Selamat Pulang, Paek!
Saturday, July 5, 2008
Peperiksaan pun dah habis, jadi sekarang ni adalah musim cuti akhir fasa, selama 3 bulan dan result kemungkinan keluar awal bulan 8. Sekarang ni bulan 7, jadi lebih kurang ada sebulan lagi nak tau sama ada najah atau kene mengulang. Tapi itu tidak menjadi penghalang kepada suadara Paek untuk pulang bagi melepaskan rindunye kepada ahli keluarga dan orang tersayang.
Paek dengan ghairahnye telah menempah tiket pulang bertarikh pada 28/6/2008. Alhamdulillah, dengan izin Allah, Paek telah selamat tiba di tanah air tercinta Malaysia (Yela takkan Venezuela pulak? Adoii ).
Tolong menolong
Paek bersama ahli keluarga Di Mesir
Tolong tengok beg
Dengar kata, tujuan Paek balik adalah semata-mata untuk menyambut 31 Ogos di Malaysia, betul ke? Wah wah, baguih benor le, semangat Patriotik yang ada dalam diri beliau tidak dapat dipertikaikan lagi, korang sanggup ke habis duit untuk beli tiket pulang semata-mata nak sambut Hari Merdeka di Malaysia? Tak sanggup kan? Jadi duk diam-diam. Jadi Paek patut diberi anugerah atas semangat beliau.(tepuk-tepuk tangan)
Ratapan pemergian sahabat sejati (Ahh sume ini drama!)
Bye..
Paek diramalkan akan balik semula ke Egypt selepas Hari Raya Aidilfitri. Dan dengar cerita yang sampai dari telinga kami, paek akan pulang semula ke sini tidak berseorangan, malah berteman! Siapakah orang itu? Wallahualam.
Harapan kami kepada Paek, semoga anda sentiasa ingatkan kami disini, dan ingat lah, ketika membonceng motor tu, jangan lupe pakai helmet dan kalo memandu kereta tu janganlah pulak lupe pasang lampu, dan jangan lah sesekali bunyikan hon acap kali, bimbang anda akan dibaling side mirror. Nanti kalo luka, sapa susah? Kami jugak, sebab nanti takde la orang yang nak hantar kemari barang barang yang kami kirim dari Malaysia itu, jangan kecewakan kami :P
Laporan:
Nik
Paek dengan ghairahnye telah menempah tiket pulang bertarikh pada 28/6/2008. Alhamdulillah, dengan izin Allah, Paek telah selamat tiba di tanah air tercinta Malaysia (Yela takkan Venezuela pulak? Adoii ).
Tolong menolong
Paek bersama ahli keluarga Di Mesir
Tolong tengok beg
Dengar kata, tujuan Paek balik adalah semata-mata untuk menyambut 31 Ogos di Malaysia, betul ke? Wah wah, baguih benor le, semangat Patriotik yang ada dalam diri beliau tidak dapat dipertikaikan lagi, korang sanggup ke habis duit untuk beli tiket pulang semata-mata nak sambut Hari Merdeka di Malaysia? Tak sanggup kan? Jadi duk diam-diam. Jadi Paek patut diberi anugerah atas semangat beliau.(tepuk-tepuk tangan)
Ratapan pemergian sahabat sejati (Ahh sume ini drama!)
Bye..
Harapan kami kepada Paek, semoga anda sentiasa ingatkan kami disini, dan ingat lah, ketika membonceng motor tu, jangan lupe pakai helmet dan kalo memandu kereta tu janganlah pulak lupe pasang lampu, dan jangan lah sesekali bunyikan hon acap kali, bimbang anda akan dibaling side mirror. Nanti kalo luka, sapa susah? Kami jugak, sebab nanti takde la orang yang nak hantar kemari barang barang yang kami kirim dari Malaysia itu, jangan kecewakan kami :P
Laporan:
Nik
Labels: Aktiviti
posted by Kalghari Network™ @ 9:41 AM,