جزاكم الله خير الجزاء
Wednesday, May 12, 2010
Kami mengaku apa yang kami bawakan di sini adalah setitis daripada lautan ilmu yang ada di muka bumi Allah ini, namun kami berharap ianya boleh memberi manfaat kepada kami dan kalian semua. Kami masih menggelarkan diri kami sebagai penuntut ilmu Allah yang mana diri kami ini serba kekurangan, jika ada sebarang kesalahan dan kekurangan maka tegurlah kami. Jika ada bercanggah apa yang kami bawa di sini dengan pendapat Ulama'2 Al-akbar yang serba tahu lagi menjadi rujukan dunia, maka campak kami sejauh2nya dan semoga Allah membetulkan kami dan menerima taubat kami. Amin.
Di kesempatan ini juga, kami ingin berpesan kepada diri kami dan kalian supaya jadikanlah Ulama' sebagai rujukan kita dalam perkara agama kerana kita yang kerdil ini belum mampu untuk memahami bahasa al-Quran dan Hadis Nabi SAW, sekali gus ketidakmampuan itu menjadikan kita tak boleh memahami perkara agama tanpa pertolongan mereka. Tanpa Ulama' kita tak mampu memahami al-Quran dan Hadis Nabi SAW walaupun keduanya sumber tertinggi kerana kita ini lemah lagi doief dalam memahami bahasa syurga . Hormatlah Ulama' kerana mereka lebih faqih daripada kita dalam perkara agama, lebih baik daripada kita dalam beribadah, lebih wara' daripada kita dalam tingkah laku. Kita ini lemah. Dan tiada salahnya menjadikan Ulama', orang yang lebih pandai daripada kita sebagai penunjuk ajar kerana mereka lebih berpengetahuan dan berpengalaman daripada kita yang serba tidak tahu ini.
Ketahuilah bahawa diri kita ini serba kekurangan, lemah, bodoh, hina apabila dibandingkan dengan Ulama' kerana itulah hakikatnya. Jangan jadikan diri kita ini menurut hawa nafsu, ego, sombong, 'ujub, takabbur yang memandai2 dalam perkara agama kerana akhirnya kita sendiri yang akan menerima akibat di akhirat kelak. Semoga Allah jadikan kita semua daripada kalangan hamba-Nya yang mendapat naungan-Nya di akhirat kelak. Amin.
Sekian, wassalam.
p/s Jom kita selawat banyak2, semoga dengan berkat Rasulullah SAW kita dapat bertutur dan merasai kehebatan Bahasa Arab.
Labels: Umum
posted by Kalghari Network™ @ 9:48 PM,
,
Promot
Tuesday, February 2, 2010
Blog lughah yang bagus :
http://sasteraarab.blogspot.com/
Labels: Informasi, Promot, Umum
posted by Kalghari Network™ @ 1:32 PM,
,
Benarkah Bahasa Arab Susah dan Kepentingannya
Thursday, December 24, 2009
.jpg)
- Mendalami bahasa arab dan mengetahui segala uslubnya
- Aqal yang sempurna
- Menguasai Fiqh as-Syari’ah - yang dengannya dapat diketahui maqasidnya, dapat mengqiyaskan perkara yang seumpamanya, mengetahui fiqh awlawiyat dan segala yang berkaitan dengannya.
Labels: Informasi, Tazkirah, Umum
posted by Kalghari Network™ @ 5:26 PM,
,
Jom bukak kamus
Thursday, October 29, 2009
Assalamualaikum.. pekabo semua.. moga2 Allah bagi kite ketenangan dan ketetapan dalam menjadi hamba yang taat dan patuh kepada Nya.. amin.. memulenye, maap pada semua sebab kami lame dah tak hupdet, ade sebab2 tetentu..hehe..
