Kelengkapan Photoshop
Thursday, July 31, 2008
Ada beberapa perkara penting yang harus korang tahu untuk memaximumkan fungsi Photoshop yang sebenar. Dengan adanya pengetahuan serba sedikit tentang perisian kelengkapan photoshop, dapat membantu korang menghasilkan Art yang lebih menarik. Antaranya:
1.Plug-in
Photoshop mengandungi beberapa slot yang dinamakan "FILTER" yang membenarkan kita menambah software extra atau digelar "Third Party". Sesetengah Photographer atau Designer beranggapan bahawa Photoshop saje sudah mencukupi. Tapi ada gak yang cakap Photoshop saje tak mencukupi.Jadi korang search la melalui google "Photoshop Plug-in" dan download la mana mana software tambahan yang berkenan dihati.
Banyak website yang menyediakan Plug in yang best! Search dan download. Kebanyakkan Plug In yang mantap-mantap, semua berbayar, jadi search la melalui Rapidshare :P

Plug in yang di install terdapat kat situ
Action ni antara Tools yang popular dalam perisian Photoshop. Kita record steps kita ketika melakukan editing, kemudian save. Kemudian namakan Effect tu mengikut ikut suka hati. Kemudian ketika nak edit gambar seterusnye, kita hanya tekan "Play" dan dalam sekelip mata, effect yang terhasil adalah seperti apa yang kita hasilkan gambar pertama tadi tu.Jadi jimat masa
Ada juga Photographer yang mantap-mantap, dorang record Work Flow dorang, kemudian jual Action tersebut melalui online.
Untuk tutorial yang akan datang, insya'allah kami akan sediakan beberapa action yang kami hasilkan untuk effect gambar bagi korang download.
Website untuk download Action: (Free):
http://www.atncentral.com/download.htm

Selepas klik, akan keluar satu kotak Action
3.Font
Fungsi font dalam photoshop sangat penting untuk Designer,kalo tiada font ibarat "pergi pejabat pakai kot smart-smart, pakai minyak wangi sume, tapi berselipar jepung" (looh panjang la pulok perumpamaan aku hehe)
Maksudnye, kalo korang design Art cun melecun, pahtu letak teks font yang ala ala baby style, berbunga-bunga ada rompol –rompol. Perghh tak leh blah. Rosak la Art korang, ye dok? Jadi download la font yang sesuai dan trendy. Font yang korang install dalam windows korang, itulah yang akan keluar kat Photoshop.
Website untuk download Font : (Free)
http://dafont.com
Type Arabic
Yang ni ramai yang Tanya, macam mana nak taip guna Arabic font, macam Microsoft word? Hmmm, yang pertama korang kene ada font Arabic, dan yang kedua korang kena install Photoshop versi yang berbeza, iaitu Photoshop CS3 Middle East Version.

Font Arabic hanya berfungsi pada "Adobe Photoshop Middle East Version"
4.Workspace
Workspace ni adalah sebagai guide line kita untuk mengedit gambo. Andai kata kita nak edit gambar Portrait, kita select workspace retouching, dia akan highlight kan filter filter yang sesuai untuk retouching.Contoh sepeti gambar dibawah:

