Download : Wallpaper Tasrif Fael Madiy
Friday, August 22, 2008

http://www.zshare.net/download/17414447cd4e4468/
Salam sume, insya'allah bermula hari ini kitoraang akan menyediakan wallpaper berkonsepkan NAHU untuk korang download. Semoga wallpaper ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada korang, klik link di atas untuk mendownload, untuk kali pertama ini kami menyediakan Tasrif Fael Madiy,dalam zip file itu mengandungi 4 size wallpaper yang berbeza:
- 800 x 600
- 1028 x 768
- 1280 x 800 (widescreen)
- 1600 x 1200
Disediakan oleh:
Nik
Labels: Download
posted by Kalghari Network™ @ 12:42 AM,
2 comments,
Analisa


Skala ini dibuat berdasarkan gred purata peperiksaan daripada 7 Kalghariyun sahaja, yang berlatar belakangkan pembelajaran di Universiti Al Azhar, cawangan Zagazig , bidang Bahasa Arab (Am) tahun akhir (4), pada tahun 2008.
Rumusan:
- Subjek yang agak mudah untuk lulus adalah English dan Fiqh Lughah
- Subjek yang paling susah untuk lulus adalah Nahu, Balaghah dan Saraf
- Subjek natural adalah Al Quran , siapa hafaz insya'allah dapat jawab.
- Banyak soalan yang keluar adalah daripada soalan yang doktor bagi ketika dalam kuliyah.
- Peperiksaan syafawi (lisan) banyak membantu untuk mendapat markah extra.
- Huraian jawapan yang panjang lebar pada kertas jawapan belum tentu dapat menambat hati doktor utk Lulus.
- Bagi pelajar bidang Bahasa Arab, Nahu dititik beratkan pada kertas jawapan untuk semua subjek.
- Tidak tengok result Kontrol adalah suatu kerugian. Waktu result kontrol keluar adalah masa yang paling sesuai untuk membaiki result / mendapat ihsan doktor.
- Siapa yang Usaha + Doa + Tawakal = Lulus (Insya'allah)
- Siapa yang terlalu berpegang pada "Special Case" yang pernah berlaku pada orang lain, akan kecundang, contoh:
- "Ala hafaz Al Quran satu juzuk cukup la kot, sebab ada orang tu tulis surah pendek je semua jawapan, lulus gak.."
- "Ala hafaz syair 1 atau 2 tajuk pun jadi la, ada orang tu bila jawap peperiksan dia tulis syair yang tak menepati soalan, lulus gak"
- "Ala kite ni study kuat-kuat, belum tentu lulus, ada orang tu masa peperiksaan tak datang pun, lulus gak yang datang tu pulak tak lulus"
Labels: Umum
posted by Kalghari Network™ @ 12:01 AM,
No comment,
Result Dah Keluar!
Sunday, August 17, 2008

Sepatutnye takyah pergi hari - hari, buleh je selang sehari atau dua hari tapi kitorang yang over excited ni nak gak gi ari2.. sonok tengok muke bawab..haha.. Jadi tiap kali nak gi tengok result, pakai mesti macam nak pergi kenduri dan wajib disaluti dengan perasaan yang bedebo2.. Teng..teng..teng. Antara situasi kitorang sebelum result keluar
( tapi soknye kitorang telewat bangun, tapi papepun g gak.. )
Begitulah keadaan kitorang sebelum result keluar, ulang2 alik sampai kitorang sendiri pun dah hilang debor hahaha.. Tibe-tiba.. di suatu ari yang hening.. sume ahli bait tanjung harapan duk tengah tido lagi.. Tok3..Ting Tong..Ting Tong.. bunyi orang ketuk pintu dan loceng betalu2.. rupe2nye pami datang.. nak jumpe nik..
Tengah sembang2 ngan nik, ade orang tepon bagitau result tahun4 dah kluo.. bile dengo keputusan dah kluo, apelagi.. nik pun melompat dari katil, berlari2 di dalam umah..(agaknyela kot, penulis repot tak dapat kenal pasti situasi sebenar sebab mase ni penulis repot tengah tido.. jadi dengan sukatinye die mengandaikan saja, bagi memeriahkan cerita..haha..)
Jadi lime orang kalghariyun, pet, pami, os, nik, dan sham bergerakla pergi gamiah.. lagi 2 orang takde, wan kat kehrah, paek kat mesia.. Dalam keadaan panas terik, kitorang pun berjalan menuju ke pintu gerbang.. nak kate debo sangat, idakle tapi debo la jugak.. masuk je pintu kuliah, nampakle budak2 arab yang duk kelam kabut cari name masing2 .
Disebabkan telampo banyak papan result tu, kitorang pun intai2 tahun4 punye result, pastu dari jauh, tenampak sorang budak kelas, jadi secare otometik kitorang terus tuju ke situ. Bile dah duk depan papan result tu, tetibe deras jantung berdegup.. sambil mencari2 name.. lebih kurang 5minit, masing2 jumpe result masing2..
Ade yang suke, ade yang terkejut, ade yang muke selenge tapi tak selenge sangat, ade yang sedih, ade yang kecewa dan macam2 perasaan ade, susahla nak describe.. tapi begitulah situasinye..

