Admin CPanel: Log In | Contact Us | Photobuchet | Youtube | Kalghari Shop

 



Dedikasi Kad Raya - Kalghari




Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Sahabat kami :

Imam Khalid - Soleh.net
Aminuddin - Mansurah
My Fahmi - Mansurah
Muhammad Huzaifah
Ustaz Rasul PMRAM
Dakwah AQSA UDM
Salman - Damanhur
Qalam Khairunnisa
Al'Amin - Mansurah
Rosemahmoud
aRtsDesigner
Lutfy - Jordan
NahwanNUR
Deennasour
Ibnu Yusof
Jundumay



posted by Kalghari Network™ @ 9:03 PM, ,




Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri sahabat-sahabat sekalian. Sori lambat untuk posting kali ini. Kalau flight boleh "delay", inikan pulak posting blog kami hehe. Kitorang di sini sambut hari raya dengan girang sekali, ditambah pula hari raya kami diisi dengan detik detik bersejarah yang pasti kami tidak akan lupakan, khususnya pada hari raya pertama. Dan seperti biasa, kami yang cukup sinonim dengan "delay" ini, menjamu selera rumah terbuka hari raya pada sebelah petangnya. Wah waktu makan pon "delay". Kami ni serba serbi "delay" kan? Ha na na na, kiotang tak bangun selepas zohor ye, jangan salah sangka pulak.

Hari raya pertama merupakan sambutan Aidilfitri pertama kitorang di Zagazig, tahun lepas dah beraya kat Kaherah. Sungguh seronok sekali raya kali ini, melihat gelagat kanak-kanak riang berarak dipagi raya, melihat aksi pancaragam membuat perarakkan dan perbarisan dipagi raya, dan tak lupa, kami berenam menanti dengan penuh debar saat pengumuman cabutan nombor bertuah diadakan di stadium. Ketika kami di stadium, kami begitu "teruja" melihat peminat-peminat menyerbu kami,masing-masing kelihatan seolah-olah begitu exited untuk mendapatkan outograph kami. Ada juga dikalangan mereka yang tersasul meng"hungga-hungga"kan kami. Wah, tersedak kami di pagi raya. Nasib baik korang tersasul..

Di kesempatan ini, kami mohon maaf kalau ada salah dan silap sepanjang kita bergelar sahabat siber,pape pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Photobucket
Kami diserbu



Photobucket
Pintu nampak gah, tapi tak berfungsi dengan sepenuhnya



Photobucket
Wah, dorang ni macam muka melayu kan? Hahaha



Photobucket
Tempat solat, meriah



Photobucket
Muka bangga dipagi raya



Photobucket
Hmm abaikan, dorang silap tarikh kot...



Photobucket
Boria



Photobucket
Adik bersama abang



Photobucket
Isi borang "Bait Muslim"



Photobucket
Majlis DPMZ



Photobucket
Bersama Syeikh Husni

posted by Kalghari Network™ @ 10:48 PM, ,




Nusus – Cinta pada Kekasih

بسم الله الرحمن الرحيم

Nusus – Cinta pada Kekasih

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه وسلم ، أما بعد ؛

Bait kali ini dipetik daripada kitab Aiyuhal Walad (أيها الولد) karangan imam al-Ghazali. Kitab ini walaupun hanya kecil namun kandungannya amat amat bernilai. Sebab imam al-Ghazali menulis kitab ini adalah di atas permintaan anak muridnya. Di dalam kitab ini terdapat banyak nasihat yang amat bermanfaat terutamanya kepada golongan syabab (pemuda) dan tolibul ilmu (penuntut ilmu).

Syair yang dipilih dari kitab kecil ini menceritakan cinta orang yang benar-benar cinta kepada Allah yang menghidupkan malam hanya kerana Allah. Dia merasakan bangun malam itu menjadi sia2 jika bukan bertujuan untuk beribadat kepada Allah. Dan dia merasakan satu kebatilan jika air mata itu ditumpahkan bukan kerana Allah.

Pada hakikatnya, syair ini dicipta oleh penyair untuk menyatakan cintanya yang mendalam terhadap kekasih hatinya, namun imam al-Ghazali mengambilnya dan menghurainya pada sudut yang berbeza dan menjadikan syair itu lebih bermakna dan mendalam maksudnya.

