Admin CPanel: Log In | Contact Us | Photobuchet | Youtube | Kalghari Shop

 



Review kitab : Mulakkhos

Assalamualaikum WBT..

Kali ni kami nak kenalkan serba ringkas tentang kitab ni. Name kitab ni Mulakkhos Qawaid al-Lughah al-Arabiah (Rangkuman Kaedah Bahasa Arab). Kitab ni salah satu daripada kitab yang kami selalu gunakan dalam merujuk ilmu Nahu, terutama skali Nik. Kesannye memang baik sekali. Serba ringkas tentang kitab ni :-


-Kitab ni ceritakan tentang ilmu Nahu dan Sorof pun ade dan merupakan kitab moden.

-Tujuan asal pengarang karang kitab ni untuk pelajar yang baru dan ingin belajar tentang Nahu, tapi boleh juga dijadikan rujukan bagi pelajar yang telah ada asas bahasa Arab.

-Kitab ni pecah pada 2 bahagian. 1-Nahu, 2-Sorof.

-Gaya bahasa dan ayat dalam kitab ni senang nak paham, pengarang banyak menulis dalam bentuk point dan jadual, jadi senang nak detect isi penting dan keyword.

-Dalam kitab ni ada jadual ringkas tentang alamat i'rob, pembahagian kalimah dan lain2. Kalau nak refresh boleh rujuk je jadual tu tanpa selak balik kitab. Kalo nik dan sapwan diorang tampal terus kat dinding.

-Kalau khatam kitab ni, mudah nak bace kitab lain, sebab dah ada basic dari sudut istilah dan pembahagian tajuk, jadi tidak akan keliru dari sudut tersebut.

-Ade jual kat Malaysia, kalau tak ada boleh tempah kat student mesir tolong belikan kitab ni.

Sekian,wassalam.


Disediakan oleh,
Os

Labels: , ,

posted by Kalghari Network™ @ 8:58 PM, ,




al-Asmai'y - Tokoh Lughah

al-Asmai'y

-Nama sebenar beliau Abdul Malik bin Qorib bin 'Ali bin Asma' al-Bahili al-Basri, dan diberi kuniyyah Abu Sa'id al-Asmai'y.

-al-Asmai'y telah dilahirkan di Basroh pada tahun 122H/74M dan dibesarkan di dalam suasana kearaban dan diajarkan menulis ketika di berada di sana.

-Beliau menuntut pelbagai ilmu termasuk bahasa Arab, Hadis, Qiraat daripada ulama-ulama Basroh dan ulama luar yang menetap di Basroh seperti Abi A'mru bin al-A'la' dan al-Khalil bin Ahmad.

-Beliau telah menghafal begitu banyak syair-syair sehingga digelar "Syaitonus Syi'ri" oleh Khalifah Harun ar-Rasyid.

-Antara hasil karangan dan penulisan yang beliau tinggalkan adalah :


-al-Asmai'y telah meninggal dunia ketika berusia 94 tahun pada tahun 217H.


Rujukan

# موسوعة اعلام و الفكر الاسلامي ، ص 102-103 ، ج 3 ، جمهورية مصر العربية القاهرة وزارة الأوقاف 2007م


Disediakan oleh,
Os

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 4:47 PM, ,