastinya perbelanjaan dari ibu ayah sepenuhnya."
Kronologi penyekatan hak pengajian agama di Universiti Al-Azhar
Bagi pelajar yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar lepasan pengajian Pondok agama dan pelajar daripada mana-mana kolej yang membuat perjanjian MOU dan Muadalah, layak untuk menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Namun bermula tahun 2001, Sijil Tinggi Agama Malaysia mula diperkenalkan dan menjadi syarat wajib bagi mereka yang ingin menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Ini menyebabkan mereka yang mengambil Sijil Tinggi Agama (STA) atau Sijil Tinggi Ugama (STU) tidak layak mendapat tempat di Universiti Al-Azhar. Seterusnya pada sessi kemasukan 2005/2006, sistem peperiksaan tahdid mustawa mula diperkenalkan bagi pelajar muadalah bagi menentukan mereka berada di tahun empat atau tahun 2, sedangkan sebelum ini mana-mana pelajar muadalah akan terus berada di tahun 4.
Pada tahun yang sama juga pelajar dari pengajian Pondok tidak dibenarkan datang secara terus ke sini diatas alasan tiada SPM, STAM ataupun Diploma dari mana-mana kolej yang diiktiraf oleh LAN. Dan akhirnya pada tahun 2008, satu sejarah telah terlakar apabila, perjanjian MOU dan Muadalah dibatalkan. Dan kedengaran ura-ura yang terbaru bahawa pelajar STAM yang mendapat keputusan mumtaz dan jayyid jiddan sahaja yang layak menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Semakin sempit peluang pelajar Malaysia yang berkeinginan untuk menimba ilmu agama di gedung para ulamak yang tersohor didunia ini…adakah ia angkara tangan-tangan ghaib, hanya Allah yang Maha Mengetahui.
http://hewipmram55.blogspot.com

posted by Kalghari Network™ @ 3:11 AM,