Jadi kali ni, kite santai2 je.. kami bagi perkataan dan ejanye dalam bahsa melayu, orang yang membacenye cari dalam kamus ejaan bahase arab.. atas rajin diri laye.. ehehe
perkataannye adalah :
- berlari = jaro
- joging = sa'a
- sudut = jihhah
- lampu = misbah
- kebersihan = nazofah
- lorong = syari'
rasenye banyak dah ni.. jadi ape tujuan kami buat sume ni? bukan pe, nak galakkan kite bukak kamus.. bukan senang nak buat diri kite bukak kamus, tambah2 kalo nak cari byk kalimah dan tak tau kata dasarnye.. nak jadi seorang yang bagus dalam bidang bahase arab atau bahase2 yang lain, kene rajin2 bukak kamus. jadi untuk mudahkan kekawan yang membace, kami sediakan sebutannye, ejaannye kene cari sendiri la ye.. hehe..
moga Allah mudahkan kite.. amin
sekian, wassalam..
disediakan oleh,
Os
posted by Kalghari Network™ @ 4:27 PM,
,
Tak hupdet...
Monday, May 25, 2009
Assalamualaikum..
Salam sejahtera (macam bace paper plak..haha), Moge Allah beri kite kesejahteraan iman dan kukuhkannye dalam ati kite.. amin..
Dah lame beno tak update bab Nahu, bab Kalimah Minggu Ini pun dah lame gak tak hupdet. Aku rase nak tuko segmen ((Kalimah Minggu Ini)) tu jadi ((Kalimah 2bulan setengah sekali))..haha.. Papepun ade rezki InsyaAllah akan dihupdet walopun setahun sekali.. hehe..
Posting ni takde hape yang berisi pun, cume nak mintak doa pade yang membace blog ni supaye kami dikurniakan kemampuan untuk menyebarkan ilmu, doa seorang mukmin kepada mukmin yang lain tu lebih cepat dimakbulkan bebanding doa pada diri sendiri..
Papepun mekasih sebab datang singgah kat sni.. :)
Wassalam..
DSO : os
Labels: Umum
posted by Kalghari Network™ @ 6:06 AM,
,
Perang yang tak abih-abih
Wednesday, May 20, 2009
Assalamualaikum.. Moga Allah merahmati semue orang Islam, lebih2 lagi untuk insan berjuang mempertahankan Islam tak kire kat medan perang, penulisan, atopun kat mane2 la. Janji pertahankan Islam. Moga Allah sentiasa kurniakan keberkatan pada kite dan jadikan kite antara orang yang diberi peluang untuk berkhidmat untuk agama tercinte ni.. Amin..
Tengah musim2 exam ni, tedetik plak nak mengapdet blog, rupenye paek ngan wan dan updet dulu.. laju kome ye.. hehe.. moge2 ngan amal baik kite dalam sebarkan ilmu ni, Allah najahkan kite.. amin.. Ade kesempatan nak tawasul ni, kite buat.. bende dibolehkan, jangan sia2kan.. hehe..
Sebenonye tak tau nak bubuh tajuk pe, jadi buh le tajuk kat atas tu.. teringat plak sekarang musim pekse, orang kate pekse ni macam perang, hentam jela.. tapi hakikatnye gitu la.. kite ni ari2 ade perang, nak brenti tunggu mati le.. hehe.. Sebenonye takde modal lagi nak menulih ni, ni tengah nak perangat enjen cari idea.. Sementare tu melalut le pape yang telintas kat kepale ni.. hehe..
Dikesempatan ni gak (macam ucapan raye plak..haha), nak ucap mekasih pade sume orang yang datang2 jenguk blog ni.. Tak berisi pepun.. tapi ade gak yang melawat.. mekasih2.. jemput2 la datang umah, leh le nak idang biskut meri ngan ayo sirap.. hehe..
tu je la kot, dah paneh dah tempat duduk ni, nak gi dapo le plak, menaip kat sane.. haha.. Moga Allah tidak putus2 melimpahkan rahmat-Nya untuk kite yang lemah dan hina ini.. amin..