Bait syair tersebut adalah :-

سهر العيون لغير وجهك ضائع # وبكاؤهن لغير فقدك باطل

Maksudnya :
Berjaga malam itu jika bukan kerana mengingatimu adalah sia-sia, dan menangisnya mata jika bukan kerana kehilanganmu adalah batil.

والله أعلم

Disediakan oleh,
Muhammad Hosnee b Zainal Abidin.

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 8:36 AM, ,




Rofa’ (رفع) dan alamat- alamatnya

بسم الله الرحمن الرحيم

Rofa’ (رفع) dan alamat- alamatnya.

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه وسلم ، أما بعد ؛

Rofa’ adalah salah satu bahagian di dalam Irob. Adik beradik rofa’ adalah nasob, jar dan jazam. InsyaAllah, minggu ni saya akan menceritakan serba sedikit tentang rofa’ dan alamat-alamatnya. Peneranganya seperti berikut :-

· Rofa’ boleh dikatakan bahagian paling famous dalam I’rob. Hampir kebanyakan mauqi’ I’rob dii’robkan dengan rofa’.
(موقع اعراب = kedudukan I’rob seperti mubtada’, mafu’l, tamyiz dll)

· Perkara-perkara yang dirofa’kan dinamakan sebagai marfua’at (المرفوعات). Antaranya adalah :-
§ Mukbtada’
§ Khobar
§ Fai’l
§ Naib fa’il
§ Isim kana
§ Khobar inna
§ Tawabi’ yang empat – na’at, taukid, badal, a’tof

· Rofa’ juga terdapat pada Feel mudhori’ iaitu jika ianya sunyi daripada nawasib dan jawazim dan ketika afa’l khomsah.
(afa’l khomsah = يفعلان ، يفعلون ، تفعلان ، تفعلون ، تفعلين)

· Rofa’ ada empat alamat iaitu :-
- dommah = baris depan.
- Alif (ا)
- Wau (و)
- Subut nun (ن)

· Dommah pada 4 tempat iaitu pada isim mufrod, jamak taksir, jamak muannas salim, dan feel mudhori’ yang sunyi dari nawasib dan jawazim.
(nawasib = أن ، لن ، إذن ، كي)
(jawazim = لم ، لما ، لام الطلب ، لا النهي)

· Alif pada isim musanna (yang menunjukkan bilangan 2)

· Wau pada 2 tempat iaitu pada jamak muzakkar salim dan pada asmaul khomsah.
(asmaul khomsah = أبوك ، أخوك ، حموك ، فوك ، ذو مال)

· Subut nun pada afa’l khomsah. Yang dimaksudkan dengan subut nun adalah wujud nun dan jelas kehadirannya.
(afa’l khomsah = يفعلان ، يفعلون ، تفعلان ، تفعلون ، تفعلين)


Sekian sahaja daripada saya, insyaAllah akan ditambahkan lagi pada masa akan datang.

والله أعلم

Disediakan oleh,
Abul hasan Muhammad Hosnee b Zainal Abidin

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 8:31 AM, ,




Perkataan Minggu Ini

بسم الله الرحمن الرحيم

Perkataan Minggu Ini

الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين ، أما بعد ؛

Dalil :-

إلـفهم رحلة الشتاء والصيف
قريش : 2

Maksudnya : (yaitu) kebiasaan mereka bepergian pada musim dingin dan musim panas.


# Perkataan yang telah dipilih adalah (الشتاء) dan (الصيف) yang bermaksud musim sejuk dan musim panas.
# Contoh ayat:-
لا ينبغي أن ننام كثيرا في الشتاء
Maksudnya : tidak sepatutnya kita tidur terlampau banyak ketika musim sejuk.
أغتسل دائما في الصيف
Maksudnya : aku selalu mandi pada musim panas.

