Admin CPanel: Log In | Contact Us | Photobuchet | Youtube | Kalghari Shop

 



Nusus 2 - Ilmu Adalah Cahaya

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, maka saya mulakan penulisan ini. Dalam bahagian nusus pada kali ini, saya bawakan secebis syair yang terdapat di dalam Dewan al-Imam asy-Syafie. Dewan di sini maksudnya adalah kumpulan syair-syair yang dicipta oleh seseorang lalu dikumpulkan dan dibukukan, oleh itu "Dewan al-Imam asy-Syafie" adalah syair-syair yang datangnya daripada Imam Syafie yang telah dikumpulkan dalam satu kitab.
Adapun syair yang telah saya petik ini adalah hanya secebis sahaja daripada yang terkandung di dalam dewan tersebut di bawah tajuk ( نور العلم يسطع بترك المعاصي ). Saya merasakan syair ini amat baik untuk dikongsikan bersama penuntut-penuntut ilmu yang lain. Ini kerana ia merupakan satu nasihat yang baik daripada Imam untuk kita semua. Maksud secara ringkas boleh saya simpulkan di sini tentang bait ini adalah ketika mana Imam merasakan dirinya susah untuk menghafaz, maka dia terus mengadu kepada gurunya, Waki'. Maka Waki' pun menyatakan sebab berlakunya perkara demikian dan memberi nasihat kepada Imam.
Syair tersebut hanya 2 bait sahaja, dan mudah untuk dihafaz. Ia berbunyi seperti berikut :-

(1)شَكَوتُ إلَى وَكيع سُوءَ حِفظِي # فَأرشِدْنِي إلَى تَركِ المَعَاصِي
(2)وَأَخــبِــرنِي بِأنَّ العِلمَ نُورٌ # وَنـُورُ اللهِ لا يُهدي لِعَاصِي

Maksudnya
(1) Aku telah mengadu kepada Waki' tentang buruk hafazanku, maka dia tunjukkan aku jalan dengan tinggalkan maksiat.
(2) Dan dia memberitahuku bahawasanya ilmu itu adalah cahaya (suci), dan cahaya Allah itu tidak dihidayahkan kepada pembuat maksiat (orang yang kotor).


Disediakan oleh :-
Muhammad Hosnee b Zainal Abidin

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 11:10 PM,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home