Sorof : Wazan Isim Mujarrad (Bahagian pertama)
Wednesday, December 9, 2009
Assalamualaikum
بسم الله الرحمن الرحيم
Sebelum kita terus kenal kepada wazan2, terlebih baik kita mengetahui apakah dimaksudkan dengan Isim Mujarrad :-
- Isim Mujarrad ( الإسم المجرّد ) bermakna kalimah isim yang kesemua hurufnya adalah huruf asli yang tidak ditambah dengan huruf-huruf tambahan iaitu ( سألتمونيها ).
- Isim Mujarrad ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu thulathiy (ثلاثي ), rubai’ey ( رباعي ), dan khumasy ( خماسي ).
- Isim Mujarrad tidak akan melebihi daripada 5 huruf.
Wazan Thulathiy Mujarrad
Secara asasnya wazan thulathiy = فعل tetapi yang mewarnai wazan ini adalah harkatnya. Ulama2 sorof menggariskan kaedah seperti berikut dalam membaca wazan ini :-
Bagi huruf pertama 3 keadaan, dibaca sama ada dengan baris fathah, kasroh, atau dommah.
Bagi huruf kedua 4 keadaan, dibaca sama ada dengan baris fathah, kasroh, dommah atau sukun.
((Huruf ketiga tidak dibahaskan dalam bahagian sorof ini kerana ia adalah huruf terakhir kalimah, maka ianya menjadi perbahasan dalam bahagian nahu))
· Hasil daripada gabungan keadaan di atas, terdapat 12 bentuk pembacaan wazan, kita lihat secara terperinci seperti di bawah.
1 – Huruf pertama dibariskan dengan fathah, huruf kedua dibariskan sama ada dengan fathah, kasroh, dommah, atau sukun.
فـَعَل = فـَرَس
فـَعِل = كَـبِد
فـَعُل = عَضُد
فـَعْل = صَخْر
2 – Huruf pertama dibariskan dengan kasroh, huruf kedua dibariskan sama ada dengan fathah, kasroh, dommah atau sukun.
فِعَل = عِنَب
فِعِل = إبِل
فِعُل = حِبُك
فِعْل = عِلْم
3 – Huruf pertama dibariskan dengan dommah, huruf kedua dibariskan sama ada dengan fathah, kasroh, dommah atau sukun.
فُعَل = صُرَد
فُعِل = دُئِل
فُعُل = عُنُق
فُعْل = قُـفْل
# Daripada 12 wazan ini : 10 wazan diiktiraf dan digunakan, 1 wazan digugurkan, dan 1 wazan amat sedikit digunakan.
Wazan yang digugurkan = فِعُل kerana tidak terdapat penggunaannya di dalam BA. Kalimah حبك itu dibaca sebenarnya dengan mendommahkan ha dan ba ( حُبُك ). Dalilnya terdapat di dalam surah az-Zariyat ayat 7.
Wazan amat sedikit digunakan = فُعِل kerana ia tidak digunakan meluas di dalam isim disebabkan wazan ini dikhaskan untuk wazan feel bina’ majhul.
Jika terdapat kesalahan di dalam posting ini, diharap dapat menegur dengan segera mungkin. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua dan semoga usaha kami ini dapat menjadi penyelamat kepada kami di akhirat kelak. Sekian, wassalam.
Disediakan oleh,
Bahagian Nahu dan Sorof.
Rujukan : As-Sorful Kafi terbitan Dar Ibn Khaldun.
Labels: Nahu
posted by Kalghari Network™ @ 10:19 PM,