Adab memberi nasihat
Wednesday, July 30, 2008
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih, maka saya mulakan penulisan ini. Minggu ini pada bahagian nusus saya bawakan sekali lagi daripada kitab yang sama iaitu Dewan Imam As-Syafie. Dua bait saya perkenalkan kepada para pembaca ini bolehlah dirujuk di dalam kitab asalnya di bawah tajuk adab memberi nasihat. Dua bait ini amat ringkas sekali, namun amat berguna kepada kita yang ingin menjadi pendakwah. Imam As-Syafie mengajar kepada kita tentang adab memberi nasihat kepada seseorang inidividu. Jika ingin menasihatkan kepada seseorang, maka ingatlah nasihat Imam kita ini. Syairnya berbunyi :-
(1)تعمدني بنصحك في انفرادي # وجنبني النصيحة في الجماعة
(2)فإن النصح بين الناس نوع # من التوبيخ لا أرضى استماعه
Maksudnya :-
1 - Nasihatkanlah aku ketika aku berseorangan, dan jauhkanlah dari memberi nasihat kepadaku ketika aku berada bersama orang ramai
2 - Maka sesungguhnya nasihat yang diberikan ketika orang ramai itu adalah satu cacian dan aku tidak mahu untuk mendengarnya/mengambilnya.
Disediakan oleh,
Muhammad Hosnee B Zainal Abidin
Labels: Nusus
posted by Kalghari Network™ @ 10:20 PM,