Admin CPanel: Log In | Contact Us | Photobuchet | Youtube | Kalghari Shop

 



Nusus : Berfikir sebelum bercakap

Assalamu'aalaikum kepada semua.. cukup2 lame tak mengapdet. haha. tapi teharu bile nengok ade juge orang yang still melawat. moga2 Allah berkati semua orang Islam. amin..

Jadi terus pada bende nak cite kali ni. kali ni kami nak bawakan cebisan syair arab yang cite tentang kata2 nasihat. Penyairnye bername Solih bin Abdul Quddus yang hidup ketika zaman kerajaan Abbasiyyah. Beliau ni memang seorang sasterawan yang femes ketika tu. Selalu duduk di masjid Basroh. Beliau telah dibunuh ketika pemerintahan Khalifah al-Mahdi tahun 167 H kerana dituduh (az-zandaqah) dan disalib selama beberapa hari.

Cebisan yang mampu untuk kami bawakan di sini adalah :

وَزِنِ الكلامَ إذا نطقْتَ فإنّما # يُبدِي عيوبَ ذوِي العُقُولِ المَنطِقُ

Maksudnya :

Timbanglah (Fikir-fikirkan) percakapan mu apabila kamu ingin bercakap, Kerana sesungguhnya apa yang dituturkan itu akan menampakkan keaiban orang yang mempunyai akal (disebabkan berkata-kata tanpa berfikir).

Huraian ringkas :

Satu kemestian bagi kita untuk berfikir sebetul-betulnya sebelum kita bercakap tentang sesuatu tak kira dari sudut kebenaran faktanya, faedahnya, kelebihannya dll kerana kata-kata yang keluar dari mulut kita akan ditapis oleh orang lain setiap satu perkataannya, dan kata-kata yang keluar tanpa pemikiran yang jelas akan secara langsung menunjukkan keaiban dan kependekkan akal kita dalam berfikir. jadi fikir2kan.. :)


Sekian saja yang termampu. Jika ada salah silap harap2 dibetulkan. Moga Allah berkati kita semua. Wassalam.


Disediakan oleh,
Os

Labels: ,

posted by Kalghari Network™ @ 5:20 PM, ,