Diabihkan oleh,
Os
Labels: Umum
posted by Kalghari Network™ @ 12:18 AM,
,
Promote..hehe
Monday, April 20, 2009
lawat blog berkualiti..
1 - allangkati.blogspot.com
2 - nazrulnasir.blogspot.com
posted by Kalghari Network™ @ 8:47 AM,
,
Bahasa Arab ketika Zaman Salajiqoh
Monday, October 13, 2008
بسم الله الرحمن الرحيم
Bahasa Arab ketika Zaman Salajiqoh
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين ، أما بعد ؛
Assalamualaikum.. pekabo. Moga Allah merahmati kite semua dunia dan akhirat. Amin.. posting kali ni, maleh nak tulih skema2 sangat. Letih piker nak susun ayat. Hahaha.. minggu ni ingat nak santai2 je. Aku nak cite tentang bahasa arab mase zaman salajiqoh kat iran. Cite ni pendek je, sekadar pengetahuan am je. Aku pun tengah rajin nak nulih ni, jadi aku cadang nak konsi2 ngan korang. Cite ni aku dapat mase bace kitab kuliah Fiqh Lughah. Harap2nye dapat le kite amik istifadah sesame.
Umumnya, zaman salajiqoh ni satu zaman yang jadinye lepas pemerintahan abbasiyah. Mase zaman ni bahse arab orang jarang gune melainkan untuk perkara yang ade kaitan ngan agama Islam je. Yang jadi lawan bahse arab mase ni bahse parsi. Bahse parsi memang jadi bahse femes gile zaman tu sampai leh jadi bahse kebangsaan. Pastu makin bekembang sampai lah die jadi bahse penulisan kitab tambah2 dalam bidang sejarah, sastera, kesufian dan falsafah. Bahse arab plak jadi sempit, cam kate tadi la, gune untuk bidang agame je. Pendek kate orang tak brape pandangla bahse arab..
Tapi camtupun, zaman ni bahse arab tak ilang terus. Namepun Allah jage.. zaman ni orang stil gune cume tak meluas. Berterusan bende ni sampai la satu mase tu pemerintah dan barisan kepimpinannye tengok2, perati2 bahse arab, pastu mule sikit2 diorang take care bahse arab ni. Timbul kat dalam ati diorang sense of Islam jadi diorang rase penting bahse arab ni pastu diorang rase kene diperkembangkan dan dipelajari bahse arab. Jadi mase taun 459H diorang pun tubuhkan satu tempat blajo namenye ((madrasah nizomiyah)) kat Baghdad. Tujuan sekolah ni nak jage bahase arab dan bende2 bekaitan ngan agame Islam. Jadilah sekolah ni salah satu institusi penting untuk bahse arab, dan sape sangke dari sekolah ni ramai yang jadi ulama’.
Ni jela citenye.. hehe.. Pendek je. cite sejarah ni takleh panjang2. Karang computer ni tengok korang plak. Haha. Bagi orang yang suke kaji tentang bahse arab, ni jela aku mampu sediekan. Kalo ade lagi, aku tambah kendian ari. Moga Allah jadikan kite sume fasih dengan bahse arab. Amin..
Wassalam..
Dicedok oleh,
Os
Labels: Umum
posted by Kalghari Network™ @ 8:22 AM,
,
النحت
Tuesday, September 16, 2008
بسم الله الرحمن الرحيم
النحت
الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على رسول الله (ص) وعلى آله وصحبه وسلم ، أما بعد ؛
Bab النحت adalah salah satu bab kecil yang terdapat di dalam فقه اللغة . dan penggunaan النحت ini sangat meluas di dalam mana-mana bahasa. Cuma ramai orang tidak mengetahui akan istilahnya sahaja. Penerangan yang dapat saya simpulkan di sini adalah hasil pembelajaran ketika berada di Kuliyyah Lughah di Zaqaziq. Berikut adalah maklumat serba ringkas mengenai النحت :-
-Asal النحت ini daripada perkataan نحت ينحت yakni bermaksud memotong atau mengerat.