والله أعلم


Disediakan oleh,
Muhammad Hosnee b Zainal Abidin

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 8:24 AM, ,




Bahasa Arab ketika Zaman Salajiqoh

بسم الله الرحمن الرحيم

Bahasa Arab ketika Zaman Salajiqoh

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين ، أما بعد ؛

Assalamualaikum.. pekabo. Moga Allah merahmati kite semua dunia dan akhirat. Amin.. posting kali ni, maleh nak tulih skema2 sangat. Letih piker nak susun ayat. Hahaha.. minggu ni ingat nak santai2 je. Aku nak cite tentang bahasa arab mase zaman salajiqoh kat iran. Cite ni pendek je, sekadar pengetahuan am je. Aku pun tengah rajin nak nulih ni, jadi aku cadang nak konsi2 ngan korang. Cite ni aku dapat mase bace kitab kuliah Fiqh Lughah. Harap2nye dapat le kite amik istifadah sesame.

Umumnya, zaman salajiqoh ni satu zaman yang jadinye lepas pemerintahan abbasiyah. Mase zaman ni bahse arab orang jarang gune melainkan untuk perkara yang ade kaitan ngan agama Islam je. Yang jadi lawan bahse arab mase ni bahse parsi. Bahse parsi memang jadi bahse femes gile zaman tu sampai leh jadi bahse kebangsaan. Pastu makin bekembang sampai lah die jadi bahse penulisan kitab tambah2 dalam bidang sejarah, sastera, kesufian dan falsafah. Bahse arab plak jadi sempit, cam kate tadi la, gune untuk bidang agame je. Pendek kate orang tak brape pandangla bahse arab..

Tapi camtupun, zaman ni bahse arab tak ilang terus. Namepun Allah jage.. zaman ni orang stil gune cume tak meluas. Berterusan bende ni sampai la satu mase tu pemerintah dan barisan kepimpinannye tengok2, perati2 bahse arab, pastu mule sikit2 diorang take care bahse arab ni. Timbul kat dalam ati diorang sense of Islam jadi diorang rase penting bahse arab ni pastu diorang rase kene diperkembangkan dan dipelajari bahse arab. Jadi mase taun 459H diorang pun tubuhkan satu tempat blajo namenye ((madrasah nizomiyah)) kat Baghdad. Tujuan sekolah ni nak jage bahase arab dan bende2 bekaitan ngan agame Islam. Jadilah sekolah ni salah satu institusi penting untuk bahse arab, dan sape sangke dari sekolah ni ramai yang jadi ulama’.

Ni jela citenye.. hehe.. Pendek je. cite sejarah ni takleh panjang2. Karang computer ni tengok korang plak. Haha. Bagi orang yang suke kaji tentang bahse arab, ni jela aku mampu sediekan. Kalo ade lagi, aku tambah kendian ari. Moga Allah jadikan kite sume fasih dengan bahse arab. Amin..

Wassalam..

Dicedok oleh,
Os

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 8:22 AM, ,




Hiwar - Membeli Sayur dan Ikan

الحوار – شراء الخضروات والسمك

في البيت...

أحمد : يا علي ، ممكن أنت تساعدني لشراء الخضروات و السمك في السوق ؟

علي : لماذا ؟ هل كل من هذه الحاجات قد نفذت ؟ مستحيل!! لأنني اشتريتها في الاسبوع الماضي .

أحمد :هذا ليس من أمر مستحيل ... أليس كل شيء في هذه الدنيا ستنتهي إلا الله ... لذلك ، هذا الأمر معقول ... J

علي : ها ها ها ... أنت تقول من ناحية أصول الدين . جميل جدًا ... طيب ، سأذهب الآن .

أحمد : هي هي هي ... سكرا جزيلا ...

علي : لا سكرا على الواجب , انتظرني. السلام عليكم

أحمد : وعليكم السلام .

Beli sayur dan ikan.

Di rumah…

Ahmad: Ali, leh tolong aku tak blikan sayur ngan ikan kat paso?

Ali : Ngape? Takkan sume barang2 tu dah abih? Bio beno!! Aku baru je bli minggu lepas.

Ahmad: La.. apa nak peliknya.. Kan ke sume bende dalam dunia ni akan abih kecuali Allah.. Jadi, bende ni takde le pelik.. hehehe

Ali : Hahaha. Ko cakap gune ilmu usuluddin la plak. Bagus2. Hehe.. Baikle, aku gi sekarang.

Ahmad: Hehehe. Mekasih..

Ali : No prob.. tunggu aku ye. Assalamualaikum

Ahmad: Waalaikumsalam..

Disediakan oleh,

Muhammad Hosnee b Zainal Abidin.

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 12:38 AM, ,