Tujuan daripada uslub Al-Taqdim dan Al-Ta’khir
Monday, October 25, 2010
Assalamualaikum. Ape kabo. Harapnye semua sihat sentiasa. Ni ade nak kongsi sikit tentang ilmu bahasa Arab kepada peminat bahasa Arab. Tentang uslub al-Taqdim dan al-Ta'khir. Kalo orang belajo nahu mesti pernah dengar tentang uslub ni. Pada yang tak tahu, amik peluang belajar. bes tajuk ni :) .
Sikit mukadimah, sebenarnye uslub ni biase kita guna dalam buat jumlah@ayat. Biasa dengar mubtada' muakkhor, khobar muqaddam dan lain2, inilah bendanya. Tapi sebenarnya taqdim ta'khir ni bukan senang2 nak guna, ada undang2 dia. Kalo orang yang malas belajo bahasa Arab, kompem tak tahu pe peranan die, tapi suka2 pulak nak terjemah Quran, nak syarah hadis.. Ada tujuannye, bila ada muqaddam dan mua'khor maka makna akan berubah. Itulah istimewa bahasa Arab.
Tujuan al-Taqdim di dalam uslub bahasa Arab berdasarkan penerangan yang dibuat oleh ulama balaghah termasuklah yang telah disebutkan Syeikh Abdul Qahir di dalam kitab beliau, di antaranya ialah:
- 1. Al-Qasr dan Al-Takhsis iaitu mengkhususkan sesuatu perkara dengan perkara lain. Contohnya, ((كذلك إنما يخشى الله من عباده العلماء))
- 2. Al-Ihtimam iaitu untuk mementingkan sesuatu perkara.
- 3. Menunjukkan rasa gembira atau memberitahu perkara buruk, contohnya “البكالوريا نلت”.
- 4. Bagi menjaga rima dan susunan kalam, contohnya ((خذوه فغلوه ، ثم الجحيم صلوه))
- 5. Al-Tasywiq iaitu menyebut perkara yang disukai, contohnya ((وإذا الجنة أزلقت)).
- 6. Al-Tahwil iaitu menyebutkan perkara yang tidak disukai.
- 7. Menguatkan makna dan mengukuhkannya.
Disediakan oleh,
Os
Labels: Balaghah, Informasi, Nahu
posted by Kalghari Network™ @ 1:27 PM,
,
Ilmu Ma'aani
Monday, February 1, 2010
Assalamu'aalaikum. Ape kabo semue yang meyinggah kat sini. Mekasihla bebanyak datang meyinggah walaupun makanan tak beridang. hehe. apa2 pun moga Allah memberkati kita semua di dunia dan di akhirat. begitulah hendaknya, amin.. Susah beno nak mengupdetkan blog ni sebab jiwe dilanda rase kesenangan hati untuk menonton tv. haha. Tule jadinye kalo tv ade dekat di hati. Jadi diteruskan la kepade posting kali ni, kali ni kami nak ceritakan bab balaghah.
Balaghah ni kalo orang ngaji Bahasa Arab, diorang akan tau yang subjek amat amat amat la penin, amik mase nak paham. Lebih2 lagi kalo nak terjemahkan dalam BM, mau demam jadinye. Mane idaknye, balaghah ni antara subjek tertinggi dalam Bahasa Arab, klo nahu blum lepas, sorof merangkak2, menangis la ngaji Balaghah ni. Hahaha.. Tapi istimewanya Balaghah ni, bile kite dah stat paham, akan timbul rase dalam hati ni "nak lagi, nak lagi". Biasela tu, bende susah nak dapat, kite akan pegang dan jage elok2.. hehe.
Kali ni nak cite bab ((Ilmu Ma'aani)). Tapi secara ringkas je. Kami kongsi mana yang kami tau je ye. Bab khilaf2 ni, kemudian2 jela. hehe.
Ilmu Ma'aani :
-Secara mudahnya, Ilmu Ma'aani ni suatu Ilmu@Kaedah yang mengajar kita cara2 menyusun kata2 dengan betul, betul dari sudut Nahunya dan sesuai dengan keadaan ketika itu. Ilmu ni juga mengajar kita memahami kata2 orang yang ahli (pakar) dalam balaghah.