Namun ahli-ahli bahasa telah memberikan definisi yang khas melalui satu gambaran : -Diambil beberapa huruf daripada huruf-huruf yang asalnya daripada dua perkataan atau lebih dan dijadikan satu perkataan baru untuk menunjukkan kepada makna perkataan yang panjang tadi dengan tujuan meringkaskan.
Contoh : بسمل yang asalnya berasal daripada بسم الله الرحمن الرحيم .
( Kalau contoh yang terdapat di dalam bahasa Melayu : UDM yang diambil daripada Universiti Darul Iman ).
-Penggunaan النحت di dalam bahasa Arab telah bermula sejak beratus-ratus tahun yang dulu dan ulama’-ulama’ bahasa Arab sepakat mengatakan النحت ini salah satu faktor yang menyumbang kepada percambahan perkataan-perkataan baru.
-Antara perkataan-perkataan yang telah dinahatkan di dalam bahasa Arab :-
· الحمد لله = حمدل
· السلام عليكم = سمعل
· حي على الفلاح = حيعل
· لا حول ولا قوة إلا بالله = حوقل
· سبحان الله = سبحل
· عبد سمش = عبشمي
· بني الحارث = بلحارث
· دار العلوم = درعمي
· كلية اللغة العربية = كلغري
-Akan tetapi pada hari ini penggunaan النحت tidak digunakan sewenang-wenangnya. Satu qoror telah dikeluarkan مجمع اللغة العربية dengan menyatakan النحت hanya digunakan ketika ada keperluan sahaja dan perlu memenuhi syarat-syarat tertentu demi menjaga keharmonian bahasa Arab.
Disediakan oleh;
Muhammad Hosnee b Zainal Abidin.
Labels: Umum
posted by Kalghari Network™ @ 12:49 PM,
,
Analisa
Friday, August 22, 2008
Skala ini dibuat berdasarkan gred purata peperiksaan daripada 7 Kalghariyun sahaja, yang berlatar belakangkan pembelajaran di Universiti Al Azhar, cawangan Zagazig , bidang Bahasa Arab (Am) tahun akhir (4), pada tahun 2008.
Rumusan:
- Subjek yang agak mudah untuk lulus adalah English dan Fiqh Lughah
- Subjek yang paling susah untuk lulus adalah Nahu, Balaghah dan Saraf
- Subjek natural adalah Al Quran , siapa hafaz insya'allah dapat jawab.
- Banyak soalan yang keluar adalah daripada soalan yang doktor bagi ketika dalam kuliyah.
- Peperiksaan syafawi (lisan) banyak membantu untuk mendapat markah extra.
- Huraian jawapan yang panjang lebar pada kertas jawapan belum tentu dapat menambat hati doktor utk Lulus.
- Bagi pelajar bidang Bahasa Arab, Nahu dititik beratkan pada kertas jawapan untuk semua subjek.
- Tidak tengok result Kontrol adalah suatu kerugian. Waktu result kontrol keluar adalah masa yang paling sesuai untuk membaiki result / mendapat ihsan doktor.
- Siapa yang Usaha + Doa + Tawakal = Lulus (Insya'allah)
- Siapa yang terlalu berpegang pada "Special Case" yang pernah berlaku pada orang lain, akan kecundang, contoh:
- "Ala hafaz Al Quran satu juzuk cukup la kot, sebab ada orang tu tulis surah pendek je semua jawapan, lulus gak.."
