Admin CPanel: Log In | Contact Us | Photobuchet | Youtube | Kalghari Shop

 



Tutorial Photoshop 01 : Memahami Konsep Retouching

Untuk kali ni ambe akan terangkan sedikit camne konsep retouching yang kebiasaan fotographer atau retoucher lakukan. Retouching terbahagi kepada banyak bahagian, iaitu skin smooth, nose job, slimming, hair straightening, eyes color dan sebagainya. Retouching bukanlah suatu proses yang mudah dan cepat, kalau diikutkan untuk satu gambar sahaja, retoucher professional mengambil masa 2 hari hingga 1 minggu, bergantung kepada size gambar dan keadaan gambar. Tapi untuk kali ni ambe hanya menerangkan secara ringkas tentang retouching bahagian skin smooth. Ia terbahagi kepada 2 kaedah :
  1. Kaedah Doodge and Burn ( Professional) – Menggunakan Tablet
  2. Kaedah Blurring ( Amature & Semi Pro ) – Menggunakan Mouse
Kaedah yang ambe selalu gunakan adalah kaedah kedua, iaitu Kaedah Blurring. Kaedah ini boleh dikatakan mudah, simple dan tidak memerlukan banyak masa.Kaedah ni masyhur dikalangan Wedding Photographer diserata dunia. Effect yang dihasilkan menepati citarasa kebanyakkan client mereka. Kaedah ini turut digunakan dalam menyempurnakan gambar passport.

Software yang digunakan adalah Photoshop dan ambe guna Photoshop CS3 (Middle East Version). Dibawah ini ambe terangkan secara ringkas, tentang konsep retouching yang sering digunakan oleh Photographer.

Langkah Pertama:
Proses retouching mestilah dilakukan diatas gambar copy, bukan gambar yang asal. Sekiranya berlaku kesilapan, anda masih ada backup gambar yang asal dan cover semula bahagian yang tersilap. Gambar perlulah bersaiz besar, 800px ke atas. Simpan gambar asal sebagai backup
Pilih layer > Duplicate Layer

Photobucket
Gambar asal sebelum di edit

Langkah Kedua :
Sebaik baiknya, rancang dahulu bahagian mana yang ingin diedit. kemudian lakar bahagian yang ingin diedit, supaya kita nampak, apa yang sepatutnya kita lakukan untuk seterusnya. Ini bukanlah satu kemestian, anda boleh juga abaikan bahagian ini.
Pilih Layer> New > Layer > Pilih brush tool dan conteng-conteng!

Photobucket
Buat perancangan sebelum lakukan retouching

Langkah Ketiga:
Untuk melakukan kaedah blurring, anda mestilah hilangkan dahulu jerawat jerawat nanah yang ade kat kulit tu :P. Kalo tidak, ia akan tetap nampak setelah kita blurr kat kulit tersebut.
  1. Pilih Layer > Duplicate Layer (Duplicate Gambar Asal)
  2. Pilih Healing Brush. Settingkan brush – sedikit besar daripada size jerawat
  3. Tekan ALT + Klik pada bahagian kulit yang sihat.
  4. Kemudian lepas ALT dan calitkan pada bahagian jerawat.
Photobucket
Setelah jerawat & garis kedutan telah di buang

Langkah keempat:
Ini adalah bahagian yang penting yang menentukan sama ada hasil gambar pada akhir nanti nampak natural atau plastic. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, anda perlu bermain-main dengan Radius Blur, mengikut kesesuaian pada gambar anda.
  1. Copy gambar tadi (Buang jerawat)
  2. Pilih Filter > Blur > Gaussian Blur
  3. Apply Radius 20 pixels
  4. Padamkan gambar bahagian mata dan sebagainya, tinggalkan hanya pada bahagian kulit
  5. Untuk mendapatkan hasil yang natural, rendahkan opacity gambar diantara 50-90. Seelok-eloknya, elakkan daripada opacity 100%.
Photobucket
Setelah kulit di licinkan : Pilih style kegemaran anda

Langkah kelima:
Ambe lebih suke style pertama, nampak natural sket. Jadi,copy gambar tadi, kemudian lakukan "nose job" jika mahu.
Photobucket
Nose job

Langkah keenam:
Ubah tone warna untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Anda perlu bermain–main dengan tool yang ada pada "Image > Adjustment". Di situ terletak semua tool untuk mengubah effect warna. Bermain main lah hehehe :P :P .

