Review Kitab : Qamus at-Tullab
Friday, January 1, 2010
Assalamualaikum. Semoga encik2 pembace semua dalam keadaan sihat sentiasa hendaknya, dan semoga Allah kurniakan untuk seluruh umat Islam kekuatan iman berterusan. Amin. Disebabkan kami dah lame tak buat review kitab, jadi kami merancang nak kedepankan satu kitab yang kami rasekan amat patut ade pada penuntut BA. Jadi kitab yang kami pilih kali ni adalah sebuah kamus iaitu Qamus at-Tullab. Sedikit maklumat mengenainya :
- Kamus ni adalah kamus BA-BM.
- Ia telah disusun oleh Ustaz Hussain b Unang, yang memiliki sarjana muda dari jabatan BA dan Tamadun Islam, UKM.
- Kamus ini kami rasakan salah satu kamus yang baik dan patut dimiliki oleh individu yang ingin belajar BA. Bagi pelajar BA asas@komunikasi, kami benar2 cadangkan kamus ini. Namun bagi pelajar BA Tinggi dan peringkat yang seterusnya maka kamus ini hanya boleh dijadikan bahan sokongan, kerana pemantapan dari sudut ketepatan makna kalimah BA adalah dengan merujuk kamus BA-BA seperti lisan arabi, kamus al-Ain, atau mu’jam tullab. (ini pendapat kami sahaja, kalo tak stuju leh la rod,haha)
- Penyusun berkata : “Ia disusun untuk membolehkan penuntut mencari terus satu2 kalimah tanpa perlu mengetahui akar kata terlebih dahulu. Dengan demikian, penuntut2 dapat mencari dengan mudah.” – rumusan yang kami dapat di sini, kamus ini disusun terus kepada wazannya tanpa perlu kita memikirkan kata akar sesuatu kalimah itu. Penyusun menjadikan ia mudah untuk kita mencari sesuatu kalimah tersebut.
- Di awal2 kamus ini penyusun menyediakan bagi pembaca jadual tasrif.
- Penyusun menggunakan tulisan jawi bagi BM, perkara ini dapat memantapkan penguasaan tulisan jawi bagi pembaca.
- Kamus ini boleh didapati di kedai2 buku terutamanya kedai buku yang menjual buku agama. Ia diterbitkan oleh DarulFikir kat Malaysia bukan ovesi.
- Harganya sekitar rm 45 - rm55. Dapat murah lagi bagus, dan cepat2 bg tau kat kami. Hehe.
Itulah serba sedikit mengenai Qamus at-Tullab..
Ni satu pesanan yang kami nak kongsi same2 ngn pembace posting ni, dan harapnya pesan2 kat orang lain same.ehehe. Dengan menghafal kalimah ato hapal kamus terus ke (bagi yang otak pikap la) hanya boleh buat kita paham BA serba sedikit tapi yang paling pentingnya ia belum boleh buat kita mampu nak syarah makna nas Quran ngn Hadis.
Sebelum kita nak syarah apa2 yang berkaitan ngan ayat quran dan hadis kita kene mengaji dlu tentang nas2 tersebut. Tak memadai jika hanya rujuk kamus then syarah sampai due tige jam ikut kefahaman kite yang cetek ni. Al-Quran dan Hadis adalah nas yang mempunyai makna yang tersirat dan luas, kita tak mampu memahaminya melainkan kita rujuk ulama sebab ulama je yang paham tentang nas.
Jadi, marilah kite semua menuntut ilmu ngn kuat dengan semangat yang sentiasa berkobar2. hehe. Jangan putus2 doa pada Allah moga ketemukan kita dengan orang yang benar dan kita ni kene betul2 la berusaha mencari orang2 yang arif ni. Tuntut ilmu dengan ramai guru. Tak taasub ngn sorang due individu.
Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah (aliran Assyairoh dan Maturidiyah, aliran lain bukan ASWJ) ada ramai, pengikut ulama2 ni pun ramai, kalau kita betul2 mencari kita akan jumpa dengan mereka. InsyaAllah, kita akan jumpe kalo kite betul2 ikhlas nak mengaji ilmu Allah. Moga Allah merahmati kita sentiasa.
Dan semoga ilmu yang kami kongsikan bersama ni dapat menjadi pembantu kami di akhirat kelak. Amin.. Jika ada sebarang kesalahan dalam posting ni harapnya ditegur, kami masih lagi digelar penuntut ilmu, jadi banyak silapnya. Sekian sahaja, wassalam.
Disediakan oleh,
Os
Labels: Informasi, kitab, Re-kitab
posted by Kalghari Network™ @ 11:49 AM,