- "Ala hafaz syair 1 atau 2 tajuk pun jadi la, ada orang tu bila jawap peperiksan dia tulis syair yang tak menepati soalan, lulus gak"
- "Ala kite ni study kuat-kuat, belum tentu lulus, ada orang tu masa peperiksaan tak datang pun, lulus gak yang datang tu pulak tak lulus"
Labels: Umum
posted by Kalghari Network™ @ 12:01 AM,
,
Cara Mudah Ingat Kalimah Bahasa Arab
Tuesday, August 12, 2008
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, maka saya mulakan penulisan ini. Pada penulisan kali ini saya ingin berkongsi bersama rakan2, cara untuk menambah dan mengingati mufrodat@kalimah bahasa arab. Cara ini adalah cara yang saya amalkan sejak dulu lagi, bagi saya ia memang berkesan.
1 - Al-Quran dan terjemahan
Al-Quran adalah sumber terbesar untuk mendapatkan kalimah BA selain daripada kamus. Cara saya adalah dengan meneliti kembali ayat2 Quran yang telah saya hafaz. Jikalau menghafaz sahaja tanpa memahami bagi saya amat rugi, jadi setelah di hafaz saya akan rujuk terjemahan dan mengambil 5 perkataan yang saya rasakan mudah untuk dihafaz. Jikalau saya terlupa makna perkataan itu maka saya akan membaca kembali ayat tersebut. Saya mulakan dengan menghafaz surah2 pendek kerana surah2 pendek amat mudah dihafaz dan ringkas2.
2 - Doa2
Doa juga merupakan salah satu sumber kalimah. Cara yang sama saya gunakan sebagaimana dalam hafazan melalui al-Quran. ini kerana doa kita telah menghafaz sejak kecil lagi jadi amat mustahil bagi kita lupa akannya. Hasil daripada hafazan doa itu saya ambil 2-3 perkataan yang mudah dihafaz. Contoh doa masuk tandas
اللهم اني أعوذ بك من الخبث والخبائث
Sebelum ini saya tidak mengetahui makna الخبث , jadi saya jadikan doa ini sebagai rujukan saya bagi kalimah al-khubsu. Setiap kali saya terlupa makna kalimah ini, maka saya akan membaca doa ini. Alhamdulillah saya ingat hingga kehari ini.
3 - Komik @ Cerita kanak dalam bahasa arab
Dua sumber ini amat berkesan sekali dan saya mencadangkan kepada rakan2 untuk membeli dan membaca buku2 ini. Kedua2 jenis buku ini tidak menggunakan kalimah yang susah, bahkan amat mudah. Ini kerana buku ini dikarang untuk kanak2 jadi kalimah yang digunakan tidak susah. Saya sehingga hari ini masih lagi mengamalkan cara ini kerana ianya menyeronokkan. Isi kandungan buku ini tidak berat, ayatnya direct dan tiada unsur2 balaghah yang tinggi dan santai sahaja membacanya. Cuma yang berat di sini adalah merujuk kamus...
4 - Gambar
Penggunaan gambar saya rasakan amat baik sekali dalam mendapatkan kalimah2 BA. Cara yang saya gunakan adalah saya pilih gambar yang menarik, kemudian perhatikan gambar tersebut dan senaraikan 5-10 objek yang terdapat di dalamnya dalam BM. Kemudian saya rujuk kamus dan terjemahkan kedalam bahasa Arab. Selesai terjemah saya gamkan kalimah2 tersebut pada objek saya pilih dan saya tampalkan gambar tersebut pada dinding@meja study.
Inilah 4 cara saya gunakan setakat ini yang saya rasakan berkesan bagi saya. Kalau rakan2 merasakan sesuai, maka cubalah. Tapi terus-terang saya katakan satu masalah yang selalu dihadapi oleh pelajar yang mempelajari bahasa arab adalah adalah malas merujuk kamus. Jadi nasihat saya (pada diri saya juga) hanya 1, JANGAN MALAS!!! Selalulah kita berdoa moga ALLAH permudahkan kita dalam menuntut ilmu. Amin.
Disediakan oleh,
Muhammad Hosnee b Zainal Abidin
Labels: Umum
posted by Kalghari Network™ @ 6:04 PM,
,

Simpati & Sehati Terhadap Gaza