Photobucket
Hasil Keseluruhan

Kadang-kadang sempurna dimata kita, tidak sempurna dimata orang lain. Jadi terimalah kritikan dan komen yang diberikan supaya skills kita lebih maju setapak. Selamat mencuba, sekian wassalam

Di sediakan oleh :
Nik

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 1:23 AM, ,




Download : Video Jaulah Sinai 2008

Pada musim sejuk yang lepas, kitorang telah menyertai program Kembara Sinai / Jaulah Sinai 2008 anjuran DPM Zagazig. Pengalaman mengembara selama 4 hari tu amat memberi manfaat kepada kitorang, lebih-lebih lagi kitorang pelajar baru. Bagi mereka yang belum berkesempatan untuk pergi ke sana dan teringin tengok macam mana keadaan di puncak gunung tu, jangan risau, kami sudah sediakan untuk anda untuk melihat sendiri bagaimana keadaan riuh rendah yang berlaku di situ.

Sedikit info mengenai kembara Sinai : Kami mula mendaki pada lewat malam, lebih kurang pada jam 12 malam dan mula tiba di puncak gunung Sinai jam 3.30 pagi. Keadaan waktu itu sangat sejuk, sehinggakan ada di antara kami tidak berkesempatan untuk melihat permandangan matahari terbenam, sebaliknya berehat dan tido di dalam surau. Disana bukan sahaja dipenuhi dengan pelajar pelajar Al Azhar dari Zagzig, malah ada juga dari Mansurah dan juga pelacong pelacong asing yang turut sama tidak melepaskan peluang mendaki gunung sinai ini. Ini merupakan pengalaman yang menyeronokkan, semoga paparan yang kami sediakan sedikit sebanyak memberi kepuasan dan infomasi untuk diri sahabat. Selamat menonton.

Photobucket
Tonton disini : http://www.youtube.com/kalghari

Untuk kualiti yang lebih tinggi, kami ada menyediakan link untuk anda download :

Quality : Good (9/10)
Format : MPG
Size : 177 MB
Resolution : 720 x 486
Duration : 3.12 Minute

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 4:41 AM, ,




Poll : Isu Pembatan MOU Muadalah ke Al Azhar

" Sejak dahulu lagi, pelajar Malaysia dibenarkan menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar tanpa sebarang biasiswa ataupun pinjaman dari pihak kerajaan. Mereka hanya mendapat zakat yang diberikan atas ihsan majlis agama negeri masing-masing ataupun daripada individu tertentu dan yang pastinya perbelanjaan dari ibu ayah sepenuhnya."

Kronologi penyekatan hak pengajian agama di Universiti Al-Azhar

Bagi pelajar yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar lepasan pengajian Pondok agama dan pelajar daripada mana-mana kolej yang membuat perjanjian MOU dan Muadalah, layak untuk menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Namun bermula tahun 2001, Sijil Tinggi Agama Malaysia mula diperkenalkan dan menjadi syarat wajib bagi mereka yang ingin menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Ini menyebabkan mereka yang mengambil Sijil Tinggi Agama (STA) atau Sijil Tinggi Ugama (STU) tidak layak mendapat tempat di Universiti Al-Azhar. Seterusnya pada sessi kemasukan 2005/2006, sistem peperiksaan tahdid mustawa mula diperkenalkan bagi pelajar muadalah bagi menentukan mereka berada di tahun empat atau tahun 2, sedangkan sebelum ini mana-mana pelajar muadalah akan terus berada di tahun 4.

