Alamat Mansub untuk Musanna dan Jam'a Muzakkar
Wednesday, August 25, 2010
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على سيدنا رسول الله و آله وصحبه أجمعين ؛ أما بعد ؛
Saudara Kholidi tanya : saya ingin bertanya tentang bagaimana ingin menukar isim muzzakkar mansub(mufrad) ke musanna atau jamak?
Mekasih sebab tanya. Bagus kholidi ni, bile tak tau, bertanye. Bagus3 :)
Ok, camni.
Fokus pada : Isim Muzakkar.
Masalah : Nak tukar dari mufrad jadi musanna @ jam’a ketika Mansub.
Cara penyelesaian : Tengok balik alamat I’irob untuk mansub.
- Isim muzakkar mufrad kalau mansub – alamatnya fathah
Contoh : قتل وليد كافراً
- Isim Muzakkar Musanna kalau mansub – alamat nasabnya ya (alamat tasniyah apabila mansub = ya dan nun, sebelum ya baris atas)
Contoh : قتل وليد كافرَين
- Isim Muzakkar Jam'a (Jam'a Muzakkar Salim) kalau mansub – alamat nasabnya ya (alamat jam’a apabila mansub = ya dan nun, sebelum ya baris bawah)
Contoh :قتل وليد كافرِين
Harap jawapan di atas dapat menjawab soalan kholidi. Selamat bepose dan semoga kita menjadi penuntut ilmu yang betul2 menuntut ilmu Allah. Amin.
Disediakan oleh,
Os
Labels: Nahu
posted by Kalghari Network™ @ 6:37 AM,
No comment,
Alamat Nasab@Mansub
Friday, August 20, 2010
الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على سيدنا رسول الله و آله ، وبعد ؛
Saya memohon maaf beribu2 kali kerana terlambat untuk berkongsi maklumat. Saya ada sedikit masalah dalam menyiapkan artikel. Walau bagaimana pun, saya cube untuk penuhi pemintaan sahabat kita Iman, harap2nya terlambat itu lebih baik daripada tiada langsung. hehe.
Baik, bercerita tentang alamat Nasab. Nasab ni bahagian kedua dalam ‘irob selepas Rof’a.
- Perkara2 yang dihukumkan Mansub adalah seperti berikut :
- Maf’uul Bih
- Maf’uul Ma’ah
- Maf’uul Li Ajlih
- Maf’uul Fiih
- Maf’uul Mutlak
- Hal
- Tamyiiz
- Munada
- Isitisna’
- Dan Tawab’I yang 4 iaitu Na’at, Taukid, Badal, dan ‘Atof
Terus kepada focus soalan iaitu Alamat2 Nasab,
- Alamat Nasab ni ada 5 je :
- Fathah (baris atas)
- Ya (ي)
- Kasroh (baris bawah)
- Alif (ا)
- Hazaf Nun (buang huruf ن)
Secara terperinci seperti berikut :
- Fathah untuk
- Isim Mufrad
- Jam’a Taksir
- Ya untuk
- Isim Musanna
- Jam’a Muzakkar Salim
- Kasroh untuk
- Jam’a Muannas Salim
- Alif untuk
- Asmaul Khomsah
- Hazaf Nun untuk
- Af’al Khomsah
Ok, sekarang kita main teka2 , jangan tengok ‘irob tullab tu dulu.
Dalam contoh ayat di atas, cuba bariskan kesemua kalimah yang ada.
• Mula dengan علّم:
kita tau kalimah ni feel, tapi feel apa? Jawapannya feel madhi untuk هو.
Kalau feel madhi untuk هو, baris akhirnya mesti fathah, jadi kita dah dapat satu markah di situ. Haha. Jadi bacanya عَلَّمَ
• Kedua زيد :
Zaid ni kita tahu yang kalimah ni Isim ‘Alam (kata nama khas), dan kedudukannya lepas fe’el.
Kalau isim, duduk lepas feel (perbuatan), dan menunjukkan kepada pembuat feel tadi, maknanya kalimah isim tu pada kedudukan Fa’il.
Zaid terletak selepas علّم, dan menunjukkan makna bahawa Zaid yang mengajar, maknanya Zaid adalah pengajar @ pembuat fe’el tadi, jadi Zaid berada pada kedudukan Fa’il.
Fa’il mesti marf’u, jadi ‘irob Zaid = Zaidun. Sebabnya kalimah Zaid = Isim Mufrad, Isim Mufrad marf’u dengan dommah.
• Ketiga الطلاب :
At-Tullab kalimah isim, jam’a taksir, berada selepas feel wa fail, menunjuk makna menerima kesan daripada perbuatan tadi*, jadi ia pada kedudukan Maf’ul bih.
Kalau Maf’ul bih, mesti mansub. Alamat mansub untuk jam’a taksir = fathah, jadi At-tullab di baca at-tullaba.
Akhirnya kita dapat : علّمَ زيدٌ الطلابَ
*(maksudnya : tullab menerima kesan daripada perbuatan mengajar iaitu diajar boleh paham ke ayat ni??)
Panjang lebar le plak ye. Huhu.. Harap2nya dapat difahami. Jika ada kesalahan harap dapat diberitahu dengan segera supaya dapat dibetulkan. Saya masih lagi bergelar pelajar, jika ada sebarang ilmu untuk diajar, harap boleh dikongsi bersama. Sekian saja, wassalam.
Disediakan oleh,
Os
Labels: Nahu
posted by Kalghari Network™ @ 4:52 PM,
3 comments,