Kalimah Hari Ini "العقوبة"
Wednesday, May 11, 2011
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamua'laikum
Ape kabo semua. Dah lame beno tak mengapdet. Baik, kali ni kita dalam episod "kalimah hari ini". Rujukan adalah Kalam Imam Hasan al-Basri RH dalam kitab karangan Imam al-Ghazali, tajuknya "Bidayatul Hidayah" yang diterjemahkan dalam BM oleh Syeikh Ahmah Fahmi Zam Zam m/s 100. ((Kenapa rujuk terjemahan? Sebab episod ni dibuat untuk memudahkan pembaca memahami makna kalimah BA melalui makna BM. Adapun terjemahan ini dipilih kerana ianya diterjemahkan oleh ulama Melayu yang ahli tentang agama dan yang tahu BA. Jadi ianya memang tepat sekali dijadikan rujukan orang awam macam saya.. Sapa2 tak kenal Syeikh Fahmi ZamZam rugi.. jom2 kita gi talaqi ))
Ok, Insya Allah perkataan yang ingin diambil ialah "العقوبة" maknanya seksaan.
Kalam beliau berbunyi :
كل صلاة لا يحضر فيها القلب فهي إلى العقوبة أسرع
Maknanya : Setiap sembahyang yang tidak hadir hati padanya maka sembahyang itu lebih dekat kepada seksaan {daripada rahmat}.
Maksud

- Maksud "Sembahyang yang tidak hadir hati" ialah tidak khusyuk. Imam al-Ghazali berkata " Dan yang paling penting diberi perhatian di dalam sembahyang ini ialah khusyuk atau hadir hati bersama dengan bacaan dan zikir" (m/s 100 terjemahan Syeikh Fahmi ZamZam).
- Manakala maksud "Lebih dekat kepada seksaan" ialah solat yang dilakukan dalam keadaan tiada khusyuk itu berkemungkinan menimbulkan banyak kesilapan dan cacat. Perkara ini akan menjadikan orang yang bersolat itu lebih dekat kepada seksaan Allah kerana bersikap cuai dalam solatnya. Contohnya solat tergesa-gesa sehingga meninggalkan tomakninah. Perkara ini berlaku kesan daripada tiada khusyuk.
- hakikat Solat ialah mendatangkan rahmat kepada pelakunya tapi ia mesti dibuat dengan sempurna. Sempurna syaratnya, rukunnya, dan paling penting adalah menghadirkan di dalam hati bahwa solat itu dibuat kerana Allah, buat di hadapan Allah dan Allah sentiasa memerhatikan gerak geri perilaku si pelaku. Jika setiap perkara solat itu mesti dilakukan dengan sesempurna mungkin, insya Allah Allah akan menurunkan rahmat-Nya kepada si pelaku.
Kalimah
Perkataan yang kita ingin ambil daripada kalam Imam Hasan al-Basri RH ialah al-'uqubah iaitu seksaan. Al-'Uqubah ni masdar, feelnya "عقب" bermakna seksa.
- Contoh ayat yang boleh dibuat ialah :
ليس الناس يحب العقوبة لأنها تلمّ
Maknanya : Tiada manusia yang suka kepada seksaan kerana ianya menyakitkan.
Sekian daripada kami, jika ada sebarang kesilapan harapnya segera ditegur kerana kami masih bergelar penuntut ilmu.. Semoga kita semua diberi kekuatan dalam memahami dan menguasai bahasa Arab. Amin..
* Pesanan ringkas Kempen menuntut ilmu :)
" Nak fahami bahasa Arab paling penting kena banyak menghafaz kalimah dan tahu makna-maknanya. Tapi nak kuasai bahasa arab banyak lagi perkara lain yang perlu dikuasai terlebih dahulu seperti nahu, sorf, fiqh lughah, balaghah dan lain2. Ini kena menuntut dengan orang yang pakar2, ulama2... Tapi tu baru nak kuasai bahasa Arab, belum nak kuasai ilmu agama lagi. Lagi la banyak perkara nak kena tahu.. Lagi la banyak2 nak kena menuntut ilmu.. Oleh itu, jangan la kita berasa hebat sampai nak keluarkan macam-macam fatwa padahal dalam kepala tu baru hapal 1-2 perkataan bahasa Arab.. Sekian, wassalam :) "
Disediakan oleh,
Hosnee

posted by Kalghari Network™ @ 12:21 PM,
No comment,