Pada tahun yang sama juga pelajar dari pengajian Pondok tidak dibenarkan datang secara terus ke sini diatas alasan tiada SPM, STAM ataupun Diploma dari mana-mana kolej yang diiktiraf oleh LAN. Dan akhirnya pada tahun 2008, satu sejarah telah terlakar apabila, perjanjian MOU dan Muadalah dibatalkan. Dan kedengaran ura-ura yang terbaru bahawa pelajar STAM yang mendapat keputusan mumtaz dan jayyid jiddan sahaja yang layak menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Semakin sempit peluang pelajar Malaysia yang berkeinginan untuk menimba ilmu agama di gedung para ulamak yang tersohor didunia ini…adakah ia angkara tangan-tangan ghaib, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

http://hewipmram55.blogspot.com

posted by Kalghari Network™ @ 3:11 AM, ,




Futsal Zagazig 2008

14 Jun 2008 - DPMZ telah menganjurkan perlawanan Futsal diantara pelajar-pelajar Malaysia Zagazig bertempat di Stadium Universiti Zagazig. Pertandingan yang bermotifkan jalinan ukhwah ini telah mendapat sambutan dan kerjasama yang baik dikalangan ahli DPMZ. Sebanyak 5 pasukan telah dihantar untuk bertanding. Antara kalghariyun yang turun padang adalah:
  1. Faiz - Pasukan Saahah B (Qaumiyyah)
  2. Nik - Pasukan Saahah B (Mahatah)
  3. Taufiq - Pasukan Apa Nama (Kafru Zain)
Photobucket
Stadium Zagazig

Photobucket
Belum start dah lembik, apehal? Haha

Photobucket
Senyum paksa dikala panas terik

Pertandingan ini lebih tertumpu kepada kerjasama diantara pasukan kerana pihak penganjur kali ini tidak menyediakan sebarang hadiah, secara tidak langsung hadiah dan pingat bukanlah ukuran untuk meraih kemenangan, sebaliknya sekadar untuk beriadah setelah masing-masing penat menumpukan perhatian pada peperiksaan akhir fasa II yang berakhir pada minggu lepas.

Photobucket
Visel dibunyikan tanda perlawanan sudah bermula

Setiap pasukan ditubuhkan mengikut kawasan tempat tinggal masing-masing, iaitu kawasan Kafru Zain (Kafru Zagazig), Qaumiyyah, Salam dan Mahatah. Oleh kerana Ahli DPMZ yang tinggal di kawasan Mahatah hanyalah sebilangan kecil, mereka telah digabungkan bersama mereka yang tinggal di kawasan Qaumiyyah. Perlawanan yang berkonsepkan 5 sebelah ini mengenakan yuran pendaftaran sebayak L.E1.50 seorang (75sen). Murah bukan? Hehehe

Photobucket
Ajk tekun mencatat keputusan perlawanan

Photobucket
Antara sahabat-sahabat yang turut turun padang

Perlawanan bermula pada jam 7.30 AM dan berakhir pada jam 11.20 AM.Masing-masing memberikan komitmen yang baik dan Alhamdulillah, ianya berakhir seperti apa yang dirancangkan oleh pihak penganjur, dimana tiada sebarang pergaduhan atau masalah yang berlaku. Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada Ajk dan pihak penganjur yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini. Semoga pertandingan seperti ini dianjurkan lagi pada masa yang akan datang.Insya'allah.

Laporan:
Nik

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 1:24 AM, ,




Peperiksaan Akhir (Fasa II)

Peperiksaan
"Dewan" peperiksaan kitorang hehehe (11 May 2008 - 2 Jun 2008)


Peperiksaan
Sempat....


Peperiksaan
Membaca dengan penuh gaya itu perlu ;P


Peperiksaan
Hari terakhir...sume dah start senyum pikir pasal cuti ;P

Hosnee:
Untuk periksa fasa 2 ni, Alhamdullilah dapat le aku jawab dengan baik. Moga Allah najahkan aku dan kekawan. Tapi nak citernye tentang periksa kat sini, memang jauh beza dengan Malaysia. Banyak perkara yang membuatkan aku ternganga dan termenung haha. Tapi seronok gak tengok budak budak arab kantoi meniru. Tula dorang ingat doktor tak nampak ke? Padan muka dorang haha.

