Admin CPanel: Log In | Contact Us | Photobuchet | Youtube | Kalghari Shop

 



Nasob (نصب) dan alamat- alamatnya

بسم الله الرحمن الرحيم

Nasob (نصب) dan alamat- alamatnya.

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه وسلم ، أما بعد ؛

Nasob adalah salah satu bahagian di dalam Irob. Ia adalah sedara mara kepada rofa', jar dan jazam yang mana mereka ini tergolong dalam kumpulan أقسام الإعراب
  • Nasob boleh dikatakan bahagian ke-2 famous dalam I’rob.
  • Perkara-perkara yang dinasobkan dinamakan sebagai mansubat (المنصوبات). Antaranya adalah :-

- Mafu'l bih

- Mafu'l ma'ah

- Mafu'l mutlak

- Mafu'l fih

- Mafu'l liajlih

- Hal

-Remove Formatting from selection Tamyiz

- Munada

- Istisna'

- Tawabi’ yang empat – na’at, taukid, badal, a’tof

  • Feel mudhori’ juga dinasobkan iaitu jika dimasuki nawasib.
  • Nasob ada lima alamat iaitu :-
- Fathah = baris atas.
- Alif (ا)
- Kasroh = baris bawah
- Ya (ي)
- Hazaf nun = buang huruf (ن)
  • Fathah pada 3 tempat iaitu pada isim mufrod, jamak taksir, feel mudhori’ yang dimasuki nawasib di mana akhir kalimahnya sunyi daripada bersambung dengan mana2 huruf.
(nawasib = أن ، لن ، إذن ، كي)
  • Alif pada asma' khomsah ( رأيت أباك و أخاك و حماك و فاك و ذا مال)
  • Kasroh pada jamak muannas salim
  • Ya pada 2 tempat iaitu pada musanna dan jamak muzakkar salim.
  • Hazaf nun pada afa’l khomsah. Yang dimaksudkan dengan hazaf nun pada akhir kalimah feel tersebut kerana dimasuki nawasib.

(afa’l khomsah = لن يفعلا و يفعلوا و تفعلا و تفعلوا و تفعلي)

Sekian sahaja daripada saya, insyaAllah akan ditambahkan lagi pada masa akan datang.

والله أعلم

Disediakan oleh,
Muhammad Hosnee b Zainal Abidin

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 8:16 PM, ,




Perkataan Minggu Ini

بسم الله الرحمن الرحيم

Perkataan yang dipilih minggu ini adalah ((الكيس))

Dalil

Sabda Rasulullah SAW ,

(( الكيّس من دان نفسه و عمل لما بعد الموت...والأحمق من اتبع هواه وتمنى على الله تعالى الأماني))

awkamaqol

maksudnya : orang yang bijak itu adalah seorang yang sentiasa merendahkan dirinya dan beramal untuk hari selepas matinya..

الكيّس = orang yang bijak

والله أعلم

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 7:43 PM, ,




Demonstrasi Gaza sekitar Zagazig

Assalamuaikum semua, ini adalah beberapa keping gambar demostrasi untuk Gaza yang berlangsung sekitar bandar Zagazig (Egypt) yang dilakukan oleh penduduk setempat beberapa hari yang lalu. Ianya dijalankan secara berterusan hari demi hari sehingga hari ini. Demostrasi dilakukan secara aman tanpa melibatkan sebarang keganasan.

28/12/2008 - Muhafzah

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


29/12/2008 - Selepas Solat Jumaat

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


30/12/2008 - Shari' Jala'

Muslimat di Zagazig turut tidak ketinggalan memainkan peranan dengan mengadakan satu demontrasi khas bagi Muslimat sahaja pada hari Selasa di Shari' Jala' (شارع الجلاء) di Zagazig. Kawasan itu merupakan laluan dan jalan raya utama di Zagazig. Muslimat disana beratur panjang disepanjang benteng jalan tersebut sambil memegang banner bantahan terhadap kekejaman yang sedang berlaku di Gaza. Mereka berpakaian serba hitam atau kelabu sebagai simbol berkabung kemudian mereka beredar dengan aman selepas 45minit.

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


4/1/2009 - Omar Affendi

Photobucket


Photobucket


Photobucket

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 1:40 AM, ,




Selamat Kembali Hosnee

Sudah berkurun lamanya sahabat tersayam kitorang yang bernama Hosnee meninggalkan bumi Mesir ini, namun beberapa hari yang lalu Hosnee telah membuat kejutan yang tak seberapa dengan memberitahu bahawa dia akan pulang kembali ke Mesir untuk menyelesaikan misinya. kitorang pun buat buat terkejut lah dengan berita itu. Masing masing tersenyum lebar dan ceria, ada juga yang tak sabar-sabar menantikan barang yang dikirim kehadiran hosnee.

Setelah tibanya hari yang dinantikan,
kitorang bergegas ke Lapangan Terbang Cairo, untuk menjemput dia dan antara yang pergi adalah Taufiq, Nik, Hisyam, Safuan, Din serta Burhan. Kitorang bertolak pukul 3.30 pagi dan tiba tepat pada pukul 4.30pagi. Waktu dah tepat dah seperti yang dirancangkan, tapi silap tempat la pulak. Kitorang menunggu si Hosnee di Arrival Hall 1, sedangkan dia dijadualkan tiba di Arrival Hall 3. Kitorang duk pusing sana, pusing sini seperti ibu kehilangan anak di shopping complex, sebabnya dia lupa bagi tau yang dia naik Flight apa dan tak bagitau akan tiba kat Hall mana.


Banner untuk Hosnee

Lama duk pikir dan bergaduh sesama sendiri main teka teki, yang jadi lecehnya adalah jarak antara Arrival Hall 1 dan Arrival Hall 2 sangat jauh, jadi setiap keputusan yang dibuat mestilah tepat bagi mengelakkan keletihan untuk ulang-alik. Nasib baik tak main OSOM untuk mengundi, alamatnya terkapai kapai la si Hosnee menunggu kitorang. Akhirnya sebelum solat subuh, kitorang bersepakat untuk ke Hall 2. Tapi setibanya disana, kitorang dilarang untuk memasuki hall tersebut, pulak dah!. Akhirnya kitorang tanya kat Pak Guard kat Hall 2 tu.

Kami : Pakcik, agak-agak pakcik Hall yang mana orang dari Malaysia akan tiba sini?.

Pakcik pon menjawab dengan kompidennya:

Pak Guard : Hall 3, pakcik yakin! Seyes! Seyes!. (Eh lebih lebih pulak aku menambah )

Kitorang pon pergi cari Mossala dulu untuk solat subuh, selepas selesai solat subuh kitorang pon berlari-lari macam pelarian ke Hall 3, dan nampaklah kelibat Hosnee. Wah terer betol pakcik tu, lupa lak nak bagi hadiah. Apabila Hosnee nampak aje
kitorang datang sambil memegang banner, dia pun pandang ke arah lain dan buat buat tak kenal kitorang , hahaha pape je la Os!


Muka ceria nak sambut Os


Terharu kah?


Sila abaikan kesilapan ejaan pada tompokkan hitam itu :P


Yey! Barang kami sampai


Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 1:27 AM, ,