Sebelum klik

Selepas klik : Painting & Retouching
Nik
Labels: Photoshop
posted by Kalghari Network™ @ 1:04 AM,
No comment,
Adab memberi nasihat
Wednesday, July 30, 2008
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih, maka saya mulakan penulisan ini. Minggu ini pada bahagian nusus saya bawakan sekali lagi daripada kitab yang sama iaitu Dewan Imam As-Syafie. Dua bait saya perkenalkan kepada para pembaca ini bolehlah dirujuk di dalam kitab asalnya di bawah tajuk adab memberi nasihat. Dua bait ini amat ringkas sekali, namun amat berguna kepada kita yang ingin menjadi pendakwah. Imam As-Syafie mengajar kepada kita tentang adab memberi nasihat kepada seseorang inidividu. Jika ingin menasihatkan kepada seseorang, maka ingatlah nasihat Imam kita ini. Syairnya berbunyi :-
(1)تعمدني بنصحك في انفرادي # وجنبني النصيحة في الجماعة
(2)فإن النصح بين الناس نوع # من التوبيخ لا أرضى استماعه
Maksudnya :-
1 - Nasihatkanlah aku ketika aku berseorangan, dan jauhkanlah dari memberi nasihat kepadaku ketika aku berada bersama orang ramai
2 - Maka sesungguhnya nasihat yang diberikan ketika orang ramai itu adalah satu cacian dan aku tidak mahu untuk mendengarnya/mengambilnya.
Disediakan oleh,
Muhammad Hosnee B Zainal Abidin
Labels: Nusus
posted by Kalghari Network™ @ 10:20 PM,
No comment,
Hiwar 2
Monday, July 28, 2008
...ذات المساء
أحمد : إلى أين نذهب يا عمر ؟
عمر : بيت أخي كريم
أحمد : ماذا نفعل هناك ؟
عمر : أريد أن أسأل عن درسنا الذي لا أفهم
أحمد : جميل ! عندي السؤال أيضا
...عندما أحمد و عمر نتحدث عن درسهما
أحمد : يا عمر ، لماذا تقول كذلك؟ فِعلُك هذا ليس من أمر طيب
أحمد : لا بد أنت صابرا يا عمر، لو لا ما فرق بين أنت و هو... أهذا غالبا لنا فلماذا تشعرغاضبا. أليس تنصحه هو أحسن وأفضل من ذمه؟
عمر : طبعا ، أنا متأسف جدا يا أحمد.أغضب شديدا حتى نسيت هذا الأمر. شكرا لك يا أحمد لأذكرت عن هذا
أحمد : أليس نحن الصحابة يا عمر..
Disediakan oleh,
Labels: Hiwar
posted by Kalghari Network™ @ 11:52 PM,
2 comments,
Seloka Minggu Ini : "Barrah"
Setibanya Pamie Disana...
Moral of the story :
Tak de moral....
Disediakan oleh:
Nik
posted by Kalghari Network™ @ 11:32 PM,
2 comments,
10 Website Terbaik - Belajar Photoshop
Sunday, July 27, 2008
1) http://psdtuts.com
Ni website yang paling best untuk belajar Photoshop, tutorial yang disediakan banyak menghasilkan art-art yang berkualiti tinggi. Asas photoshop diperlukan untuk memahami tutorial yang disediakan.Jika anda ingin memantapkan skills photoshop yang ada, selalu la kunjungi website ni dan khatamkan semua tutorial yang ada.Bagi mereka yang berkemampuan, jangan segan silu untuk register sebagai Premium User, dan korang akan dapat freebies yang sangat berguna, antaranya PSD file yang asal dari tutorial yang disediakan.

2) http://deviantart.com
Website ni sangat sesuai bagi mereka yang sangat meminati Photography dan Designing, kerana ini adalah tempat yang paling sesuai untuk publishkan art korang. Art korang akan dinilai dan dikritik oleh photographer dan designer diserata dunia. Kalo korang sekadar nak belajar photoshop, korang tak perlu register. Pergi halaman utama DeviantArt, kemudian Browse > Resource > Tutorial. Korang boleh download file photoshop dan view tutorial secara percuma tanpa perlu register.

3) http://smashingmagazine.com
Website ini tidak hanya tertumpu kepada Photoshop sahaja, namum tutorial photoshop yang disediakan sangat menarik dan agak mudah difahami. Secara ringkas, website ini boleh dikatakan tempat himpunan koleksi tutorial terbaik yang diambil dari website yang lain.

4) http://dpreview.com
Ini website yang menyediakan review tentang Camera dan peralatan2 kamera. Tapi didalam forum website ini, ada menyediakan satu ruangan khusus untuk permasalahan dan perkongsian "work flow" untuk photoshop. Banyak effect-effect yang menarik di sediakan diruangan forum ini.

Ni merupakan personal website Graphic Designer dari Brazil. Effect yang dihasilkan mendapat tempat di website PSDtuts. Kunjungi la website ini untuk mendapatkan effect photomanipulate yang menarik lagi mantap! Asas photoshop diperlukan untuk memahami tutorial yang disediakan.

Website ini juga merupakan tempat yang terbaik untuk mendapatkan tutorial photoshop yang terkini lagi trendy. Walaupun tutorial yang disediakan agak terhad, namun effect yang dihasilkan sudah cukup menarik minat korang untuk bermain-main dengan photoshop

7)http://good-tutorials.com
Bagi korang yang baru mula nak berjinak-jinak dengan photoshop, ini lah tempat yang paling sesuai untuk korang layari. Website ini menyediakan segala jenis effect dan tutorial asas pengunaan tool photoshop. Bermula dari basic hingga ke medium.Bagi meraka yang dah mantap basic, website ini bukanlah jadi pilihan utama untuk mencari ilham dan effect baru yang best, kerana rata-rata tutorial yang disediakan dalam web ini adalah simple dan agak mudah untuk difahami.