Hisyam:
Fasa 2 ni periksa di musim panas. Awal musim panas jadi suasana hampir sama macam kat Malaysia. Itu dari segi cuaca. Tapi satu perkara yang ketara dapat tengok macam macam gaya orang arab meniru. Beza dengan peperiksaan Fasa 1 dengan 2 dari segi kepadatan jadual periksa. Fasa 2 lapan subjek dan cuma selang sehari je. Tapi mujur dah stay awal, so taklah tertekan sangat. Tapi masih ada beberapa subjek yang payah walaupun dah study. Tapi nasib baik periksa Syafawi o.k. Harap harap luluslah pekse ni, Amin....

Safuan:
Bila kaki aku melangkah hari pertama imtihan Fasa 2 makin debar. Persediaan mungkin baik sikit berbanding dengan fasa 1. Tapi apa yang dapat aku kongsikan dengan korang gelagat ambil exam di Azhar adalah menarik. Dapat melihat gelagat student Arab yang kantoi dengan Doktor sebab meniru dalam periksa. Ada yang kene rampas kertas jawapan, ada kene koyak, sampai menangis. Tapi papepun itu pengalamanan yang mematangkan aku. Yela hendak ilmu kita kene jujur dan ikhlas. Baru berkat. So aku ada bende nak kongsi ngan korang kunci kejayaan itu ada 5:
  1. Niat yang betul dan ikhlas
  2. Sabar dalam menuntut ilmu
  3. Yakin dan percaya pada diri sendiri dan jangan putus asa
  4. Meninggalkan maksiat
  5. Sentiasa mengulang kaji pelajaran dengan tetap
Faiz:
Salam..alhamdullihan fasa 2 ni ambe dah melaluinya dgn sdikit kliru..sbb tlalu cepat masa berlalu..ditambahkan lagi kemalasan ckit yang melanda diri ambe..fasa ni ambe rase pendek sgt..tup-tup dah exam..lagi mengejutkan diri ambe jadual exam hanya selang sehari..mane nak mengulang..mane nak mengapal..tapi ambe pikir mak abah kat umah ambe teruskan perjuangan..alhmdullhan ambe dpt abiskan exam fasa 2 ni moga berjaya…mintak maap mak abah..time kasih kwn2..

Nik:
Fasa II ni tensen sket, sebab ada 3 subjek killer menanti.Tapi nasib baiklah ada member yang banyak bantu ketika study group, masing masing kongsi nota & tips, jadi mudoh la seket.Terima kasih! Harap-harap kite sume najah la ye, Insya'allah. Tapi yang tak bestnye jarak antara satu subjek dengan subjek lain, selang sehari jeh. Huk aloh,yang bestnye pulok, dapat habis awal, yahoo!

Pamie:
fasa II ni fasa yang paling releks.. ape2 pun releks.. study pun releks.. tak mengapal pun releks.. main game pun releks.. tawakal pun releks.. mak abah pun releks.. kengkawan pun releks dalam stress.. haha.. sebenarnye nak komen banyak pun.. aku dah taip telalu banyak pasal imtihan ni dalam blog aku.. so kalau rase2 nak menyelami imtihan yang dilalui oleh aku.. silelah tekan link pade posting khas aku mengenai imtihan nih.. layankan.. kome bace le sampe lenguh tengkok.. huhu.. ape2pun doa2kan la aku ngan kengkawan seme najah.. =) link ke posting khas:
http://pamiesz.blogspot.com/2008/06/kronologi-8-madah-imtihan-nihaie.html

