Admin CPanel: Log In | Contact Us | Photobuchet | Youtube | Kalghari Shop

 



Feel Madhi

بسم الله الرحمن الرحيم

الفعل الماضي



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, maka saya mulakan penulisan ini. Minggu ini saya akan menceritakan serba sedikit tentang feel. Seperti mana yang kita tahu, feel adalah kata perbuatan@verb. Di dalam nahu bahasa arab, jika dinisbahkan kepada zaman@waktu, maka feel akan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu feel madhi (الفعل الماضي) ,feel mudhori' (الفعل المضارع) ,feel amar (الفعل الأمر). Secara mudahnya, saya ringkaskan yang madhi = masa lepas, mudhori' = sekarang@akan datang, amar = arahan (menunjukkan masa akan datang). InsyaAllah saya akan menceritakan mengenai feel-feel ini satu persatu. Pada perbahasan minggu ini, saya akan memberi pengenalan mengenai feel madhi terlebih dahulu. Penerangannya seperti berikut :-

- Feel madhi secara mudahnya boleh kita katakan sebagai perbuatan yang telah berlaku. Dalam grammar bahasa Inggeris samalah ia dengan past tense.

- Namun begitu, ada sedikit penambahan yang telah diletakkan di dalam kitab Al-Wafi syarah matan Al-Ajurumiyah mengenai feel madhi. Ulama' yang mensyarahkan matan tersebut menyatakan bahawa feel madhi kadang-kadang digunakan untuk menunjukkan masa akan datang. ِ
Contoh :((ونفخ في الصور)) surah الزمر ayat 68.
Dalam ayat ini perkataan نفخ dibina di atas acuan(وزن) feel madhi tapi penggunaannya di dalam ayat menunjukkan perkara yang akan berlaku. Jika kita teliti maknanya "dan sangkakala pun ditiup.." kita ketahui yang kejadian tiupan sangkakala belum lagi berlaku, jadi ayat ini menjadi bukti kepada kita bahawasanya feel madhi juga kadang-kadang boleh dimaknakan dengan zaman yang akan datang.

Akan tetapi tetap makna yang utama bagi feel madhi adalah perbuatan yang telah berlaku.

- Dari sudut i'rob, feel madhi adalah mabni(مبني).
Contoh : كتب محمد
كتب = فعل ماض مبني على الفتح
محمد = فاعل مرفوع وعلامة رفعه ضمة ظاهرة في آخره

Disediakan oleh,
Muhammad Hosnee B Zainal Abidin

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 5:36 PM,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home