-Dua elemen penting dalam ilmu ma'aani iaitu
1) perkara yang ingin diperkatakan
2)penggunaan Nahu yang tepat.
-Ilmu Ma'aani memberitahu kita tentang pentingnya memfokuskan tujuan kita bercakap dan menggunakan susunan kata yang mengikut Nahu yang betul. Ini kerana setiap gaya bahasa dan uslub yang dipertuturkan mengandungi makna yang berbeza walaupun sama dari sudut Nahu. Jika tersalah Nahu penutur tersebut, maka perkara fokus akan disalahertikan pendengar dan tujuannya tidak dapat difahami.
Contoh :
محمد كتب الرسالة
Ayat ni nak cerita tentang Muhammad. Bahawa dia telah menulis surat itu, bukan orang lain.
الرسالة محمد كتب
Ayat ni nak fokus tentang surat. Bahawa Surat yang Muhammad tulis, bukan bende lain.
-Dengan Ilmu Ma'aani ni kita dapat ketahui bahawa setiap susun kata yang terbit tidak mempunyai makna yang sama, kerana setiap susunan atau uslub mempunyai makna yang khusus.
Contoh :
محمد كتب الدرس // محمد كاتب الدرس // كتب محمد الدرس
Tiga jumlah di atas mempunyai asal kalimah yang same tetapi terdapat perbezaan ketara dari sudut makna. Apabila bertukar kedudukan i'irob (nahu) dan wazan kalimah (sorof) maka bertukarlah maknanya.
Peranan ilmu ma'aani memberitahu kita tentang itu.
-Kelebihan mempelajari ilmu ini dapat mendekatkan kita dengan i'ijaz quran dari sudut susunan dan makna. tapi tidak bermakna mempelajari ilmu ini sahaja sudah boleh mentafsir Quran. Terdapat di sana ilmu2 yang lain perlu dipelajari seiringan dengan ilmu ini bagi membolehkan kita menjadi salah seorang mufassirin. Dan kelebihan mempelajarinya juga adalah boleh menjadikan kita seorang penutur yang bijak dalam menyusun dan memahamkan orang lain dalam menyampaikan sesuatu maklumat.
Itulah sedikit sebanyak yang dapat kami kongsikan tentang ilmu ma'aani secara umum. Kalo nak detail kene menuntut dengan guru2 yang pakar la ye. hehe.
Tapi yang kami tak puas hati, ramai beno "kanak-kanak" hari ni yang tak ngaji Balaghah senang2 je ati diorang nak tafsir siap syarah lagi nas2 dari Quran and Hadis. Dahla Sorof tak tahu, Nahu pun setakat feel madi je bleh plak nak buat kitab syarah nas2 Quran dan Hadis.. Adoiii.. Kami yang sampai penin2 nak pahamkan subjek2 ni punyela riso nak terjemah makna nas, diorang boleh dengan tenang hati memberi syarahan panjang lebar. Kalo betui takpe, ni tonggang langgang jadinye. Mane tak tebako hati ni. (emosyenel gile.haha)
Kite kene jaga amanah ilmu, jalan dan aturan dalam memahami sesuatu perkara, kite kena ikut. Tambah2 bile melibatkan perkara2 agama. Muhasabah diri sendiri, takkan kita nak suruh orang muhasabahkan diri kita.. Bila orang kritik kita, kita jugak yang marah meletop2.. haha. Banyak2 renung diri.. Pesanan ni dituju untuk diri kami dan semua. Moga2 Allah beri petunjuk kepada kita semua. Amin..
Jika terdapat sebarang kesalahan dalam posting ni, sila tegur kami sesegera mungkin supaya kami dapat membetulkannya. Kami masih lagi belajar, tunjuk ajar dari pakar amat kami perlukan.
Rujukan :
- الإيضاح
-http://www.alfaseeh.com/vb/showthread.php?t=2086
والله أعلم
Sekian, wassalam.
Disediakan oleh,
Os
Labels: Balaghah
posted by Kalghari Network™ @ 11:08 AM,
,
هل & أ
Monday, November 16, 2009
Guru Balaghah kami ketika di kuliah al-Azhar Zakzik, Ustaz Doktor Muhammad Ali Abu Zaid telah menerangkan kepada kami mengenai bahagian ini dengan mengambil pendapat daripada Syeikh Abdul Qahir al-Jurjani. Daripada kefahaman kami di kuliah, kami akan bahaskan serba sedikit tentang tajuk ini.