Pet:
perekso fasa seng pindo ki kayane kulo makin gelendem, seng mulo2 mandan la jugak temenanan....fasa ki enek volu madah seng jalok dilakoni...kayane okeh banget..kui kulo gawe sengdiseng iso wae...hehehe..mugo2 di wai rejeki karo Pengeran Gusti Allah Taala...mugo2 di elmu seng aku entok enek berkate..ben la mengko dadhi wong seng enek gunone neng wong tuek, wong okeh......mugo2 kulo di dongak ne karo konco2 seng enek neng kene ki...kabae okeh ngerewangi kulo moso belajar, kulo jalok ngapuro seng okeh2 neng nik, pami, os, sham karo sapuan seng dadhi penemanget moso kulo neng kene ki...mugo2 kulo dadhi wong seng pinter neng ugomo Islam..ben la saiki ki kulo kerasan neng kene, temenanan, ben dadhi wong seng okeh gunone mengko..ben la dadhi wong jowo seng tenan2 JOWO neng elmu ugomo..opo2 hal pon ben la kabeh seng di lakoni kersane Pengeran Gusti Allah Taala..sampek temu meneh mengko...


Photobucket

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 2:10 AM, ,




NUSUS : Bahasa Arab

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih, maka kami mulakan penulisan ini. Tujuan ruangan ini diterbitkan adalah untuk berkongsi serba sedikit mengenai syair( الشعر ) dan prosa ( النثر ) arab yang telah kami pelajari dalam subjek Nusus ( النصوص ) di universiti Al-Azhar S-Syarif. InsyaAllah, syair dan prosa yang kami bawakan di sini adalah daripada muqarrar yang kami belajar di Al-Azhar. Tambahan dari itu, akan kami bawakan juga sebarang syair dan prosa yang kami rasakan "sedap" untuk dikongsi bersama, yang boleh kita ambil faedah daripadanya. Kami berdoa, semoga usaha kami ini diberkati Allah dan dipermudahkan. Amin..

Syair pembuka tirai kami pada ruangan ini adalah hasil ciptaan penyair mesir, Hafiz Ibrahim yang bertajuk Bahasa Arab ( اللغة العربية ). Muhammad Hafiz Ibrahim merupakan salah seorang daripada pakar bahasa Arab yang terkemuka pada zamannya. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1872. Bapanya, Ibrahim Fahmi berasal dari Mesir, manakala ibunya berketurunan dari negara Turki. Adapun Hafiz telah kehilangan bapanya pada usia 4 tahun. Selepas kematian bapanya, beliau tinggal bersama bapa saudaranya. Hafiz seorang yang begitu minat belajar, tetapi beliau tidak sempat menghabiskan pengajiannya di sekolah menengah. Namun begitu, minat beliau terhadap ilmu tidak pernah luput. Beliau banyak menghabiskan masa dengan belajar dan bertalaqqi di Masjid Ahmadi ketika menetap di Tonto, satu daerah yang tedapat di Mesir. Beliau mendalami ilmu yang berkaitan dengan Bahasa Arab, Fiqh Lughah, dan juga Syariah. Beliau banyak menghafaz syair-syair arab lama sehingga syeikh-syeikh yang berada di sana berasa bangga dengan dirinya. Namun, minat Hafiz ini mendapat tentangan daripada bapa saudaranya. Bapa saudaranya telah memindahkan Hafiz ke salah satu wisma kehakiman untuk menjadi pembantu di sana. namun Hafiz tidak pernah berputus harapan terhadap ilmu. Pada tahun 1911 beliau telah dilantik untuk menjadi ketua bagi bahagian Sastera di Darul Kutub. Muhammad Hafiz Ibrahim telah meninggal dunia ketika berusia 60 tahun tanpa meninggalkan isteri dan zuriat.