8) http://pslover.com/
Website ini lebih kurang sama macam web good-tutorial. Sesuai untuk meraka yang baru belajar.

9) http://photoshoproadmap.com
Website ini juga salah satu website yang sesuai untuk beginner. Namun tutorial yang disediakan tidak kurang hebatnya.


Labels: Photoshop
posted by Kalghari Network™ @ 12:56 AM,
1 comment,
Jaulah matruh siwa
Saturday, July 26, 2008

Pantai Cleopatra yang biru seolah di edit photoshop
Jaulah tu 3 hari 2 malam. Kitorang bertolak isnin malam selasa kul 1pagi. Bayangkan kul 1 pagi, di pagi yang hening, pungguk berkicau2 (berkicau ke?? tah) kitorang dalam keadaan sejuk-sejuk seram betolak pergi Matruh. Tempoh 9 jam. Tapi pas 3jam petama benti kat Alex solat subuh. Pastu gerak terus ke Matruh. Dalam pejalanan benti kat destinasi petame, Mathaf Alamein (muzium al-amin). Tapi tempat tu tak bukak lagi, jadi dari menunggu sejam, kitorang gerak trus pergi matruh. Sampai la kat matruh lebih kurang kul12 t/hari. Sekali pandang tempat tu lawo la. Pastu ramai orang arab. Dengan sukati kitorang buat kesimpulan bahawesenye tempat ni pusat peranginan orang tempatan. Bezala ngan Dahab yang betabur orang putih.
#1st day
Chek in kat motel kul 12.30pm. Dapat syaah lawo, pueh ati la jugak. 9orang satu syaah. Kitorang yang asobiyah ni dukla sebilik. Alang-alang dah kene tuduh asobiyah...Wakaka.. Pas amik bilik, kitorang kenal-kenal la ngan kekawan baru. Kawan barula sebab asobiyah mane ade kawan. hahaha. Antare kawan baru kitorang (sebut dalam keadaan yang bangge, dengan muke konfiden sebab ade kawan baru..hahaha) Wan, Baim, An, Syamrie, Khairi dan Os...lalala... Pas rehat jap, makan ngan solat jamak kitorang kumpul nak pergi tempat petame area matruh, pantai cleopatra. Kat situ ada Hamam (tempat mandi) Cleopatra. Memang lawo tempat tu walopun bebatu-batu pantainye. Pas sonok-sonok amik gambo,pami ngan sham pergi masuk hamam, nik ngan os duk luo atas alas an-alasan tetentu. Pas kluo dari hamam, ngan basah kuyup, diorang kate dalam tu memang unik la dan sham trus membuat kempen kat os ngan nik pergi masuk, tapi kempen die tak cukup bajet, os ngan nik tak sokong,kakakaka..

Nombor bangunan kiotang

AJK tekun melontar beg

Bilik comey yang dihodohkan dengan kelibat kain pelekat (milik sapo tu?)

Pelangi 7 warna yang hanya nampak 1 warna

Sume posing..

