Admin CPanel: Log In | Contact Us | Photobuchet | Youtube | Kalghari Shop

 



Perkataan Minggu Ini

بسم الله الرحمن الرحيم

Perkataan Minggu Ini

الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين ، أما بعد ؛

Dalil :-

في جيدها حبل من مسد
المسد : 5

Maksudnya : Pada lehernya ada tali dari sabut.
· Perkataan yang dipilih adalah (جيد) iaitu bermaksud leher.
· Contoh ayat yang boleh dibuat menggunakan kalimah ini adalah :-
جيد عليّ طويل
Maksudnya : Leher Ali panjang.


والله أعلم
Wassalam.


Disediakan oleh,
Muhammad Hosnee b Zainal Abidin

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 7:18 PM, ,




Fe'el Mudhori'

بسم الله الرحمن الرحيم

الفعل المضارع

الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين ، أما بعد ؛

Pada tutorial yang lepas, telah diterangkan serba ringkas tentang fe'el madhi. Jadi saya teruskan dengan fe'el mudhori’ pula. Penerangannya seperti berikut :-
- Secara mudahnya, boleh kita katakana bahawa fe'el mudhori’ ini adalah perbuatan yang sedang dilakukan atau yang menunjukkan akan dilakukan. Di dalam grammar bahasa Inggeris boleh disimpulkan sebagai gabungan present tense dan future tense.

- Namun begitu, bukanlah maknanya itu terkumpul di antara keduanya di dalam satu keadaan, akan tetapi didatangkan maknanya (samada sedang@akan berlaku) mengikut situasi perbuatan tersebut. Jadi, untuk menterjemahkan makna fe'el mudhori’ ini bukan semudah fe'el madhi, ia perlu diteliti terlebih dahulu.

- Ada pendapat daripada sebahagian ahli Nahu mengatakan, jika fe'el mudhori’ itu kosong daripada tanda-tanda yang menunjukkan kepada “akan berlaku ” seperti (س @ سوف), maka makna yang layak baginya adalah “sedang berlaku”.

- Fe'el mudhori’ adalah mu’rob kecuali datang dua perkara yang akan menyebabkan ia bertukar menjadi mabni. Dua perkara tersebut ialah nun niswah (nun jama’ bagi muannas) dan nun taukid (nun yang bertujuan membawa makna taukid). Jika fe'el mudhori’ digabungkan dengan dua nun ini makanya secara terus ia akan bertukar taraf menjadi mabni. Contoh :-
يضربْنَ = fe'el mudhori’ yang digabungkan dengan nun niswah bagi wazan يفعلـْنَ .
Kita I’robkan ia dengan mabni :
فعل مضارع مبني على السكون لاتصاله بنون النسوة
يضربنْ = fe'el mudhori’ yang dgabungkan dengan nun taukid yang asalnya يضرب + ن .
Turut dii’robkan dengan mabni :
فعل مضارع مبني على الفتح لاتصاله بنون التوكيد


والله أعلم

Disediakan oleh,
Muhammad Hosnee B Zainal Abidin

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 12:07 AM, ,




Perkataan minggu ini

بسم الله الرحمن الرحيم

Perkataan minggu ini

الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على رسول الله (ص) و على آله وصحبه وسلم ، أما بعد ؛

Setinggi2 kesyukuran kita panjatkan kepada Allah SWT kerana masih memberi peluang untuk bersama lagi. Insya Allah kami bercadang untuk membukakan satu ruangan baru untuk blog kami ini, yang mana ruangan ini kita akan sama2 menambahkan mufrodat kita di dalam bahasa Arab. Ruangan baru ini, kami akan cuba untuk mendatangkan perkataan-perkataan yang kami keluarkan daripada nas-nas Al-Quran dan Al-Hadis agar sama2 kita boleh mengingatinya.

Antara faedah yang kami cuba bawakan di sini adalah dengan menghafaz nas untuk mengingati mufrodat. Moga2 Allah permudahkan kami dalam membantu rakan2 sekalian dalam memperkasakan lagi bahasa Arab di kalangan pencinta2nya.

Dalil :-

و إذ فرقنا بكم البحر فأنجيناكم وأغرقنا ءال فرعون وأنتم تنظرون
البقرة : 50

50. Dan (ingatlah), ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan (Fir'aun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan.

· Perkataan yang kami pilih daripada nas ini adalah ( أغرقنا ) yang mana maksudnya (kami telah memjadikan mereka tenggelam).
· Jadi perkataan (يغرق غرق) itu maknanya (tenggelam).
· Contoh ayat yang boleh dibuat ialah :
سقطت الساعة في البحر فاغترقت
Maksudnya : Jam itu telah jatuh ke dalam laut lalu tenggelam.