Pada hujung kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, telah timbul satu ajakan daripada sebahagian penulis arab ( الكتاب ) untuk berpindah dari bahasa Arab Fushah kepada Ammiah dalam penulisan dan sistem pendidikan mereka. Ajakan ini mendapat tentangan hebat daripada pencinta sejati bahasa Arab yang tidak mahu bahasa Al-Quran itu dikotori. Hafiz yang juga turut menentang ajakan ini mencipta satu syair yang cukup unik untuk menolak segala tohmahan yang datang daripada golongan yang menfitnah bahasa arab Fushah. Syair yang kami bentangkan di sini adalah sebahagian sahaja iaitu hanya 6 bait daripada asalnya, 23 bait iaitu :-

(1) رجعت لنـفسي فاتهمت حصاتي # ونـاديت قـومي فاتسـبـت حيــــاتي
(2) رموني بعـقم في الشباب وليتنـي # عقمت فلـم أجـزع لـقول عــداتي
(3) ولدت ولمـا لم أجــد لعـرائســي # رجـالا وأكـفــاء وأدت بـنــــاتــي
(4) وسعت كتـاب الله لفظا و غايـة # وما ضقت عـن آي به وعـظـات
(5) فكيف أضيق اليـوم عـن وصف # ألة وتنسيق أسـمـاء لمـختـرعــات
(6) أنا البحر في أحشائه الدر كامن # فهل سالوا الغواص عن صـدفاتي



Sinonim :

- تأملت = رجعت لنفسي
- أحزن = أجزع
- بضم العين و كسرها :الأعداء = عداتي
- جمع كفء :القوي القادر = أكفاء
- وهي عادة الجاهلية أبطلها الاسلام = أدت بناتي
- جمع الأية = الآي
- جمع الحشا = الأحشاء


Syarah :

(1) : Aku renung kembali apa yang berlaku terhadap diriku, aku lihat manusia semakin menjauhiku. Mereka meragui diriku dan menuduh aku ini tidak mampu untuk digunakan dalam kehidupan harian mereka. Aku seru kaum arab yang bertutur dengan ku agar kembali kepadaku dan membantu diriku, namun mereka tidak mengendahkanku. Maka aku pun berdoa pada Allah tentang hayatku.

(2) : Musuh-musuhku menuduh aku ini bahasa yang mandul dan jumud kerana tidak mampu melahirkan perkataan- perkataan baru, dan juga tidak mempunyai uslub bahasa yang menarik. Mereka sentiasa berharap yang aku ini akan sentiasa jumud dan beku. Namun aku tidak sedih mahupun tergugat dengan kata-kata mereka, kerana aku tahu bahawa aku bukan begitu.

(3) : Aku bukan bahasa yang mandul, kerana dulu aku bahasa indah lagi luas. Aku melahirkan begitu banyak perkataan dan uslub yang menarik, namun hari ini semua itu tenggelam dan tertanam kerana di sisi ku tiada peneman hidup yang pakar lagi hebat yang boleh sudi menjagaku.

(4) : Al-Quran itu sebagai bukti bagi diriku. Aku berbangga di sisi ku Al-Quran yang telah aku luaskan perkataan dan makna di dalamnya. Dan aku juga tidak lemah dalam mentafsirkan ayat dan nasihat yang terdapat di dalam Al-Quran.

(5) : Maka, aku tanyakan kembali, adakah hari ini aku sempit dalam menyifatkan sesuatu alat, mahupun menamakan sesuatu yang baru dicipta?

(6) : Aku ini ibarat lautan yang di dasarnya terdapat emas yang tersembunyi, begitu juga aku yang mana jauh dalam diriku ini tersembunyi lafaz-lafaz serta uslub-uslub yang masih lagi tersorok. maka adakah mereka semua bertanya tentang itu pada pakar-pakar.

و الله أعلم

Disediakan oleh :
Muhammad Hosnee Bin Zainal Abidin

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 8:03 AM, ,




BBQ Sempena Minggu Peperiksaan

SABTU 26 April 2008 – Sekarang geng-geng Azhar dalam musim sedar dari mimpi lihap untuk exam fasa ke 2. Sempene musin exam ni kitorang adalah la buat sikit majlis bakar satay yang boleh dikatakan kebiasaan bagi bait (umah) Ustaz Azmil sejak turun temurun.Dia ni senior kitorang kat KUSZA dulu. Dia yang mencadangkan untuk wat majlis ni. Apa lagi kitorang join la. Seminggu sebelum majlis tu kitorang dah berbincang. Petang jumaat tu semua berkumpul untuk buat persiapan bakrr satay.