Peminat cilik Nik........lalalala...
#2nd day
Arini destinasi kami nak pegi Siwa. Kalo ikut tentatif kat sini banyakle tempat nak dilawat. Tempoh pejalanan 3jam, sampai krem kaki kitorang duk tesepit kat atas kusi. Rase nak ke tandas (bahasa sopan..kekeke) tu usah cakapla, silap gaye banjir bas, hahahahah..Sampai Siwa dalam kul9@10 gitula. Tak ingat dah. Tempat petame, Jabal Mauta(Gunung orang mati). Tempat ni dikatekan tempat pesembunyian orang dulu sebab mase tu perang. Diorang lari kat gunung ni nak nyorok, dan bile mati, dikuburkan kat ctu gak. Situ memang lain macamla tempatnye, memang lojik la kalo dikatekan tempat pesembunyian sebab banyak lubang2 yang digali. Pastu kat situ gak adela kubur firaun, sape tah namenye. Tak ingat. Abih lawat ctu gi kolam Cleopatra plak. Bak kate pami, bape banyak tempat cleopatra ni mandi, jauh2 plak tu (ni pami yang cakap, kitorang tak cakap, klo jadi pape tanggung sniri..haha). Kat situ ade 2 kolam, kolam beso ngan kecik. Due2 ni datang dari mata air. Kagum nengoknye sebab air die tetap jernih walopun dah bekurun2. Pas tu amik gambo skit2, makan tengah ari. Abih makan, g masuk kebun balah(kurma) amik gambo lagi.
Pastu gerak g tempat lain, Ma'bad (tempat sembahan) Amoun. Tempat ni macam kawasan runtuhan, tapi ikut sejarah bawah runtuhan ni ade Istana. Klo tengok sisa-sisa runtuhan tu logik gak sebab tiang die beso2. Abih lawat situ, pergi kubu Iskandar zulkarnain. Kubu ni umo nye dah 300 taun, tapi binaan asal kukuh lagi. Unik kubu tu, semua untuk semua benda lengkap dan tersusun rapi. Camnela keadaan masa awal2 dulu. Tak terbayang.. Kendian, kitorang bergerak g bandar siwa. Bandar die bandar kampung. Mase sampai situ usah cakapla panasnye camne. 55 darjah C. Macam kene panggang dah rasenye... Kat situ kitorang beli balah@kurma. Kat sini kurma murah la banding kehrah. Kawasan tanaman utama, mestilah murah, jadi borongla banyak2... Abih bli balah, peserta2 jaulah terbahagi 2 group. 1 group yang dah nak KO ni berenti rehat kat masjid, 1 lagi group yang masih lagi semangat teruskan pendakian ke Kota Lama Siwa. Ni tempat terakhir yang nak g kat siwa, tapi kitorang ahli2 kalghari ni tak bejaye meneruskan pejalanan. Tersadai di pintu masjid... Abih sume solat, kumpul balik dan gerak balik ke matruh. Perjalanan balik ni lebih kurang mase nak g. Takyah cite la. Paham2 sendiri. Huhuhu..
Sampai motel kul7, tapi kitorang tak pueh lagi bejalan2... abih letak barang kitorang kluo g bandar matruh. Mase tu, tekejut la nengok keadaan pantainya. "Mak aih.. ni tin sadin ke tong sampah.." bekate os di dalam hatinya. Pantai tu dah tak macam pantai dah. Penuh ngan orang je. Nak berenang toksah haraple, nak berendam pun pkir 2kali. "Macam ni baik takyah mandi laut, g berenang dalam tab mandi lagi sonok.." os bemonolog lagi dalam atinye. Dalam keadaan yang tak bes, kitorang tinggalkan kawasan laut, g jalan2 kawasan darat. Siang ni nampak sket bando ni, banding malam semalam. pas amik gambo sket2 kitorang pun balik. Solat, makan pastu kluo balik untuk malam terakhir kat sane. Buang mase sket2, pastu balik tido...

Ronda malam cari ketenagan jiwa..

Panas terik...mmg sesuai dengan nama tempat

Bersedia nak mandi pantai...

Eh relax lu, main bola dulu...