• Secara asasnya kedua-dua huruf ini mempunyai makna BM yang sama iaitu “adakah”, tetapi jika merujuk kembali secara teliti dari sudut balaghahnya, terdapat perbezaan di antara keduanya dari sudut makna dan penggunaan BA.
• Bagi adawat Istifham, maknanya (iaitu makna adawat tersebut) berlegar di antara dua perkara iaitu التصور dan التصديق .
التصديق = menentukan sesuatu perkara dengan perkara lain ataupun
menafikan sesuatu perkara dengan perkara lain.
التصور = bertanyakan kemusykilan satu perkara kecil daripada perkara-perkara
yang lain.
• أ mempunyai kedua-dua makna ini. Inilah yang menjadikan ianya sebagai pokok dalam adawat istifham. Manakala هل sekadar mempunyai makna التصديق .
• Contoh :
أ/هل زيد عند ك ؟ ِ
Di dalam soalan ini, penyoal ingin menentukan sama ada Zaid di sisi kamu ataupun tidak, tiada kemusykilan pada Zaid ataupun kamu. Kedua-duanya pasti tetapi yang tidak pasti adalah kedudukan Zaid. Jadi, هل digunakan untuk memastikan kedudukan Zaid sama ada di sisi kamu atau tidak, dan jawapannya di antara نعم atau لا.
أ زيد عند ك أم عليّ ؟
Di dalam soalan ini pula, penyoal ingin menentukan siapakah yang berada di sisi kamu, sama ada Zaid ataupun Ali. Terdapat kemusykilan pada satu perkara di antara dua perkara ini. Jadi digunakan أ di sini untuk bertanyakan tentang kemusykilan tersebut. Tidak harus bagi kita menggunakan هل kerana هل adalah pertanyaan mengenai nisbah@penentuan ( iaitu mensabitkan satu perkara ataupun menafikannya ).
• Contoh lain :
أ أنت قلت هذا الشعر ؟
Di dalam soalan ini terdapat dua perkara yang perlu kita lihat, nisbah syair dan penutur syair.
- Nisbah syair : Syair di sini adalah suatu perkara yang pasti dan sabit berlaku kerana ia “telah” dituturkan. Dan soalan ini tidak akan bertanya tentang kepastian syair ini dituturkan atau tidak kerana itu perkara yang sia-sia.
- Penutur syair : Di sini lah persoalan utama yang terkandung di dalam soalan ini. Kemusykilan diutarakan untuk mengetahui sama ada “kamu” yang menuturkan syair itu ataupun manusia lain.
Cuba kita olah soalan ini,
أ هذا الشعر قلت ؟
Di dalam soalan olahan ini, kita dapati perkara utama yang dipersoalkan telah pun berubah. Soalan ini bertanyakan tentang adakah yang ditutur itu adalah syair tersebut atau syair lain. Tidak ditanyakan tentang siapakah penutur tersebut kerana ia telah pasti bahawa yang menuturkan itu adalah “kamu”.
Jika dilihat kembali pada contoh-contoh di atas dapat kita fahami bahawa setiap perkara yang berada selepas أ adalah perkara yang ditanya. Jadi kami telah diajar satu kaedah dalam penggunaan أ yang mana jika ada persoalan kemusykilan di antara dua perkara, maka disusunkan perkara tersebut selepas أ .
• Kaedah ini ( iaitu kaedah penggunaan أ tersebut ) tidak diguna pakai di dalam penggunaan هل kerana ianya di bawah makna التصديق . Selagi adawat istifham itu mempunyai makna التصور , ianya dibolehkan untuk menggunakan kaedah yang sama dengan أ tersebut.
Ini sahaja serba sedikit tentang tajuk ini yang dapat kami bahaskan. Jika ada sebarang kesilapan di dalam penerangan tajuk ini, kami harapkan dapatlah diberitahu kepada kami untuk kami betulkan. Semoga posting ini dapat memberi sedikit faedah kepada kita semua di dunia dan akhirat. Amin.
Sekian, wassalam.
Disediakan oleh,
posted by Kalghari Network™ @ 9:50 PM,
,

Simpati & Sehati Terhadap Gaza