Photobucket
Saat dan ketika sume masih lagi bersemangat, ahh mula-mula je tu

Ada yang potong daging, ada yang potong ayam, ada yang potong dan sebagainya dan ada juga tidur. Tapi yang syok skali ada yang main "tenet, patut ke eek?…..pas tu kitorang peram daging dengan perencah yang dimuat oleh chef Azmil dan kuncu-kuncunya.

Photobucket
Ustaz Azmil (tengah) bersama member dia

Pada esok harinya kitorang buat kerja-kerja seterusnya. Apa lagi…buat kuah kacang la. Satay mesti la sekali dengan kacang. kalau tak ada kuah kacang..pincangla kacang tu. Sebagaimana lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Senario. Tajuk lagu satay kajang. Nak tau isi lagu, korang dengarla sendiri. Selesai je kerje tu kitorang beramai-ramai (nak takkid) cucuk satay. Tapi adalah sorang budak tue......asyik duk ke hulu ke hilir..tup-tup main "tenet". Siapakah dia? siapakah dia? (Cuba teka)

Photobucket
Terlalu khusyu' buat kerja sampai terjelir sahabat kita :P

Selesai je kerja tu kitorang makan tengahari...tapi nasi pulak hangit. Hisss sape yang masak tadi. Kemudian kitorang makan la sebab perut dah buat konsert mega tanpa tiket.apa lagi makan jela. Mulakan dengan Bismillah..nak dapat berkat. Dalam setengah jam selepas. Operasi membakar satay bermula.. kata sini ada la cerita sikit. Pasal curi satay. Masak je satay..aik dah tinggal batang. Nak tahu siapakah pencurinya. Tengaklah video "Pencuri Satay" yang kitorang sediakan. Tapi masa kitorang baker satay tu kitorang bertukar-tukar pendapat. Ada pendapat tentang ilmu dan ada juga pendapat yang melaghakan.Tapi yang penting kita orang dapat merapakan ukhuwah di antara kitorang dan kawan-kawan baru.

Photobucket
Satay .....yumm yummmm

Photobucket
Semua bajet hensem (kononye) walaupun tengah makan

Alahamdulillah dalam masa 3 jam lebih, dari pukul 3 hatta pukul 6 lebih gitula kitorang habis membakar satay. Pas tu apa lagi..kitorang manfaat la hasil kerja yang dibuat tadi. Kitorang tidur la sebentar sementara nak tunggu maghrib. Penat tu….penat tak penat korang pikirla sendiri. Selepas solat maghrib berjemaah. Kitorang menjamu selera sampai adalah salah seorang dari kitaorang termuntah-muntah. Mingkin tercekik tulang satay. Mana tidaknya kita orang bukannya ramai pun..lebih kurang 15 orang pada hari tu. Satay pulak lebih 300 cucuk. Ala kitorang ni perut melayu perut 2 jam kredit. Bukannya perut arab, perut tong sampahla katakan. Tapi habis juga akhirnya. Sebagai tanda Zikrayat* kita orang bergambar.

"Teguhnya rumah kerana tiangnya, teguhnya persahabatan kerana ukhwah dan teguhnya seorang mu'min itu kerana imannya"

(Muhd Faa'iz Al-Khuttat)

Laporan
Muhd Faa'iz Al-Khuttat

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 6:00 AM, ,




REVIEW - MAKANAN : Nasi Hadhara Maut

Photobucket
Nasi Hadaramaut - L.E9 ( RM5 )


Hosnee
Makanan mahal pertama yang aku makan pas sampai Mesir. Kali pertama teringin nak makan, masa bulan puasa tapi tutup, jadi kempunan. kali kedua baru aku dapat! Pueh hati gak tapi habeh duit aku. Standed beriani la bagi aku. teringat Yusopia kat TI.Makan sendiri baru tau. Tak nak bagi rating penuh walaupun sedap, sebab herge mahal!