- Tarikh Adabi
- Ilmu Dilalah
- Usul Fiqh
- Naqdu Adabi
- Qaah Bahas
- Hadith
- Al Quran
- Fiqh Lughah
- Nusus
- Nahu
- Adab Sufi Islam
- English
- Balaghah
- Saraf
- 4 orang daripada kami : Tasfiyah. Iaitu Madah Al Quran dan Naqdu Adabi. (Macam berpakat je kan? Hahaha ) Tarikh peperiksaan untuk Tasfiyah adalah 6/9/08.. jangan maleh2 stadi, tak abeh lagi ni.. papepun moga Allah najahkan..amin
- Salah seorang daripada 4 itu adalah Faiz, dan dia tak nak amik peperiksaan Tasfiah sebab dia sekarang kat Malaysia. Jadi, dia terpaksa mengulang tahun. Tentu keputusan yang Faiz buat adalah hasil sepakat dengan keluarga dia di Malaysia, mungkin itu yang terbaik untuk dia, kita doakan je.
- 3 orang daripada kami kurang bernasib baik : Mengulang Tahun. InsyaAllah..cube lagi taun depan, ade hikmahnya tu, moga najah sofi taun depan.. amin
Penulis repot
Labels: Aktiviti
posted by Kalghari Network™ @ 11:07 PM,
No comment,
Cara Mudah Ingat Kalimah Bahasa Arab
Tuesday, August 12, 2008
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, maka saya mulakan penulisan ini. Pada penulisan kali ini saya ingin berkongsi bersama rakan2, cara untuk menambah dan mengingati mufrodat@kalimah bahasa arab. Cara ini adalah cara yang saya amalkan sejak dulu lagi, bagi saya ia memang berkesan.
1 - Al-Quran dan terjemahan
Al-Quran adalah sumber terbesar untuk mendapatkan kalimah BA selain daripada kamus. Cara saya adalah dengan meneliti kembali ayat2 Quran yang telah saya hafaz. Jikalau menghafaz sahaja tanpa memahami bagi saya amat rugi, jadi setelah di hafaz saya akan rujuk terjemahan dan mengambil 5 perkataan yang saya rasakan mudah untuk dihafaz. Jikalau saya terlupa makna perkataan itu maka saya akan membaca kembali ayat tersebut. Saya mulakan dengan menghafaz surah2 pendek kerana surah2 pendek amat mudah dihafaz dan ringkas2.
2 - Doa2
Doa juga merupakan salah satu sumber kalimah. Cara yang sama saya gunakan sebagaimana dalam hafazan melalui al-Quran. ini kerana doa kita telah menghafaz sejak kecil lagi jadi amat mustahil bagi kita lupa akannya. Hasil daripada hafazan doa itu saya ambil 2-3 perkataan yang mudah dihafaz. Contoh doa masuk tandas
اللهم اني أعوذ بك من الخبث والخبائث
Sebelum ini saya tidak mengetahui makna الخبث , jadi saya jadikan doa ini sebagai rujukan saya bagi kalimah al-khubsu. Setiap kali saya terlupa makna kalimah ini, maka saya akan membaca doa ini. Alhamdulillah saya ingat hingga kehari ini.
3 - Komik @ Cerita kanak dalam bahasa arab
Dua sumber ini amat berkesan sekali dan saya mencadangkan kepada rakan2 untuk membeli dan membaca buku2 ini. Kedua2 jenis buku ini tidak menggunakan kalimah yang susah, bahkan amat mudah. Ini kerana buku ini dikarang untuk kanak2 jadi kalimah yang digunakan tidak susah. Saya sehingga hari ini masih lagi mengamalkan cara ini kerana ianya menyeronokkan. Isi kandungan buku ini tidak berat, ayatnya direct dan tiada unsur2 balaghah yang tinggi dan santai sahaja membacanya. Cuma yang berat di sini adalah merujuk kamus...
4 - Gambar
Penggunaan gambar saya rasakan amat baik sekali dalam mendapatkan kalimah2 BA. Cara yang saya gunakan adalah saya pilih gambar yang menarik, kemudian perhatikan gambar tersebut dan senaraikan 5-10 objek yang terdapat di dalamnya dalam BM. Kemudian saya rujuk kamus dan terjemahkan kedalam bahasa Arab. Selesai terjemah saya gamkan kalimah2 tersebut pada objek saya pilih dan saya tampalkan gambar tersebut pada dinding@meja study.
