Admin CPanel: Log In | Contact Us | Photobuchet | Youtube | Kalghari Shop

 



Alamat Isim

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين،
أما بعد ؛

بالجر والتنوين والنداء و أل ومسند للسم تمييز حصل
Terjemahannya : Isim itu dapat dibezakan (daripada Feel dan Hurf) dengan adanya Majrur, Tanwin,
Nida’, huruf Alif Lam, dan dapat di“Isnad”kan.

Ini adalah salah satu daripada bait yang terdapat di dalam alfiyyah Ibn Malik. Ia menceritakan tentang alamat Isim. Daripada bait ini terkandung 5 perkara yang menjadi alamat kepada Isim.

1- Jar / Majrur
Maksud Ibn Malik RH, Isim menerima hukum majrur dan juga alamatnya (baris kasrah). Menerima hukum Majrur sama ada disebabkan huruf Jar, atau Idofah (menjadi Mudhofun Ilain) atau sebab Tab’iyyah (menjadi Tawabi’ = Sifat, Taukid, Badal, Ma’tuf).

2- Menerima baris Tanwin

3- Nida’ (Dalam bab al-Munada).
Suatu perkataan jika menerima huruf Nida’ sebelumnya maka ia adalah Isim. Contoh : يا زيد . Zaid itu Isim kerana menerima ‘yaa’ (huruf nida’)

4- Alif Lam (أل) boleh dimasukkan di awalnya.

5- Isnad
Ini adalah di antara yang lazim bagi Isim. Isim di antara ciri-cirinya ia boleh disandarkan kepadanya. Contoh : زيد قائم maknanya : Zaid berdiri. Di dalam ayat ini, disandarkan keadaan berdiri itu kepada Zaid. Maka Zaid itu Isim.



Disediakan oleh,
Hosnee

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 5:46 PM, ,