Analisa
Friday, August 22, 2008
Skala ini dibuat berdasarkan gred purata peperiksaan daripada 7 Kalghariyun sahaja, yang berlatar belakangkan pembelajaran di Universiti Al Azhar, cawangan Zagazig , bidang Bahasa Arab (Am) tahun akhir (4), pada tahun 2008.
Rumusan:
- Subjek yang agak mudah untuk lulus adalah English dan Fiqh Lughah
- Subjek yang paling susah untuk lulus adalah Nahu, Balaghah dan Saraf
- Subjek natural adalah Al Quran , siapa hafaz insya'allah dapat jawab.
- Banyak soalan yang keluar adalah daripada soalan yang doktor bagi ketika dalam kuliyah.
- Peperiksaan syafawi (lisan) banyak membantu untuk mendapat markah extra.
- Huraian jawapan yang panjang lebar pada kertas jawapan belum tentu dapat menambat hati doktor utk Lulus.
- Bagi pelajar bidang Bahasa Arab, Nahu dititik beratkan pada kertas jawapan untuk semua subjek.
- Tidak tengok result Kontrol adalah suatu kerugian. Waktu result kontrol keluar adalah masa yang paling sesuai untuk membaiki result / mendapat ihsan doktor.
- Siapa yang Usaha + Doa + Tawakal = Lulus (Insya'allah)
- Siapa yang terlalu berpegang pada "Special Case" yang pernah berlaku pada orang lain, akan kecundang, contoh:
- "Ala hafaz Al Quran satu juzuk cukup la kot, sebab ada orang tu tulis surah pendek je semua jawapan, lulus gak.."
- "Ala hafaz syair 1 atau 2 tajuk pun jadi la, ada orang tu bila jawap peperiksan dia tulis syair yang tak menepati soalan, lulus gak"
- "Ala kite ni study kuat-kuat, belum tentu lulus, ada orang tu masa peperiksaan tak datang pun, lulus gak yang datang tu pulak tak lulus"
Labels: Umum
posted by Kalghari Network™ @ 12:01 AM,