Lawan tarik tali
#3rd day
Untuk arini, aktiviti yang dirancang ade 2 je, sukaneka dan mandi laut. Bende yang ditunggu2 kat matruh ni. Kitorang betolak awal pagi sebab orang arab takde. Diorangkan jenih tido pas subuh jadi amikla kesempatan yang ade. Mule2 main bola, lawan ikut syaah, syaah kitorang dpat No : 2. Selesai bola, tarik tali plak. kitorang kalah.. disebabkan telalu frust, kitorang pun ape lagi, terjunlah... sham, pami dan os berpuas ati kerana dapat belajo berenang yang telah diberi pimpinan oleh nik..(nik ni serbe serbi hebat, untung sape dapat die. ehem2..haha).. Dah puas mandi, kitorang siap-siap nak balik. Pas makan t/ari, kitorang gerak pulang ke zagazig... tempoh same cam ari bertolak, 9jam dan 3kali berenti...
Tujela untuk laporan kali ni. InsyaAllah akan menyusul yang lain2 plak untuk menceritakan kisah dibumi anbiyak ni. Moga2 perjalanan kami ni mendapat faedah, amin..
Pemerhati lawatan
Os
Labels: Aktiviti
posted by Kalghari Network™ @ 3:57 AM,
No comment,
Tasrif Feel Madhi
Friday, July 25, 2008
Labels: Nahu
posted by Kalghari Network™ @ 7:22 PM,
No comment,
Hiwar 1
ذات اليوم ، في المساء
احمد : يا سعد ، قم أنت. لماذا أنت نائم كثير ؟
أحمد : يا السلام... ماذا تفعل أمس ؟
سعد : أشاهد التليفيزيون
أحمد : أنت تشاهد التليفزيون كثيرا يا سعد. هل أنت تنسى غرضنا الأولى عندما نأتي إلى مصر؟ تفكر جيدا يا سعد... لا بأس فيه. الآن عليك أن تساعدني لشراء الأرز والخضروات لأن كل من هذه الأمور قد نفدت في بيتنا
:)...أحمد : شكرا
Labels: Hiwar
posted by Kalghari Network™ @ 7:02 PM,
2 comments,
Huruf Jar Bahagian 3
Sunday, July 20, 2008
بسم الله الرحمن الرحيم
Bahagian 3
*في
-الظرفية iaitu tempat atau arah
م : (( في أدنى الأرض وهم من بعد غلبهم سيغلبون )) الروم 3
maksudnya : di negeri yang terdekat dan mereka setelah kekalahannya itu akan menang.
-المصاحبة iaitu beiringan
م : (( ادخلوا في أمم )) الأعراف 38
maksudnya : masuklah kamu (kedalam api neraka) bersama jin dan manusia...
-التعليل iaitu sebab
م : دخلت امرأة النار في هرة - الحديث
maksudnya : telah masuk perempuan itu kedalam api neraka disebabkan seekor kucing.
*الباء
- التعليل iaitu sebab
م : (( فكلا أخذنا بذنبه )) العنكبوت 40
maksudnya : maka masing-masing mereka itu Kami azabkan kerana dosa-dosanya.
- المصاحبة
م : (( اهبط بسلام منّا وبركات )) هود 48
maksudnya : turunlah dengan beriringan kesejahteraan dan keberkatan dari Kami.
- الظرفية
م : (( ولقد نصركم الله ببدر )) آل عمران 123
maksudnya : dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam perang badar.
- makna (عن)
م : (( فاسئل به خبيرا )) الفرقان 59
maksudnya : maka tanyakanlah tentang Nya kepada orang yang lebih mengetahui (Muhammad).
*الكاف
- التشبيه iaitu seumpama/seperti
م : (( فكانت وردة كالدهان )) الرحمن 37
maksudnya : dan menjadi merah mawar seperti kilauan minyak.
- التعليل
م : (( واذكروه كما هداكم )) البقرة 198
maksudnya : dan berzikirlah kepadaNya disebabkan hidayah yang telah diberikan kepada kamu.
- التوكيد iaitu penetapan/peneguhan/pengukuhan
م : (( ليس كمثله شيء )) الشورى 11
maksudnya : dengan pastinya tiada satu pun yang menyerupainya.
# mestilah kaf itu adalah kaf zaidah (الزائدة)
- المبادرة iaitu bersegera
م : صلّ كما يدخل الوقت
maksudnya : bersegeralah untuk solat apabila masuk waktu.
# disyaratkan kaf digabungkan dengan ما .
*اللام
- الملك iaitu hak milik/ pemilikan
م : (( لله ما في السماوات والأرض )) لقمان 26
maksudnya : milik Allah apa yang ada di langit dan di bumi.
# disyaratkan bahawa lam dimasukkan antara dua zat. Iaitu dua perkara/benda yang jelas wujud. Dan lam diapitkan kepada perkara yang boleh menjadi pemilik.
Untuk pemahaman lebih, saya bawakan contoh lain : الدار لمحمد
(الدار) satu zat, (محمد) satu zat.
Jika kita bandingkan, kita akan dapati bahawa محمد boleh menjadi pemilik kepada الدار maka kita apitkan/hubungkan lam kepada محمد dan jadilah makna lam itu sebagai "milik".
- الإختصاص iaitu pengkhususan
م : الحمد لله
maksudnya : segala puji khusus untuk Allah.
# disyaratkan di sini lam hanya masuk di antara zat dan makna. "Makna" di sini bolehlah kita definisikan sebagai sifat untuk memudahkan pemahaman. Contoh lain sebagai penerangan
: النجاح للمجتهدين
(النجاح) satu makna/sifat, (المجتهدين) satu zat. Boleh kita fahami di sini bahwa المجتهدين merupakan satu zat yang berhak untuk menerima makna النجاح. Jadi dengan menyelitkan lam di antara keduanya maka makna النجاح itu dikhususkan kepada المجتهدين dan bertukarlah lam di sini menjadi makna "khusus".
Demikianlah sedikit penerangan dari saya. Perlu diketahui di sini bahawasanya apa yang saya bawakan di sini hanya sebahagian kecil sahaja daripada apa yang terdapat di dalam kitab-kitab nahu. Jadi untuk rujukan, sahabat-sahabat bolehlah merujuk kepada mana-mana kitab nahu yang ada. Setakat ini sahaja perbahasan ringkas yang mampu saya sediakan untuk bab ini. Insya Allah, jikalau ada kesempatan dan kemampuan akan saya bawakan lagi perbahasan yang lebih mendalam. Doa-doakanlah moga saya diberi kemampuan. Amin.
والله أعلم
Disediakan oleh,
Muhammad Hosnee B Zainal Abidin
Labels: Nahu
posted by Kalghari Network™ @ 4:09 PM,
No comment,
Selamat Pulang, Paek!
Saturday, July 5, 2008
Paek dengan ghairahnye telah menempah tiket pulang bertarikh pada 28/6/2008. Alhamdulillah, dengan izin Allah, Paek telah selamat tiba di tanah air tercinta Malaysia (Yela takkan Venezuela pulak? Adoii ).

