Admin CPanel: Log In | Contact Us | Photobuchet | Youtube | Kalghari Shop

 



Tutorial Photoshop 01 : Memahami Konsep Retouching

Untuk kali ni ambe akan terangkan sedikit camne konsep retouching yang kebiasaan fotographer atau retoucher lakukan. Retouching terbahagi kepada banyak bahagian, iaitu skin smooth, nose job, slimming, hair straightening, eyes color dan sebagainya. Retouching bukanlah suatu proses yang mudah dan cepat, kalau diikutkan untuk satu gambar sahaja, retoucher professional mengambil masa 2 hari hingga 1 minggu, bergantung kepada size gambar dan keadaan gambar. Tapi untuk kali ni ambe hanya menerangkan secara ringkas tentang retouching bahagian skin smooth. Ia terbahagi kepada 2 kaedah :
  1. Kaedah Doodge and Burn ( Professional) – Menggunakan Tablet
  2. Kaedah Blurring ( Amature & Semi Pro ) – Menggunakan Mouse
Kaedah yang ambe selalu gunakan adalah kaedah kedua, iaitu Kaedah Blurring. Kaedah ini boleh dikatakan mudah, simple dan tidak memerlukan banyak masa.Kaedah ni masyhur dikalangan Wedding Photographer diserata dunia. Effect yang dihasilkan menepati citarasa kebanyakkan client mereka. Kaedah ini turut digunakan dalam menyempurnakan gambar passport.

Software yang digunakan adalah Photoshop dan ambe guna Photoshop CS3 (Middle East Version). Dibawah ini ambe terangkan secara ringkas, tentang konsep retouching yang sering digunakan oleh Photographer.

Langkah Pertama:
Proses retouching mestilah dilakukan diatas gambar copy, bukan gambar yang asal. Sekiranya berlaku kesilapan, anda masih ada backup gambar yang asal dan cover semula bahagian yang tersilap. Gambar perlulah bersaiz besar, 800px ke atas. Simpan gambar asal sebagai backup
Pilih layer > Duplicate Layer

Photobucket
Gambar asal sebelum di edit

Langkah Kedua :
Sebaik baiknya, rancang dahulu bahagian mana yang ingin diedit. kemudian lakar bahagian yang ingin diedit, supaya kita nampak, apa yang sepatutnya kita lakukan untuk seterusnya. Ini bukanlah satu kemestian, anda boleh juga abaikan bahagian ini.
Pilih Layer> New > Layer > Pilih brush tool dan conteng-conteng!

Photobucket
Buat perancangan sebelum lakukan retouching

Langkah Ketiga:
Untuk melakukan kaedah blurring, anda mestilah hilangkan dahulu jerawat jerawat nanah yang ade kat kulit tu :P. Kalo tidak, ia akan tetap nampak setelah kita blurr kat kulit tersebut.
  1. Pilih Layer > Duplicate Layer (Duplicate Gambar Asal)
  2. Pilih Healing Brush. Settingkan brush – sedikit besar daripada size jerawat
  3. Tekan ALT + Klik pada bahagian kulit yang sihat.
  4. Kemudian lepas ALT dan calitkan pada bahagian jerawat.
Photobucket
Setelah jerawat & garis kedutan telah di buang

Langkah keempat:
Ini adalah bahagian yang penting yang menentukan sama ada hasil gambar pada akhir nanti nampak natural atau plastic. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, anda perlu bermain-main dengan Radius Blur, mengikut kesesuaian pada gambar anda.
  1. Copy gambar tadi (Buang jerawat)
  2. Pilih Filter > Blur > Gaussian Blur
  3. Apply Radius 20 pixels
  4. Padamkan gambar bahagian mata dan sebagainya, tinggalkan hanya pada bahagian kulit
  5. Untuk mendapatkan hasil yang natural, rendahkan opacity gambar diantara 50-90. Seelok-eloknya, elakkan daripada opacity 100%.
Photobucket
Setelah kulit di licinkan : Pilih style kegemaran anda

Langkah kelima:
Ambe lebih suke style pertama, nampak natural sket. Jadi,copy gambar tadi, kemudian lakukan "nose job" jika mahu.
Photobucket
Nose job

Langkah keenam:
Ubah tone warna untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Anda perlu bermain–main dengan tool yang ada pada "Image > Adjustment". Di situ terletak semua tool untuk mengubah effect warna. Bermain main lah hehehe :P :P .

Photobucket
Hasil Keseluruhan

Kadang-kadang sempurna dimata kita, tidak sempurna dimata orang lain. Jadi terimalah kritikan dan komen yang diberikan supaya skills kita lebih maju setapak. Selamat mencuba, sekian wassalam

Di sediakan oleh :
Nik

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 1:23 AM,

1 Comments:

At August 4, 2008 at 1:32 PM, Blogger Khairunnisa said...

subhanallah...bagus2..kat ner kamu bljr ek? ana ada buka web tutorial..x de pape menarik pun?? ada tips tak?

 

Post a Comment

<< Home