Admin CPanel: Log In | Contact Us | Photobuchet | Youtube | Kalghari Shop

 



الفعل الماضي المجرد الرباعي

بسم الله الرحمن الرحيم


الوزن : فـَـعْلـَـلَ

- قد يكون لازما : دربج زيد
- و يكون متعدي : دحرج زيد الحجر

- ويجيء البناء للدلالة على

الإتخاذ : قمطرتُ الكتاب إذا اتخذتَ قمطراً
المشابـهة : حنظل حلقُ زيدٍ إذا أشبه الحنظل
جعل شيء في شيء : نرجس الدواء إذا جعل فيه النرجس


- وقياسه في المضارع : ضُمَّ أول مضارعه وكسر ما قبل آخره



Alhamdulillah, jadi kali ni kite buat nota dalam bahasa arab ye. Hehe. Bab nak crite adalah bab feel mujarrad rubaie. Maklumat ni kami dapat daripada kitab مناهل الرجال و مراضع الأطفال oleh Syaikhuna Syaikh Muhammad Amin ibn Abdullah Al-Athyubi Al-Harari, beliau adalah mudarris di Darul Hadis Mekah Mukarramah. Seorang yang amat pakar dalam pelbagai bidang ilmu dan namanya terkenal di Mekah Mukarramah. Jasa beliau dalam bidang penulisan tidak dapat dinafikan kerana karya dan penulisannya begitu banyak dan tersebar ke seluruh pelusuk dunia.

Sikit sebanyak mengenai Sohibul Kitab. Terus pada tajuk kite, rasenye tau dah pe makne rubaie ni kan, mudah kate maknenye (( kalimah feel madi yang mana kesemua hurufnya adalah huruf asal yang tidak ada penambahan pada feel tu dengan huruf2 lain )).
-Contoh macam كتب, asal feel tu 3 huruf dan die tak ditambah dengan huruf lain, jadi
dalam sorof ianya feel mujarrad .

Feel mujarrad ni ade 2 je, rubaie dan thulathi, tapi sebagai fokus bab, kite nak tumpu dulu pada bab feel mujarrad rubaie (FMR). Wazan untuk FMR satu je : فعلل.

Bab ni panjang juga perbahasannya tapi kami ringkaskan sikit untuk pemahaman ibtida’. Daripada karangan Syaikhuna, kami selitkan dalam nota atas tu maklumat yang asas. Antaranya wazan tersebut digunakan untuk lazim (tak perlu Maf’ul bih) dan muta’addie (perlu maf’ul bih). Dinyatakan juga penggunaan dari sudut makna yang asas. Dan diakhiri dengan panduan me ”mudhor’i” kan wazan.

Sekian saje dari kami. Jika ada kesalahan harapnya boleh ditegur agar dapat dibetulkan secepat mungkin. Moga usaha kami ini diberkati Allah. Amin

Disediakan oleh,
Os

Labels: ,

posted by Kalghari Network™ @ 8:28 PM, ,