Admin CPanel: Log In | Contact Us | Photobuchet | Youtube | Kalghari Shop

 



Huruf Jar Bahagian 3

بسم الله الرحمن الرحيم

Bahagian 3

*في
-الظرفية iaitu tempat atau arah
م : (( في أدنى الأرض وهم من بعد غلبهم سيغلبون )) الروم 3
maksudnya : di negeri yang terdekat dan mereka setelah kekalahannya itu akan menang.

-المصاحبة iaitu beiringan
م : (( ادخلوا في أمم )) الأعراف 38
maksudnya : masuklah kamu (kedalam api neraka) bersama jin dan manusia...

-التعليل iaitu sebab
م : دخلت امرأة النار في هرة - الحديث
maksudnya : telah masuk perempuan itu kedalam api neraka disebabkan seekor kucing.

*الباء
- التعليل iaitu sebab
م : (( فكلا أخذنا بذنبه )) العنكبوت 40
maksudnya : maka masing-masing mereka itu Kami azabkan kerana dosa-dosanya.

- المصاحبة
م : (( اهبط بسلام منّا وبركات )) هود 48
maksudnya : turunlah dengan beriringan kesejahteraan dan keberkatan dari Kami.

- الظرفية
م : (( ولقد نصركم الله ببدر )) آل عمران 123
maksudnya : dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam perang badar.

- makna (عن)
م : (( فاسئل به خبيرا )) الفرقان 59
maksudnya : maka tanyakanlah tentang Nya kepada orang yang lebih mengetahui (Muhammad).

*الكاف
- التشبيه iaitu seumpama/seperti
م : (( فكانت وردة كالدهان )) الرحمن 37
maksudnya : dan menjadi merah mawar seperti kilauan minyak.

- التعليل
م : (( واذكروه كما هداكم )) البقرة 198
maksudnya : dan berzikirlah kepadaNya disebabkan hidayah yang telah diberikan kepada kamu.

- التوكيد iaitu penetapan/peneguhan/pengukuhan
م : (( ليس كمثله شيء )) الشورى 11
maksudnya : dengan pastinya tiada satu pun yang menyerupainya.
# mestilah kaf itu adalah kaf zaidah (الزائدة)

- المبادرة iaitu bersegera
م : صلّ كما يدخل الوقت
maksudnya : bersegeralah untuk solat apabila masuk waktu.
# disyaratkan kaf digabungkan dengan ما .

*اللام
- الملك iaitu hak milik/ pemilikan
م : (( لله ما في السماوات والأرض )) لقمان 26
maksudnya : milik Allah apa yang ada di langit dan di bumi.
# disyaratkan bahawa lam dimasukkan antara dua zat. Iaitu dua perkara/benda yang jelas wujud. Dan lam diapitkan kepada perkara yang boleh menjadi pemilik.
Untuk pemahaman lebih, saya bawakan contoh lain : الدار لمحمد
(الدار) satu zat, (محمد) satu zat.
Jika kita bandingkan, kita akan dapati bahawa محمد boleh menjadi pemilik kepada الدار maka kita apitkan/hubungkan lam kepada محمد dan jadilah makna lam itu sebagai "milik".

- الإختصاص iaitu pengkhususan
م : الحمد لله
maksudnya : segala puji khusus untuk Allah.
# disyaratkan di sini lam hanya masuk di antara zat dan makna. "Makna" di sini bolehlah kita definisikan sebagai sifat untuk memudahkan pemahaman. Contoh lain sebagai penerangan
: النجاح للمجتهدين
(النجاح) satu makna/sifat, (المجتهدين) satu zat. Boleh kita fahami di sini bahwa المجتهدين merupakan satu zat yang berhak untuk menerima makna النجاح. Jadi dengan menyelitkan lam di antara keduanya maka makna النجاح itu dikhususkan kepada المجتهدين dan bertukarlah lam di sini menjadi makna "khusus".


Demikianlah sedikit penerangan dari saya. Perlu diketahui di sini bahawasanya apa yang saya bawakan di sini hanya sebahagian kecil sahaja daripada apa yang terdapat di dalam kitab-kitab nahu. Jadi untuk rujukan, sahabat-sahabat bolehlah merujuk kepada mana-mana kitab nahu yang ada. Setakat ini sahaja perbahasan ringkas yang mampu saya sediakan untuk bab ini. Insya Allah, jikalau ada kesempatan dan kemampuan akan saya bawakan lagi perbahasan yang lebih mendalam. Doa-doakanlah moga saya diberi kemampuan. Amin.


والله أعلم


Disediakan oleh,
Muhammad Hosnee B Zainal Abidin

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 4:09 PM,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home