Inilah 4 cara saya gunakan setakat ini yang saya rasakan berkesan bagi saya. Kalau rakan2 merasakan sesuai, maka cubalah. Tapi terus-terang saya katakan satu masalah yang selalu dihadapi oleh pelajar yang mempelajari bahasa arab adalah adalah malas merujuk kamus. Jadi nasihat saya (pada diri saya juga) hanya 1, JANGAN MALAS!!! Selalulah kita berdoa moga ALLAH permudahkan kita dalam menuntut ilmu. Amin.
Disediakan oleh,
Muhammad Hosnee b Zainal Abidin
Labels: Umum
posted by Kalghari Network™ @ 6:04 PM,
1 comment,
Hiwar 3
Friday, August 8, 2008
احمد : يا علي ، هل عرفت ما معنى شعراء المخضرمين؟
علي : قد سمعت قبل هذا ولكن نسيت. ما رأيك عن معناه؟
احمد : سألتك عن هذا فلماذا تسألني مرة أخرى؟
...نفس الوقت ، رجع سعد من الجامعة
أحمد : معنى شعراء المخضرمين
سعد : سهلا جدا!! وهو شعراء الذين يحيون في زمن الجاهلية و صدر الاسلام
أحمد : شكرا يا سعد... الآن قد عرفت
علي : ها هو اجابتي أيضا ... ها ها ها
ahmad : ali, ko tau tak pe maksud penyair muhdorimun?
ali : macam penah dengo, tapi lupe la plak. ko agak2 pe ek?
ahmad : aku tanye ko, kenape ko tanye aku balik?
pada waktu yang sama, saad baru pulang dari kuliah...
saad : ape kes ni bising2?
ahmad : aku ade problem dan tanye pada ali tapi die taktau
saad : ape soklannye (sambil duduk...)
ahmad : maksud penyair muhdorimun
saad : senang je tu... maksudnye penyair yang hidup zaman jahiliah ngn islam
ahmad : o... mekasih banyak2.. baru aku tahu..
ali : ha, tula yang aku nak jawab tadi...hahaha
Labels: Hiwar
posted by Kalghari Network™ @ 3:29 AM,
No comment,
Feel Madhi
Tuesday, August 5, 2008
بسم الله الرحمن الرحيم
الفعل الماضي
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, maka saya mulakan penulisan ini. Minggu ini saya akan menceritakan serba sedikit tentang feel. Seperti mana yang kita tahu, feel adalah kata perbuatan@verb. Di dalam nahu bahasa arab, jika dinisbahkan kepada zaman@waktu, maka feel akan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu feel madhi (الفعل الماضي) ,feel mudhori' (الفعل المضارع) ,feel amar (الفعل الأمر). Secara mudahnya, saya ringkaskan yang madhi = masa lepas, mudhori' = sekarang@akan datang, amar = arahan (menunjukkan masa akan datang). InsyaAllah saya akan menceritakan mengenai feel-feel ini satu persatu. Pada perbahasan minggu ini, saya akan memberi pengenalan mengenai feel madhi terlebih dahulu. Penerangannya seperti berikut :-
- Feel madhi secara mudahnya boleh kita katakan sebagai perbuatan yang telah berlaku. Dalam grammar bahasa Inggeris samalah ia dengan past tense.
- Namun begitu, ada sedikit penambahan yang telah diletakkan di dalam kitab Al-Wafi syarah matan Al-Ajurumiyah mengenai feel madhi. Ulama' yang mensyarahkan matan tersebut menyatakan bahawa feel madhi kadang-kadang digunakan untuk menunjukkan masa akan datang. ِ
Akan tetapi tetap makna yang utama bagi feel madhi adalah perbuatan yang telah berlaku.
- Dari sudut i'rob, feel madhi adalah mabni(مبني).
Disediakan oleh,
Labels: Nahu
posted by Kalghari Network™ @ 5:36 PM,
No comment,
Photoshop Tutorial 02 : Tukar Warna Mata
Salam semua, insya'allah hari ini kite akan belajo cara nak ubah warna mata, seolah-olah anda ni berdarah kacukan (kacukan ibu dari Malaysia, dan bapa Africa, kan? :P ). Bahan yang diperlukan adalah 2 keping gambar
- 1 gambar anda
- 1 lagi gambar sesiapa saja yang memiliki mata berwarna. (Dalam contoh kali ini, ambe guna gambar Aishwarya).
LANGKAH 1:
- Open 2 gambar tadi pada Photoshop.
- Ok, sekarang ni kita nak bermain dengan gambar kedua dahulu.
- Jadi, pilih Elliptical Marquee Tool