Setakat ini sahajalah yang termampu kami sediakan bagi rakan2 untuk waktu ini. Insya Allah, kami berazam untuk menyediakan lebih banyak lagi posting2 yang kami harapkan akan memberi faedah kepada rakan2. Moga Allah memudahkan kami.

Wassalam.

Disediakan oleh,
Muhammad Hosnee b Zainal Abidin

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 10:03 PM, ,




Nusus – Nabi Muhammad Pemberi Syafaat

بسم الله الرحمن الرحيم

Nusus – Nabi Muhammad Pemberi Syafaat

الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على رسول الله (ص) و آله وصحبه وسلم ، أما بعد ؛

Pada bahagian nusus kali seterusnya ini, kami telah memetik 2bait yang terdapat di dalam Burdah al-Imam al-Busoiri. Seperti mana kita semua tahu, Burdah al-Imam al-Busoiri adalah qasidah yang tinggi gaya bahasanya, amat menarik dan indah apabila didendangkan. Maksud yang tersirat di dalamnya amat mendalam namun mudah difahami. Pemilihan kalimah2 yang sesuai pada tempatnya dan bertepatan dengan setiap wazan ‘arudnya. Inilah kecantikan yang terdapat di dalam Burdah al-Imam al-Busoiri.
Diriwayatkan imam al-Busoiri mencipta qasidah Burdah ini ketika beliau ditimpa buta. Rasa cintanya yang mendalam terhadap Rasulullah SAW membuatkan beliau tidak jemu untuk berqasidah mendendangkan Burdah sehinggalah Allah mendatangkan kembali pandangan beliau. Dan ulama’-ulama’ menyatakan sesiapa yang ingin bermimpi berjumpa dengan Rasulullah, maka amalkan Burdah.

Antara bait yang kami pilih pada kali ini adalah :

(1)محمـد سيـد الكونيـن والثقـليــ # ــن والفريقين من عرب ومن عجم
(2)هو الحبيب الذي ترجي شفاعته # لكـل هـول من الأهـوال مقتحم

Maksudnya :-

1-Muhammad adalah sayyid dunia dan akhirat, manusia dan jin daripada bangsa arab mahupun ‘ajam (bukan arab).
2-Dan dialah kekasih yang diminta syafaatnya, bagi setiap kesusahan yang datang dengan tiba2.


Disediakan oleh :
Muhammad Hosnee b Zainal Abidin

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 12:49 PM, ,




النحت

بسم الله الرحمن الرحيم

النحت

الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على رسول الله (ص) وعلى آله وصحبه وسلم ، أما بعد ؛


Bab النحت adalah salah satu bab kecil yang terdapat di dalam فقه اللغة . dan penggunaan النحت ini sangat meluas di dalam mana-mana bahasa. Cuma ramai orang tidak mengetahui akan istilahnya sahaja. Penerangan yang dapat saya simpulkan di sini adalah hasil pembelajaran ketika berada di Kuliyyah Lughah di Zaqaziq. Berikut adalah maklumat serba ringkas mengenai النحت :-

-Asal النحت ini daripada perkataan نحت ينحت yakni bermaksud memotong atau mengerat.
Namun ahli-ahli bahasa telah memberikan definisi yang khas melalui satu gambaran : -Diambil beberapa huruf daripada huruf-huruf yang asalnya daripada dua perkataan atau lebih dan dijadikan satu perkataan baru untuk menunjukkan kepada makna perkataan yang panjang tadi dengan tujuan meringkaskan.

Contoh : بسمل yang asalnya berasal daripada بسم الله الرحمن الرحيم .
( Kalau contoh yang terdapat di dalam bahasa Melayu : UDM yang diambil daripada Universiti Darul Iman ).

-Penggunaan النحت di dalam bahasa Arab telah bermula sejak beratus-ratus tahun yang dulu dan ulama’-ulama’ bahasa Arab sepakat mengatakan النحت ini salah satu faktor yang menyumbang kepada percambahan perkataan-perkataan baru.

-Antara perkataan-perkataan yang telah dinahatkan di dalam bahasa Arab :-

· الحمد لله = حمدل
· السلام عليكم = سمعل
· حي على الفلاح = حيعل
· لا حول ولا قوة إلا بالله = حوقل
· سبحان الله = سبحل
· عبد سمش = عبشمي
· بني الحارث = بلحارث
· دار العلوم = درعمي
· كلية اللغة العربية = كلغري


-Akan tetapi pada hari ini penggunaan النحت tidak digunakan sewenang-wenangnya. Satu qoror telah dikeluarkan مجمع اللغة العربية dengan menyatakan النحت hanya digunakan ketika ada keperluan sahaja dan perlu memenuhi syarat-syarat tertentu demi menjaga keharmonian bahasa Arab.



Disediakan oleh;
Muhammad Hosnee b Zainal Abidin.

Labels:

posted by Kalghari Network™ @ 12:49 PM, ,