Rating : Photobucket

Faiz
First dulu aku makan dapat makan separuh je sebab banyak minyak tapi ayam tu habis la. Salatoh aku x makan masa tu, tapi skang dah boleh dah!

Rating : Photobucket

Hisyam
Ha....pasal ni memang aku minat. harga dia tujuh genih tapi memang puas hati. nasi sedap, ayam besor! Memang kalo sapa-sapa kat Mesir ni yang dah makan benda alah ni sume kata sedap. memang tak dinafikan lagi. Tapi dah lama x makan, terliur lak rasenye bile teringat hehe.

Rating : Photobucket

Safuan
Apa itu Hadaral'maut? Sejenis penyakit ka?? Untuk makluman korang ia adalah nasi Hadaral'maut! Beras mati dari Syria. beras yang paling mahal la di Mesir ni. Kalo korang makan, jangan la riso, korang tak kan mati. tapi korang akan menjilat jari. Tambah pulak dengan ayam bakar, pastu salatoh tomato dia (perghhh..sedap!). Aku kalo makan memang habis (hahaha). So apa lagi, jom la ke Hadaral'maut!

Rating :Photobucket

Nik
Pertama kali makan ketika bukak puasa ngan member, Perghh sedap gile! Tapi malangnya aku masa tu pening pening la pulak, tak de selera, Sebab masa tu kitaorang bukak pose lambat, tunggu
turn punye la lame. Nasib baik seminggu lepas tu, ahli usrah aku buat majlis perpisahan, order makanan dari Hadaral'maut, ape lagi pulun la habis habisan haha.

Rating : Photobucket

Pamie
Korang jangan terpengaruh la dengan kata2 diorang kat atas ni..nasi semua rasa same je..masuk dalam perut keluar kat blakang tu jadi tah* gak..hahaha..so far so gud la..mase aku memule datang semua orang duk kecoh pasal kewujudan nasik ni..aku maleh nak kuo umah mase tuh..so aku takle ngikut deme merase nasik nih..deme duk cite kate sedap2..aku tak tingin pun pade mulenye..tapi akhirnya waktu pengajian Syeikh Nuruddin kat umah Johor..aku takde tempat nak buke pose..tetibe kat depan hayyu thamin tu ade kedai hadarul maut..teruih le deme ngajak aku gi..aku pun makan sepinggan tak abis..cepat gile kenyang..lagipun aku ni kan zuhud..makan sikit2 je..haha..aku suh die bungkus sparuh gi tu..balik tengah malam tu baru aku makan lagi sparuh..tu jela first time aku makan nasik ni dan sampe skang aku tak nyinggah2 lagi..tgkla taun depan ke aku gi lagi..tu pun kalo aku tak balik taun ni la..hehe..

Rating : Photobucket

Pet
komen psl nasik ni??1st time tu ntah sape ntah ajak aku g mkn nsik ni, tp yg pasti ade sorang artis yg ajak aku wktu nak bukak pose, dia jele yg semngat pun. kata dekat, tp nak sampai ke sane mcm nak maut je, dah la pami nak kene langgo ngan kete arab mabuk mne ntah...last2 beli 'asobiah' dulu wat spare kot2 xsempat nak buke pose kat sane...dah la sesat, smpe kat restron maut tu tokey restron kata kdai dah kene booking....last2 aku trauma nak kesane lg, sampe skang xsampe2 aku kat restron maut tu..!!!!penyudahnye 2, 3 hari pastu sape ntah bg free nasik maut tu..aku pow sket..pstu tiap ptg aku tggu kat msjid sabe' tu, hagah lillah dr hadramaut...free je, xyah kuar duit....hehe!!!sekian dimaklumkan..rating kat mknn ni???bape aku nak ltk ek, aku ni xksh sgt bab mkn ni...batu ngan kayu tu kalo bole mkn lama dah aku mkn..

Rating :
Photobucket

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 5:33 AM, ,