Tolong menolong

Paek bersama ahli keluarga Di Mesir

Tolong tengok beg
Dengar kata, tujuan Paek balik adalah semata-mata untuk menyambut 31 Ogos di Malaysia, betul ke? Wah wah, baguih benor le, semangat Patriotik yang ada dalam diri beliau tidak dapat dipertikaikan lagi, korang sanggup ke habis duit untuk beli tiket pulang semata-mata nak sambut Hari Merdeka di Malaysia? Tak sanggup kan? Jadi duk diam-diam. Jadi Paek patut diberi anugerah atas semangat beliau.(tepuk-tepuk tangan)

Ratapan pemergian sahabat sejati (Ahh sume ini drama!)

Bye..
Harapan kami kepada Paek, semoga anda sentiasa ingatkan kami disini, dan ingat lah, ketika membonceng motor tu, jangan lupe pakai helmet dan kalo memandu kereta tu janganlah pulak lupe pasang lampu, dan jangan lah sesekali bunyikan hon acap kali, bimbang anda akan dibaling side mirror. Nanti kalo luka, sapa susah? Kami jugak, sebab nanti takde la orang yang nak hantar kemari barang barang yang kami kirim dari Malaysia itu, jangan kecewakan kami :P
Laporan:
Nik
Labels: Aktiviti
posted by Kalghari Network™ @ 9:41 AM,
No comment,
Nusus 2 - Ilmu Adalah Cahaya
Friday, July 4, 2008
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, maka saya mulakan penulisan ini. Dalam bahagian nusus pada kali ini, saya bawakan secebis syair yang terdapat di dalam Dewan al-Imam asy-Syafie. Dewan di sini maksudnya adalah kumpulan syair-syair yang dicipta oleh seseorang lalu dikumpulkan dan dibukukan, oleh itu "Dewan al-Imam asy-Syafie" adalah syair-syair yang datangnya daripada Imam Syafie yang telah dikumpulkan dalam satu kitab.
(1)شَكَوتُ إلَى وَكيع سُوءَ حِفظِي # فَأرشِدْنِي إلَى تَركِ المَعَاصِي
(2)وَأَخــبِــرنِي بِأنَّ العِلمَ نُورٌ # وَنـُورُ اللهِ لا يُهدي لِعَاصِي
Maksudnya
(1) Aku telah mengadu kepada Waki' tentang buruk hafazanku, maka dia tunjukkan aku jalan dengan tinggalkan maksiat.
(2) Dan dia memberitahuku bahawasanya ilmu itu adalah cahaya (suci), dan cahaya Allah itu tidak dihidayahkan kepada pembuat maksiat (orang yang kotor).
Disediakan oleh :-
Muhammad Hosnee b Zainal Abidin
Labels: Nusus
posted by Kalghari Network™ @ 11:10 PM,
No comment,