Gambar : Pamiez (sebelum)

Susah gile nak eja nama tool ni...
LANGKAH 2:
- Kemudian select mata Artis tadi. (hanya perlu copy sebelah mata sahaja).
- Pastikan anda memilih mata ,dikawasan dalam sedikit, jangan terlalu besar sehingga terlebih.
- Biarkan lengkungan bulatan itu berkelip

Zoom 3x ganda ketika meng'edit untuk lebih jelas
LANGKAH 3:
Pilih Move Tool (v)

Move Tool
LANGKAH 4:
- Selepas klik Move Tool, klik pula bahagian mata tadi satu kali( jangan lepas, tekan lama-lama)
- Kemudian tariiikkk dna pindah gambar mata tadi ke gambar sebelah(baru boleh lepas)

Klik gambar mata (jangan lepas)kemudian tarik ke sebelah
LANGKAH 5:
- Tutup mata hitam dengan gambar mata yang telah di tarik tadi
- Kalau mata biru terlebih besar, atau terlalu kecil, pilih ( Edit > Free Transform)
- Kemudian samakan size mata biru dengan mata hitam.

Mula-mula nampak "Fake"...
LANGKAH 6:
- Sekarang mata nampak cacat dan tak sempurnaPilih Erase Tool (cari yang soft/lenkungan lembut)
- Rendahkan opacity Brush Erase kepada 70%Kemudian padamkan mata biru dikawasan paling luar.
- Tujuan dia untuk menampakan lengkungan hitam, supaya kelihatan natural.Untuk orang yang berkulit putih macam mat saleh, tak nak erase bahagian luar pun takpe.

Untuk nampak Natural
LANGKAH 7:
- Selepas padamkan bahagian luar mata biru, Copy gambar mata biru tadi sebanyak 2 kali
- Kemudian tukar setting layer mata biru tadi seperti penerangan dibawah:

Copy (CTRL + C) layer mata biru dua kali

Ikut Setting ni....

Hasil keseluruhan
EXTRA:
- Kalao nak ubah warna, seperti yang ambe lakukan gambar diatas(asal warna biru, tukar kepada hazel).
- Pilih (Image > Adjustment > Hue/Saturation)
- Main-main la kat situ, sehingga dapat warna yang berkenan dihati.
- Tapi ingat jangan la main lebih-lebih sampai terlajak pilih warna hitam. Penat je duk edit gambar berjam-jam, last-last warna hitam jugak yang hang pilih, loklaq betui hang no, tampo laju-laju kang.
Disediakan oleh:
Nik
Labels: Photoshop
posted by Kalghari Network™ @ 8:19 AM,
No comment,
Bulan Sya'ban

- Bulan Sya'ban merupakan bulan kelapan dalam tahun Qamariah yang mempunyai 28 hari
- Sya'ban ertinya bercerai-cerai ekoran daripada peristiwa masyarakat Arab bertempiaran ke merata-rata tempat mencari air kesan daripada kemarau
- Barangsiapa yang mengagungkan bulan Sya'ban, maka Allah SWT akan mengampun semua dosanya dan menyelamatkannya dalam satu tahun dari segala jenis penyakit
- Rasulullah SAW banyak berpuasa sunat pada bulan Sya'ban berbading bulan lain.
- Malam Nisfu Sya'ban (14 Sya'ban) – Malam dimana pintu-pintu langit dan rahmat dibuka. Oleh itu perbanyakkan solat dan amalan sunat dan puasa.
- Berlakunya penukaran kiblat dari Masjid Al Aqsa di baitul Maqdis ke Kaabah di Masjidil Haram, Mekah satu ketika dahulu.
- Kemenangan Islam dalam peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah.
Sumber:
Buku Panduan Lengkap Kehidupan Muslim
Labels: Tazkirah
posted by Kalghari Network™ @ 8:14 AM,
No comment,